Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

15 May 2016

takut

assalamualaikum...

dulu masa study kat KUIN, aku join PBSM. aku sendiri tak faham macammana aku boleh join PBSM padahal aku memang langsung tak berani bab-bab merawat nih. malah semangat sukarelawan nak membantu orang pon tak cukup kental. macam biasa-biasa jer..

bila van kementerian datang kat Kolej untuk derma darah, aku buat tak reti jer. sebab aku takut. takut jarum, takut darah, takut gemok ( analogi yang selalu orang canang bila kita derma darah, berat badan akan naik mendadak ). banyak sangat benda yang ditakutkan sampai menghalang aku daripada pegi derma darah.

betul lah apa yang Dato Dr. Fadhilah Kamsah cakap, kenapa kita takut? sebab kita tak tahu. cuba kalau kita dah tahu, kita takkan takut. contoh macam tengok cerita hantu la. first time tengok, takut yang amat. tapi bila tengok kali kedua dah relaks. sebab dah tau dah masa bila hantu nak keluar. part mana terkejut bagai. jadi kita dah sedia.

pertama kali aku cuba derma darah, masa tu balik dari skuad banjir. semangat sangat masa tu. apa ja yang boleh diderma, suma nak derma. termasuk darah. masa tu fikiran dan keazaman lebih kepada nak bantu orang. dah tak fikir dah takut darah tu suma. ok tipu. takut jugak masa nak pegi tu. badan ada gigil sikit. tapi nak cuba jugak. 

Alhamdulillah.. dengan izin Allah, berjaya la menyumbang darah buat kali pertama. rasa seronok sangat. takdela seram sangat macam yang pernah dibayangkan. sakit sikit jer pon. tak sangka yang sebenarnya aku boleh buat. aku boleh derma rupanya. aku jer yang taknak cuba.

dah ada buku merah.. baru 2 kali sebenarnya aku derma darah. aku nak kredit benda ni pada Kak Wahid @ Kak Wahida. terima kasih sebab selalu jer ajak pegi derma darah. sikap positif Kak Wahid la yang buat aku terjebak sekali. seronok rupanya perasaan boleh derma darah ni. patutla Kak Wahid selalu gembira jer bila tengok ada kiosk derma darah kat shopping mall.

so, kalau ada benda yang kita nak buat tapi teragak-agak, cuba jer dulu. jangan takut. kalau kita gagal, boleh cuba lagi. paling tidak pon kita dah cuba. takde rasa menyesal dah insyaAllah. tapi ni teori untuk benda baikla. jangan aplikasi pada benda jahat pulak ok.

ohh.. sebelum terlupa. terima kasih pada semua yang membaca entri sebelum nih. tak sangka pulak ramai yang share dan ramai yang baca. trafik blog naik mendadak. mudah-mudahan dengan ramai yang membaca, ramailah yang mendoakan arwah Kak Dania. insyaAllah.. kami dah redha. Kak Dania dah tenang disana. kita yang hidup nih perlu teruskan kehidupan dan tambahkan amal ibadah supaya kita juga boleh mendapat kematian yang khusnul khotimah. insyaAllah amin..


terima kasih buat yang sudi membaca <3

24 August 2015

rezeki...

assalamualaikum...


rezeki yang kau dapat pada hari ini, bukan untuk kau nikmati sendiri. tapi untuk dibahagi - bahagikan bersama mereka yang tercinta dan juga kepada mereka yang memerlukan...


sabda Rasulullah SAW : sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah taala pula akan menghapuskan sikap sombong dan bangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya. 
(hadis riwayat Tabrani)


selamat menikmati hari gaji kawan!!


terima kasih buat yang sudi membaca <3



8 May 2015

hikmah sedekah

assalamualaikum...

sejak-sejak Malaysia dah ada GST ni, nak shopping pon berkira. sakit betul hati bila tengok dekat resit ada tulis GST GST. pabenda tahh.. huhu. 

semalam masa pegi shopping barang-barang rumah kat Tesco pon berkira. pastu first time beli barang tak penuh troli. bayar kat kaunter kira-kira semua sekali rm30 jer. haha. kalau tak, mahu jugak beratus-ratus shopping barang rumah jer. paling sikit pon 50 hengget mesti sampai. tapi sekarang, kita mesti berbelanja dengan cermat. supaya kita tak papa kedana. al-maklum la.. ada orang senyap-senyap samun duit kita pakai GST. zalim sangat hokay! =P

walaupun sekarang nak shopping berkira, tapi jangan berkira untuk sedekah. nak terus hidup senang, hati tenang, rezeki mencurah, kena banyakkan sedekah. 

yela.. hidup di zaman GST yang serba mencabar ni kena banyak bersabar. pastu kenala fikir camna nak luaskan rezeki. takpa takpa. Allah kan ada?? setuju?


