makan dekat restoran Musa Karim. area jalan Malaysia jugak.. ni memang dah masuk pakej. kami makan ja..
kedai jenis bersudut-sudut. sempit sikit bila ramai-ramai. kami pecah 2..
masakan sini style melayu. tak rasa datang Vietnam pon. haha
selesai makan, boleh check in..
datang Vietnam tak pekena kopi dia rugiii.. orang kata negara kopi sedap. jadi wajib cuba. kalau dekat HCM ni, boleh guna ringgit ja. tu semua harga dia tulis dalam ringgit.
sambil-sambil beli kopi, jangan terpedaya dengan orang yang jual kacang rebus. dia memaksa kita beli, ada yang dia terus sangkut ja kat tangan. kalau boleh lari, lari ok.. nanti dia claim kita pulak curi daripada dia. padahal, dia yang letak. taguna punya penjual kacang rebusss.. senang-senang nak scam orang. huhu
bilik kat hotel may's ni biasa-biasa ja, hotel bajet.. janji boleh tidur & bersihkan diri Alhamdulillah..
toilet besar & bersih..
ada TV, kettle nak panaskan air untuk susu naura, pastu ruangan untuk letak beg kita. lengkap!
lepas dah rehat & solat jamak maghrib isyak, kami keluar jalan-jalan dekat Ben Thanh Market.
cuci mata cuci poket.. tapi tak cuci lagi poket time ni sebab taknak tambah beban beg. esok nak gerak pegi Dalat jenuh. jadi tengok-tengok ja dulu malam 1st ni. nanti malam last sebelum balik, datang semula beli..
laki aku dah aim beberapa barang masa ni. tengah dok bersabariah daripada membeli. hehe
jalan Malaysia.. meriah dengan manusia. malam ni pulak ambang merdeka. jangan ingat dekat obersi tak sambut eh. ramai yang bersemangat waja tunggu detik 31 Ogos tu. kami jala dah naik sebelum pukul 12. pastu tak larat dah nak turun balik. dengar daripada bilik jela. hehe
siti khadijah cetak rompak. tapi kain sedap. cantik pulak tu. aku beli. haha. tak tunggu hari last yang ni. dah tak sabariah. huhu. 3 pasang rm100. murah baq ang..
makan malam dekat kedai sama ja. tapi kami kena tunggu lama sebab kedai penuh. lewat jugak kami makan malam tu. mujur ibrahim turun padang tolong serve dekat kami jugak. kalau tak, tak tau pukul berapa boleh makan.
menu malam ni. siakap lagi.. haha
settle jalan-jalan cuci mata, naik bilik rehat & tidur. esok pagi nak gerak pegi Dalat pukul 5 pagi. perjalanan ke Dalat makan masa 7/8 jam.
bebetoi lepas subuh, van dah tunggu. gelap lagi eh. mata pon kelat-kelat ja.
gitu suasana dalam van. sempit-sempit nak mengembara katanya. haha. ayah duduk depan sebelah driver.
sebab pagi ni kami turun lambat, seat semalam dah kena rembat dengan si bongsu. jadi kami duduk single seat. aku dok belakang suami. yang naura kejung kat belakang kena duduk dengan pak lang sebab imah time penat mengada lebih. suruh mak dia dukung. haha
perjalanan ke Dalat aku pening gila. rasa binau kepala.. tu yang tongkat kepala tu. huhu. cerita Dalat aku tulis nanti ya.. kita buat khas Dalat ja.
ni dah hari ke4. pagi-pagi lagi dah gerak nak menuju ke Ho Chi Minh semula. singgah dekat perhentian untuk sarapan. tak tau nama yang tepat untuk tempat ni. tapi view sini masyaAllah lawa..
sarapan guide dah tapau siap-siap. jadi bila singgah perhentian, order air ja. sebab sini susah cari makanan halal. jadi, ni la cara supaya kita tak kebuluran sepanjang perjalanan.
ambik menu lain-lain supaya boleh kongsi. sorang ambik bihun, sorang ambik nasi lemak. rasa, sedap!
kopi dia terlalu kaw. pahit. huhu
layan la sarapan pagi dengan view syahdu.. hujan renyai-renyai pulak time ni..
anak nakan paling melayan sekali.. kalau tanya dia, "cop, maklong cantik tak?" "tikkkk" dia jawab. hahaha. senang nak peluk cium. yang lain jenuh. maklong lawo lawo gini pon tak reti nak hargai.. =P
hijau & biru bersatu..
rakam kenangan.. tak tau bila pulak boleh sampai kan..