Sedekah Menolak 70 Pintu Bala


Rasulullah s.a.w telah bersabda " Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

  1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
  2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara
  3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman
  4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah.

nampak kebaikan bila kita bersedekah? Allah tak kurangkan harta kita. tapi dia tambah lagi dengan sebanyak-banyak rezeki yang ada. * tapi tak termasuk la sedekah dekat penyamun .eh! baik ko keluarkan duit Tabung Haji cepat. kang habis dia samun duit ko beli tanah sana sini. huhu (emo)


Sedekah Si Penarik Beca

     Kisah ini dikatakan terjadi di daerah Klaten, Jawa Tengah Indonesia. Seorang penarik beca yang bernama Pak Kasan mempunyai kisah yang menarik tentang sedekah.

     Pak Kasan mempunyai amalan bersedekah yang unik. Dia akan memberi perkhidmatan percuma pada setiap hari Jumaat. Begitulah rutin sedekah Pak Kasan. Sesiapa sahaja yang menaiki becanya pada hari tersebut, tidak dikenakan tambang. Begitulah yang dilakukan Pak Kasan pada setiap hari Jumaat.

     Pada suatu hari Jumaat seorang wanita kaya menaiki beca Pak Kasan. Apabila sudah sampai ke tempat yang dituju, bertanyalah wanita kaya itu akan tambangnya. Seperti biasa, bersahajalah si penarik beca mengatakan bahawa pada hari tersebut dia tidak mengenakan tambang. Si wanita kaya tersenyum, namun masih belum berpuas hati. Justeru dia bertekad mahu menguji penarik beca pada masa lain.

     Pada hari Jumaat seterusnya, si wanita kaya menaiki beca Pak Kasan lagi. Kali ini wanita kaya itu mahu Pak Kasan membawanya ke rumahnya. Katanya mahu berkenalan dengan keluarga Pak Kasan. Lalu Pak Kasan tanpa sebarang prasangka pun mengayuh becanya pulang ke rumah.

   Sampai di rumah, sedarlah wanita kaya itu akan keikhlasan Pak Kasan dengan sedekahnya. Didapati Pak Kasan memiliki seorang isteri yang solehah dan beberapa orang anak yang baik-baik. Sesungguhnya Pak Kasan pada pandangannya adalah seorang yang sangat miskin jika dibandingkan dengan dirinya. Namun, Pak Kasan masih mampu bersedekah.

     Katanya, " Saya berasa malu dengan Pak Kasan. Selama ini, saya tidak pernah bertemu dengan orang yang luar biasa seperti Pak Kasan. Pak Kasan hidup sederhana, bahkan serba kekurangan, tetapi tidak pernah meninggalkan sedekah. Sedangkan saya hidup penuh dengan kemewahan, bahkan berlebih-lebihan, tetapi saya tidak pernah memberi sedekah. Maka dengan ini, izinkan saya mengajak Pak Kasan sekeluarga untuk menunaikan haji tahun ini dengan keluarga saya. "

Berinfaklah wahai anak Adam, nescaya Aku akan memberi infak kepadamu. (Hadis qudsi riwayat Bukhari)


* sumber : buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki


akhir kata, biarlah kita tak mampu nak bermewah-mewah, tapi masih mampu untuk bersedekah. sebab hakikat kekayaan bukan sekadar hanya pada harta. Kekayaan yang sebenar-benarnya bila kita dapat mensyukuri nikmat hidup dengan rezeki yang Allah beri. 

Kesihatan adalah rezeki. Keluarga bahagia adalah rezeki. Kawan-kawan yang baik adalah rezeki. Pendek kata segala nikmat yang kita ada sekarang adalah rezeki. berkongsilah sedikit rezeki yang kita ada bersama orang lain. InsyaAllah.. Allah akan luaskan lagi rezeki kita. 


peace no wars! @_@


terima kasih buat yang sudi membaca <3


3 October 2013

kita yang buat diaorang confius..

assalamualaikum...

dah banyak kali aku kena soal tentang agama Islam daripada bangsa lain. aku rasa pertanyaan diaorang tu lebih kepada diaorang confius dengan agama kita. sebab apa aku kata camtu? sebab aku nampak sikap orang kita nih yang macam lebih kurang pada agama..gitu-gitu ajeee. huhu

penah satu hari tu, sorang budak india kat sekolah tanya aku..

" ustazah, orang Islam tak boleh pakai tudung macam tu kan? " sambil tunjuk pada seorang cikgu.
" erk, maksud kamu ape? "
" pakai tudung tapi sanggul tinggi. "
" mana kamu tahu? "
" hari tu Cikgu Ali ( bukan nama sebenar ) marah Aminah ( bukan nama sebenar ) sebab buat sanggul tinggi. dia kata berdosa. tapi Cikgu tu pakai sanggul tinggi..boleh ker? " 

dekat supermarket..berborak dengan sorang amoi..

" saya mau tanya U..orang Islam tak boleh makan babi kan? "
" tak boleh. "
" then, kenapa ada kawan saya makan babi meh? dia melayu hoo.."
" melayu Islam ker melayu Iban? " saja tau tanya soklan gitu..Johor kan banyak Iban.
" haiyaa..melayu Islam lorrr..kalau Iban saya pon tak tanya U meh.."

pastu dia tanya lagi..

" kenapa U orang punya tudung panjang sikit? "
" memang macam ni pon.."
" saya tengok orang lain sume pakai tudung kecik saje..ada yang sampai sini saja maa.." sambil tangan buat paras leher.
" sepatutnya kena tutup dada. lebih besar lebih baik. "
" tapi banyak orang pakai tudung kecik saje..sikit saje orang pakai macam kamu lorr.."

aku memang tak tau nak jawab apa. aku jawab Islam begitu begini pon, orang Islamnya tak macam tu pon. sudahnya aku bagi jawapan cam gini.

" sebenarnya agama kami dah gariskan peraturan begini begini. tapi biasala..manusia kan. sama macam kita tengok peraturan dekat sekolah atau undang-undang negara. bukan semua orang boleh ikut..kalau tak, tak ada la pengawas kat sekolah, dan polis untuk jaga negara. sebab manusia ni memang sifatnya selalu lalai dan leka. mudah terpengaruh dengan nafsu. sebab tu Tuhan kami dah sediakan dua tempat selepas mati nanti. syurga dan neraka. yang baik dapat syurga. yang jahat dapat neraka. "

agak memalukan bila disoal sedemikian rupa..pastu kena pulak orang macam aku yang disoal. dah la cetek gila pengetahuan aku..huhu. i iz sad..T_T

kadang-kadang aku rasa ketaatan bangsa lain pada agama diaorang lagi besar daripada kita..apa kata korang??


aku harap kita boleh bukak minda seluas-luasnya..cuba jadi seorang yang boleh menjadi ikon kepada Islam. bila berpakaian, biarlah melambangkan kita orang Islam. bila makan, biarlah dengan penuh adab sopan seorang Islam. bila bercakap, melambangkan Islam. pokoknya setiap gerak geri kita haruslah melambangkan Islam..

ini tak..kalau pakai tudung besar-besar sikit dah rasa malu. takut tenggelam. kalau nak makan, segan nak angkat tangan untuk baca doa sebab nampak skema. dah kenapa nak rasa gitu? 

aku pon tak baik..memang jahil serba serbi. tapi sekurang-kurang kita cubala jadi lebih baik dari hari ke hari. bukan rugi pon..mana tau kita boleh menjadi daya penarik kepada bangsa lain untuk memeluk agama kita. siapa la tauuu kannn..dapat jugak pahala atas angin..weee.

' sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung. maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka kuatir akan mengkianatinya. dan dipikullah amanah itu oleh manusia. sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh ' ( Al-Ahzab : 72 )


renung-renungkan & selamat beramal..@_@


terima kasih buat yang sudi membaca <3

16 August 2013

ucapan terima kasih & gembira

assalamualaikum...

aku seorang yang sangat susah nak bukak mulut dikhalayak. konon-konon pemalu. =P tapi memang malu pon. selain daripada kawan-kawan rapat dan adik beradik, aku memang tak banyak cakap. dekat tempat kerja pon selalunya akan diam jer..tak tahu kenapa jadi gitu. dia jadi sendiri.

adik aku no 2, sangat peramah..tak kira tempat. tak kira siapa. dia senang sesuaikan diri. kawan-kawan aku boleh jadi kawan-kawan dia. hari tu masa balik kampung. nak bayar tol. yang drive adik aku no 3, tapi dia yang kat belakang cepat-cepat tonjolkan muka dekat cermin pastu cakap " terima kasih..selamat hari raya. " aku yang kat sebelah terus tegur. " ish hang ni..ramah tak bertempat. " dia jawab balik, " apa pulak..betul la. tau dak, bila kita wish macam tu kita boleh buat dia rasa gembira. "

ok...aku agak terkesan dengan kata-kata tuh. betul sangat la tu. simple jer..ucap terima kasih. tak keluar modal pon. tapi boleh menimbulkan kesan positif. macam kita ni kalau selalu buat kerja ja, tapi orang tak pandang memang kita takde semangat. kalau la ada orang ucapkan kata terima kasih dekat kita atas usaha kita, mesti kita rasa bersemangat.

contoh nampak makcik cleaner, ucap terima kasih sebab tolong bersihkan tandas. kalau takde dia, mungkin kita takkan dapat nikmat merasa persekitaran yang bersih. ucap terima kasih je pon..tapi kalau terasa macam nak wat syahdu-syahdu dengan cleaner pon boleh.." terima kasih makcik..dapat jugak saya membuang dalam toilet ni dengan selesa. kalau takda makcik, saya tak selera nak buat pelaburan. " kemudian makcik tu pandang kau dengan heran. * practice dialog untuk teater sekolah ka? hahaha


harusla aku akui..dak jiha lebih matang daripada aku. selain daripada rupa dia yang matang, perwatakan dia pon matang jugak..fine..nak tukaq umoq boleh?? haha


jom korang! kita sama-sama cuba untuk ucapkan terima kasih dan gembirakan orang sekeliling..


terima kasih buat yang sudi membaca <3


25 July 2013

ekspresikan dirimu

assalamualaikum...

warning : ini adalah entri seryes..ampun yaa kalau membosankan. >_^


kata orang kalau dah memiliki blog ni harus lah mengekspresikan perasaan dalam blog. korang setuju?? kalau korang tanya aku, aku akan cakap aku tak setuju sangat. separuhnya betul la. berkongsi sesuatu dengan pembaca. separuhnya tak perlula nak dikongsi-kongsi sangat. sebab apa? sebab banyak hati yang kita perlu jaga..

menggunakan blog atau apa apa akaun laman social untuk meluahkan segala perasaan adalah sesuatu yang perlu kita fikir-fikirkan. bayangkan la kalau sume menda nak luah, memang menjengkelkan bagi orang yang membaca. sudahnya bawak bergaduh jer..kalau tak bergaduh pon, orang akan benci dan menyampah dengan kita. 

ada jugak yang berpegang pada prinsip 'berkongsi sesuatu demi mendapatkan imbalan pahala dunia dan akhirat'. betul dah tuuu..tapi ada jugak yang menggunakan prinsip camni dengan terus mengaibkan orang lain. kononnya sebab nak berdakwah. jadi dia terus cari salah orang dan up kan diri sendiri dengan status good-good jer. sedihhh..padahal diri kita pon banyak jugak kurangnya. tapi salah orang lain jugak yang kita nampak. diri kita baik sokmo. tak makan dalam ker orang camni?? bak kata pepatah 'gajah depan mata tak nampak, semut seberang laut dia nampak' *hmm..betul ker camni pepatahnya? haha. Cik Naqhiah pon not so sure..ngehngeh

untuk itu, demi Ramadan yang masih tersisa dan Syawal yang bakal menjelma marilah kita sama-sama update diri kita. macam aku nih..kawan-kawan di alam fana tak ramai mana pon, dekat alam maya nih jugak la aku selalu lepak dengan kawan-kawan. jadi, haruslah alert apabila tampil di laman social. jangan nak main hentam kromo jer up status.. pesanan untuk diri sendiri jugak. mana tahu setiap kali aku menulis dah menyakitkan hati orang. samada dekat blog mahupon FB..ampun sangattt..memang tak bermaksud langsung. aku ambik kesempatan di bulan mulia ni la yer untuk mohon maaf. manusia selalu lalai dan tak sedar..

jadi, moh la sama-sama melakukan perubahan. ecehhh..ayat dah macam calon PRU14..=P

result exam dah kuar..Alhamdulilah..berakhir sudah ke'ngeri'an.. hikhik.


terima kasih buat yang sudi membaca <3

13 March 2013

suudzon VS husnuzon

assalamualaikum...

perkara biasa bagi setiap manusia untuk suudzon dan husnuzon dimana-mana. seolah-olah sudah menjadi trend kepada diri sendiri untuk fikir je apa-apa yang termampu difikir. sampai memberatkan otak pon ada jugak.

contoh, ade orang mintak sedekah dekat kita.

" ish,muka ni macam biasa ja aku tengok.bukan ker dia nih yang beli perabot dekat LORENZO itu hari? asal hari nih jadi pemintak sedekah pulak. mesti temberang nih! " - suudzon

kalau orang datang dekat kita dengan gaya macho sambil pegang kunci kereta BMW dan mintak nak couple. serta merta approve tanpa berfikir panjang.

" peah, kenapa ko terima mamat tuh? kan tak kenal sangat."
" ehhh..ape pulak..ko tak nampak ker dia tu kaya raya. aku yakin dan pasti dia boleh jaga aku." - husnuzon

well..ini perkara yang sangat normal. manusia memang tidak tahu apa-apa. hanya boleh berfikir dengan fikiran yang amat cetek..sadiss..

motif sangat tau letak gambar nih..nak suh korang-korang jangan mati selera baca entry nih. contohi la aku yang tak mati selera walaupun kat belakang tuh tong sampah. haha


ha..ini version NAQHIAH punya suudzon dan husnuzon. berdasarkan pengalaman lepas-lepas..

~ suudzon ~

ini kisah waktu aku study dulu. aku dulu study dekat Kedah. bila cuti panjang baru balik Selangor. biasa tiket  bas nak balik KL banyak. takyah beli awal-awal pon takpa. on the sport jerk sebab malas nak pegi stesen bas. tapi time raya kena beli awal-awal sebab takut tiket habis. jadi, oleh kerana malas nak pegi beli sendiri, aku mintak member aku tolong belikan. tup tup member aku pegi belikan tiket SANI EKSPRESS. tahu tak masa tuh tengah femes kes bas Sani ni excident langgar penghadang jalan sampai 6 orang penumpang mati putus kepala. ngeri yang amat tahu??

aku membebel-bebel sebab member aku beli tiket Sani. 'nak suh orang mati awal gamaknya..bas 2 tingkat langsung tak selamat. kalau excident confirm mati terkujat' huuuu..teruk betul pemikiran.

rupanya member aku sengaja beli tiket Sani sebab bas tuh ade wat peraduan cabutan bertuah. tapi aku masih jugak tak terasa apa-apa. aku dah tahu pon yang aku ni memang jenis manusia yang liat nak dapat cabutan bertuah. tak heran cabutan ke hape..yang penting nyawa aku nih. nak naik bas 2 tingkat yang mengerikan. tapi dalam pada ngeri tuh, aku naik la jugak. siap masukkan tiket dalam kotak peraduan lagi. sesaja nak try. dah aku naik selamat wal afiat. mana tahu kot kot leh dapat cabutan bertuah.

satu hari aku dapat col..

" cik Naqhiah ke nih? "
" ya saya.."
" Cik Naqhiah penah naik bas Sani Ekspress pada ....sekian.sekian tarikh?? "
" ya.."
" Cik Naqhiah terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah kami dan bakal menerima RM1000. "
" ha??? serius?? " jantung macam nak loncat keluar. adakah ini benarr??
" ya cik.sila datang ke pejabat urusan Sani yer. nanti kita akan buat penyampaian wang tunai.blablabla "

dan yess..aku tersenarai sebagai salah seorang pemenang cabutan bertuah Sani Ekspress.

ko mampu nak datang majlis orang dengan muka tak mandi? hahaha. Naqhiah sudah membuktikan bahawa dirinya sangat mampu. =P

aku naik bas pukul 9 malam dan sampai dekat Klang pkl 9 pagi. 12 jam..penyampaian pukul 9.30 pagi. turun dari bas aku terus Qada solat subuh sebab bas tak stop kat perhentian. lepas solat terus bersiap gi pejabat Sani. tak menyabar nak duit seribu henget. haha

memula cam nak wat wat cool la walaupon tak mandi. tapi sekali tengok ada wartawan Metro. aiyakk! dah mana pulak nak sorokkan diri nih? huhu.

ada 10 orang pemenang cabutan bertuah dari laluan yang berbeza. kesemuanya dapat RM1000 tunai. tapi, lepas tu 10 orang ni di undi lagi sekali untuk dapatkan pemenang utama rm10,000. jumlah terkumpul bagi pemenang utama RM11,000. bertuah betoiii nih.

masa nak umum pemenang utama, aku dah berdoa dalam hati. 'semoga bukan akula yang menang. aku tak rela muka aku yang tak mandi ni terpampang dalam Metro. tak relaaa..' haha. dan doa termakbul. bila dia suh tangkap gambar ramai-ramai aku duduk belakang sekali dan biarkan diri tersepit.

mujur masuk dalam paper tak nampak teruk sangat muka aku sebab cenonet jerk. hehe. paper tu dah kemana tah..aku ni bukan jenis manusia yang faham nilai sentimental. beli, baca pastu buat derk jer. mungkin paper yang aku beli tuh dah jadi bahan pembakar daun kering @ balut nasi lemak. hihi. gambar yang aku simpan dalam hard disk pon dah kena virus. mujurlah gambar ni ade dalam blog lama aku. dapat dijadikan bahan bukti bahawa diri ini penah menjadi mangsa cabutan bertuah. ^_^


~ husnuzon ~

ada la sekali nih aku sampai stesen bas Jalan Duta tapi mak aku tak dapat nak ambik awal sebab ada urusan. oleh kerana dah nak masuk maghrib, aku pon masuk dalam surau untuk lepak sebelum masuk waktu. nak rengangkan urat-urat yang bersimpul sebab duduk lama dalam bas. masa aku masuk dalam surau adala 2,3 orang yang dah sedia ada dalam surau. nak tunggu maghrib jugak kot. 

surau tuh kecik. aku pegi lepak dekat penjuru surau sebab taknak beg aku yang besar gedabak halang jalan orang. bila masuk jer waktu, aku biarkan dulu orang lain ambik wuduk. selesai diaorang ambik wuduk baru aku pegi ambik wuduk. surau kecik..jadi aku tinggal jer handbag dekat atas beg balik kampung tuh. tak kisah sebab aku boleh nampak dari tempat ambik wuduk.

selesai ambik wuduk, aku tengok beg aku dihalang oleh sorang makcik yang sama-sama melepak tadi. dia solat betul-betul depan beg aku. 'eh, nape block beg orang nih? nak ambik handbag..' * bisik hatiku..huhu

tapi tetiba datang pulak satu bisikan begini 'emm, takde pape kot..kan dalam surau nih. lagipun dia solat. taknak nak curik handbag aku pulak.' husnuzon...

lantas aku pon terusla solat di bahagian hadapan tanpa merisaukan handbag aku yang terbiar.selesai solat..emm,korang pon mesti dah boleh agak an? confirm la handbag aku kena sebat. walaupun masa aku tinggal nak ambik wuduk tu aku dah tindan dengan tudung, pin dan sarung lengan, tapi si pencuri dah tahu ada handbag. yela..dah lepak sama-sama tadi kan. 

cemas jangan cakap la. bila tengok semua barang aku beterabur, handbag aku hilang, serta merta aku tanya dengan orang dalam surau tuh. semua cakap tak tahu. aku terus capai tudung. aku agak makcik yang solat depan beg aku tu yang sebat. kali ni lantak! cakapla aku suudzon ke hape..memang aku suudzon dengan makcik tuh.

aku keluar dari surau sepantas mungkin. dah takde nak pakai scarf ke stokin. lupa habis..yang aku tahu,aku nak cari makcik tuh. aku nak handbag aku balikkk..tapi sia-sia. aku pusing satu Jalan Duta tu pon kemungkinan aku nak dapatkan balik hadbag aku adalah 1 per 165697868541...akhirnya redha akan kehilangan handbag berisi 2 buah handset, camera. purse dan ade la isi lain-lain.

*********************************************************************

see? daebak tak kisah husnuzon VS suudzon dahku? huhu. ini kejadian pada tahun 2010. masih bergelar student lagi.. walaupun dah hampir 3 tahun, tapi pengalaman ni takkan aku lupa. malah jadi pengajaran buat diri sendiri.

kalau nampak bas 2 tingkat bukan bermakna 'ko sedang menempah maut'. bawak viva pon kalau dah nak maut, mana mau lari?? tskk..-,- disebalik suudzon timbul pulak hikmah..Alhamdulilah..

kalau masuk surau @ masjid, bukan bermakna semua yang datang tempat ibadah tu hatinya suci murni. kengkadang kalau dah nampak rezeki depan mata, diaorang sebat jugak. sebab tula ada je kes pecah tabung masjid. pokok pangkalnya, berhati-hati jela..sejak kejadian tempoh hari, aku dah tak berani nak tinggal-tinggal handbag lagi. nak ambik wuduk pon aku bawak. biar la handbag tu basah pon. lagi bagus daripada kena kebas.

apa pon yang kita fikir, itu bukanla salah. realitinya memang manusia ni sangat lemah. tak mampu mengetahui semua perkara. tapi, ingat! sentiasa husnuzon dengan ALLAH sebab ALLAH la yang maha mengetahui. apapon takdir yang diberikan, terimalah dengan redha dan hati yang terbuka. tak adil kalau kita cuma pandai ucap syukur dan terima kasih waktu diberikan nikmat tapi marah, kecewa, sakit hati bila ditimpa musibah. padahal setiap kejadian itu berlaku dengan hikmahnya. hanya kita yang lemah iman sering suudzon pada takdir ALLAH..renung-renungkan..


* suudzon ~ bersangka buruk
* husnuzon ~ bersangka baik


terima kasih buat yang sudi membaca <3

25 January 2013

kawal rasa MARAH!!!

assalamualaikum...

semua yang bernama manusia pasti akan datang dengan bermacam-macam jenis perasaan. sayang, cinta, rindu, sedih, marah, dendam, geram dan banyak lagi la..jenuh nak taip satu-satu jenis perasaan manusia sebab banyak sangat. sampai tahap yang pelik-pelik pon ade.. tapi hari ni aku nak cakap pasal perasaan MARAH..kenapa aku pilih marah? sebab ini hari aku bukak FB ada beberapa makhluk sibuk update status caci maki, carut marut dekat orang sebab nak lepaskan perasaan marah..alih-alih aku pulak dah terjebak nak marah. huh!

sejak dari sekolah lagi aku memang panas hati dengar perkataan carut marut nih..ringan jerk tangan aku nak cubit manusia yang mencarut nih. masa dulu kalau kawan-kawan aku mencarut depan aku, time tu jugak diaorang lari sebab taknak kena cubit. tapi korang ingat aku nak tengok jerk diaorang lari? no way! harus jugak aku kejar dan cubit..eee..tak boleh. tak boleh. aku memang tak boleh menahan diri daripada kegeraman mendengar pencarutan (waaa..imbuhan apakah ini? mahu cikgu bahasa melayu datang sebat aku lepas nih. =P )

oleh sebab itu, bila aku tengok manusia-manusia yang mengeluarkan kata kesat dihadapan khalayak ataupon lebih tepat lagi, dekat laman FB memang aku tak respect manusia macam ni..what the hell nak maki-maki orang dekat page umum? nak raih simpati atau nak tambah bilangan manusia yang benci dengan kewujudan awak?

kengkadang ada yang tak mencarut, tapi maki-maki. malu kan orang. aib kan orang..hello..bagi motif boleh?? tahu tak semua tu tak menyelesaikan masalah pon.. awak kecoh satu dunia pon bukannya ada orang nak ambik kisah. silap-silap orang akan cop awak tu manusia emo yang tak gunakan akal fikiran waktu nak marah-marah.

aku jenis manusia cepat marah..yes..ngaku aje. memang kuat marah. membebel jangan cakap. kadang-kadang benda tak penting pon boleh jadi isu. ha..tapi itu la beza aku. aku kuat membebel pada benda yang tak penting. yang tak memberatkan otak, aku ngaku aku akan bebel. contoh, kalau jalan jem. kereta datang nak selit-selit dekat lorong yang aku duduk, aku marah..membebel. pastu, aku tengah best drive, tetiba kucing lintas jalan..ee..pantang betul aku terkejut-kejut nih..boleh membunuh tahu?? lagi, kalau aku punya barang hilang tanpa dikesan. membebel..


tapi bila datang big problem dengan family ker, kawan ker, kawan-kawan ker (ada perbezaan kawan dan kawan-kawan..sila cari kamus dewan naqhiah.hahaha) aku akan banyak diam..means, aku tak nak masalah besar jadi makin besar..yela..ini manusia-manusia yang penting dalam hidup tahu? apahal nak kecoh sangat..angin satu badan gi cerita satu dunia masalah awak untuk dapatkan simpati orang. pastu bukak aib manusia lain. tak ker masalah besar jadi makin besar? manusia-manusia penting dalam hidup akan lari dari awak. tinggalkan awak. bencikan awak..best ker macam tuh? awak ingat masa tu kawan-kawan FB nak pegi tolong ker? takda maknanya...

fikirlah balik..tak best pon simpan dendam dan marah. tak best pon bergaduh dan bermusuh. takde faedah..aku cukup tak suka nak beban kan diri aku dengan masalah-masalah perasaan nih. kalau yer aku marah, sekejap jerk. takyah nak lama-lama. penat nak sumpah-sumpah orang dalam hati lama-lama.(haha. kantoi..) kalau nak sedih pon, tak suka ambik masa yang lama. kejap sudah..sebab muka aku yang tak sedih pon dah cukup sedih. lagi nak buat muka sedih? mahu jugak ade orang bagi bantuan rakyat 1 malaysia kat aku..wahaha.

so, cubala hidup dengan tenang dan aman damai..latih la diri untuk bersabar, bersabar dan bersabar..jangan cuba sakitkan hati orang demi membalas sakit hati kita. sebabnya bila kita buat tak tahu jerk dengan rasa marah, geram, sakit hati yang ada tu perlahan-lahan perasaan tu akan hilang. dan perlahan-lahan jugak kita akan hirup ketenangan. ini serius! tak main-main..

aku bagi sedikit pendapat dan cara yang aku guna untuk handle perasaan marah yang kritikal :


  • jangan bukak FB, Twitter ataupon ape-ape laman sosial yang ada. nanti mulala awak gatal tangan nak lepaskan geram kat situ. kalau awak nak update jugak pasal perasaan awk, just share jer ape-ape gambar dari page yang sesuai. dengan itu awak takkan sebut nama sesiapa dan perkataan awak jugak terkawal. so,takdela orang terasa hati sangat.
  • banyak istighfar...fikir balik. manusia ni bukan semuanya sempurna. kita sendiri pon kadang-kadang tak sedar dah sakitkan hati orang. jadi,apa bezanya? setiap orang akan buat silap tanpa sedar. kita cuma perlu positif supaya orang lain pon boleh positif dengan kita.
  • mengadu dengan Allah. bukan dekat FB, Twitter ataupon ape-ape jela. insyaallah, kita akan lebih tenang. sebab itula sebenarnya tempat yang tepat kita kena mengadu.
  • ambik wuduk, baca quran..awak akan rasa ini la waktu paling tenang dalam hidup. waktu tu jugak awak akan rasa, awak sendiripon kejam. sebab cuma ingat Allah waktu susah. waktu senang lupakan Allah. bukti? awak boleh lupa diri waktu marah-marah. maki-maki orang lagi..itu dah tak reti ingat Tuhan la tu..sebab tu men suka jerk cakap ikut perasaan.
  • banyakkan buat kerja ataupon kalau aku, aku suka tengok cerita lawak supaya aku boleh gelak. hilang terus rasa marah.

itu jer tips yang aku ada..aku bukan ahli psikologi. aku cuma manusia biasa yang nak berkongsi sedikit pendapat. mungkin boleh membantu. sebab kita hidup cuma sekali. kalau boleh nak semua orang suka kita. taknak cari gaduh dan bermusuh. sebab doa semua orang akan buat hidup kita lebih bermakna.

dan kalau ada yang terasa, aku mintak maaf banyak-banyak. ini bukan entry cari gaduh. ini entry untuk menyedarkan awak-awak yang suka sangat maki hamun, carut-marut tu, hentikanla. tak comel pon marah-marah nih..buruk tahu? baik bersabar..orang bersabar lebih cantik, hensem, anggun dan macho..^__^



terima kasih buat yang sudi membaca <3

9 January 2013

ALLAH sebaik-baik perancang..

assalamualaikum...

dulu masa aku kecik-kecik aku selalu pikir yang suara aku sangat sedap.so,aku bercita-cita nak jadi penyanyi masa tuh.tapi tak penah aku khabarkan pada donia sebab aku takut kena sebat dengan mak ayah aku.hihi. walaupon taknak kabarkan pada donia,tapi suke betul aku melalak-lalak tak kira tempat.sungguh buruk perangai aku. kalau aku boleh tengok diri sendiri waktu tu,confirm-confirm aku akan lempang diri sendiri.pang! haha..

banyak sebenarnya cita-cita aku waktu kecik sampai bila aku dah besar aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yang aku kejar..seriously,tak tahu. blurr yang sehabis blurr..waktu mak aku campak aku gi sekolah agama,aku dah terfikir-fikir. betol ker aku boleh jadi ustazah? padahal bukan suma orang belajar agama akan jadi ustaz ustazah..tapi masa tu aku macam nak jadi penyanyi..wahaha! tak habis lagi berangan. macam nak muntah hijau bila aku fikir cita-cita aku yang tak masuk akal.

walaupon dalam rela tak rela kena belajar agama, aku redahkan jer diri aku belajar agama..study sampai form 6.dan sambung pulak dekat KUIN (insaniah) dalam bidang syariah..emm,aku bukan budak pandai. selalu aku belajar cukup-cukup makan jerk. tapi rezeki yang Allah beri tak penah putus. aku boleh berdiri atas kaki sendiri. takde nak rasa sesak ataupun terdesak. rezeki namanya..bukan sebab aku bagus ataupon dasyat..takde.takde. manusia biasa macam aku cuma banyak bergantung pada rezeki. itu sahaja yang boleh aku cakap.

aku banyak merancang..perancangan tu perlukan..so,aku rancang itu.rancang ini. aku penah nak apply KAGAT..ha..askar dalam bidang agama. tapi something happen dan aku tak jadi nak apply KAGAT.so,aku ubah planning.aku ingat nak keja dalam mahkamah. yela..masa aku praktikal dekat mahkamah dulu dah terpengaruh tengok kawan-kawan excited nak jadi pegawai suluh. so,aku pon ikut kengkawan nak apply diploma undang-undang dekat UIA..beriya nih tulis karangan bahasa arab berjela-jela sebab nak join kursus tuh.pastu bila UIA dah approve aku punya application, aku lak taknak pegi..alasan? emm,dah malas lak nak kuarkan duit untuk sambung study. yuran dia mahal sangat kot. 2 semester 14k. ko mampu? haha

ade gak aku mintak JAKIM lepas habis praktikal. tapi kena gi kursus dekat Melaka dulu dan buat exam. baru layak dapat sijil pemakanan halal dan kerja dengan JAKIM. masa aku col nak tanya pasal permohonan tuh, pegawai tu cakap ade kosong. awk tak payah nak sent borang guna pos. terus datang sini dan ikut kursus. eh,kira aku ni dah diterima bulat-bulat ker? pulak..macam senang jerk.emm,tapi lepas aku pikir-pikir balik, aku taknak pegi. sebabnya aku baru jer masuk kerja dekat sebuah tadika swasta. baru sangat. seminggu camtu. takkan la aku nak cabut camtu jer. penatla..dah la aku baru jer habis praktikal kat Kedah. sampai KL terus aku gi kerja dekat Kajang. pastu nak ke Melaka plak..ee..taknak.taknak.penat.so,aku tolak. aku pilih untuk kerja dekat tadika.

waktu dekat tadika la aku macam ada sedar-sedar sikit yang sebenarnya peluang tu kita perlu rebut. bukan tunggu peluang tu datang. kenapa eh aku cakap camni? sebab kawan-kawan aku kat situ ada kelulusan universiti tapi tak dapat kerja kat tempat lain. sekian lama menganggur akhirnya keja jela cikgu tadika walaupon ada degree.sedihkan? huhu. yang aku ni boleh pulak main tolak sana sini sebab nak tunggu peluang yang lebih baik. ish.ish

oleh kerana taknak kufur nikmat, aku terus berusaha dan berusaha intai peluang pekerjaan. merata aku tinjau iklan pekerjaan. siap aku pegi dekat pameran kerjaya lagi. padahal pameran kerjaya tuh takde pon peluang untuk manusia berkelulusan agama macam aku. geram pulak aku! last-last sebab taknak bazirkan tambang KTM yang aku dah kuarkan untuk pegi dekat pameran tu, aku isi jawatan nak jadi supervisor KFC dan Dominos..wahaha. gelak guling-guling..baik keja tadika lagi daripada kena keja dekat situ.

dan akhirnya...JQAF jugak la yang menjadi pilihan dan rezeki aku. alhamdulilah..setelah penat bersaing dalam M-TEST dan interview, aku berjaya diterima sebagai guru pelatih. entri ni mungkin takkan menemui hepy ending sebab aku masih belum menemui kejayaan hakiki sebagai student JQAF. tapi, aku mohon semoga mereka-mereka yang membaca entri ini sudi doakan kejayaan aku. sebab aku terlalu nervous membilang hari untuk di observe oleh pensyarah..hanya 6 bulan saja lagi untuk aku tempuh kehidupan sebagai pelajar. doa aku, semoga ALLAH permudahkan urusan aku dan berikan aku kejayaan agar aku boleh buat mak ayah aku tersenyum...^__^

mujurlah aku tak jadi penyanyi macam apa yang aku cita-citakan dulu.kalau tak, tak tahula aku jadi macammana.hukhuk.aku jadi cikgu sekarang. kan dah kata, ALLAH sebaik-baik perancang..betulkan?



terima kasih buat yang sudi membaca..<3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...