Muine
dekat Muine ni, ada 2 jenis padang pasir. 1 yang putih, 1 merah. kami pi 1 ja.. yang putih punya. sebab dengan anak-anak kecik berenet-renet ni, tak payah nak gigih la ya.. tak seronok pon kalau anak dah meragam. jadi kita ikut kemampuan.
sini digalakkan pakai mask sebab debu..
naik jeep untuk ke padang pasir. feeling la macam dekat Dubai. jeep melompat bergegar-gegar. orang pompuan dok dalam, laki kat luar. yelah, risau kita yang ringan lah sangat ni tercampak kat pasir. hahaha
selpie asal boleh.. sebab gegarkan. tengok dak jiha dah serupa nak bersin ja. haha
bergambar dulu ramai-ramai sebelum pakat cari port bergambar masing-masing. kat sini mat amin family tak join sebab nisa tengah pregnant. bahaya naik jeep melompat gitu.
boleh main slide atas pasir.. kami tengok ja. tak cuba pon..
view memang lawooo.. tapi takleh nak menghayati sangat sebab matahari terik.
ramai ya manusia.. photoboom disana sini.. haha
budak ini boleh pulak hilang tengah padang pasir. dia pi naik jeep dengan atok dia tak habaq dekat mak pak dia. mengelabah kami cari dia sana sini. bertuah sungguh. mujur tak hilang. kalau tak, huru hara trip nih. huhu
pinjam jap habuan posing.. hehe
baba dah tak tahan dah. panas sangat.. haha. jom la pulang.
naik jeep semula..
anak kangaroo.. haha
ada sekor unta tengah lepak bawah khemah. kita snap seketoi dua..
unta pon tak larat panas sangat.. huhu
belikan naura aiskrim nak bagi sejuk sikit. ada label halal ya..
lega dapat pekena aiskrim panas-panas..
settle dekat padang pasir ni, guide bawak kami masuk kampung dia. untuk makan tengahhari & solat.
rumah tapi dia buat restoran & ada jualan jugak. ni rumah ustaz kepada guide kitaorang, Ibrahim memang masukkan dalam tentatif untuk singgah sini untuk bantu madrasah diaorang. dekat Vietnam ni, Islam agama minoriti. jadi, ni la inisiatif diaorang untuk bantu muslim dekat sini.
lauk tengahhari ni memang paling sedap kami rasa. dah berapa hari dok layan siakap siang malam, tetiba dapat kari, memang menambah nasi. hehe
naura makan dengan imah & fateh.. jadi mama dgn baba relaks macam takda anak. hahaha. dekat sini boleh solat jugak. jadi, selesaikan semua dekat sini. makan, toilet, solat. pastu sambung semula perjalanan ke HCM.
ada jualan kacang, kerepek..
kedai makan Haji Monshor. boleh bayar pakai ringgit.
pakat borong sorang sikit..
Ustaznya yang berdiri sebelah ayah pakai kain pelikat.. baik-baik ja diaorang ni. lemah lembut ja bercakap.
taktau aku bergambar dengan sapa ni. isteri ka anak ustaz tu. tah.. yang penting tengok muka yayan tu. elok pulak boleh berdukung. biasa meragam ja kalau aku ambik. ni dia dah buat hal muntah dekat mak dia, mak dia pon merajuk takmau dia. hahaha. baru hg tau nak dekat mak nakan. =P
gambar ni pakai phone aku. masa dak jiha post gambar dalam FB dia, dia boh la caption, awat gambar ni nampak macam lama-lama tak tau.. aku pon reply. camera phone murahenn ku.. terus gambar nampak macam 90an. hahaha
Ho Chi Minh
sampai HCM semula, guide terus bawak shopping dekat Sarah Collection. dekat sini kan kami jumpa eija dgn mus kacak instafemes yang selalu review kedai makan tu. tapi tak ambik gambar pon. segan aih.. tengok gitu ja.
sini biasa-biasa ja. aku beli la sepasang sandal adidas, pastu naura dgn imah nak selipar. beli la kat depa 2 selipar sama jenis. itu jala. laki aku target nak shopping dekat Ben Thanh Market. dah ada aim. kat sini semua pon beli sikit-sikit ja sebab memang dah target dekat jalan Malaysia & Ben Thanh. jadi bila dah sampai hotel, pakat rehat dulu pastu turun la ikut kesesuaian masing-masing. malam ni dah last kat sini.
sebelum time makan, semua pakat turun shopping dah. jumpa family pon lambai-lambai ja sebab masing-masing sibuk shopping. haha
bersila depa ni shopping telekung. aku beli dah sebelum pi Dalat. malam ni beli tshirt, fridge magnet jala. adik-adik aku ni siap beli baju kurung lagi. murah katanya..
borong jangan tak borong..
laki aku beli jaket dengan kasut. memang lawa, kualiti tiptop, harga berpatutan. patut orang suka datang sini nak shopping. buat bisnes memang bagus la. sebab beli kat sini murah ja.
dalam Ben Thanh market ni kan, kita kena pandai pilih kedai. ada setengah peniaga kuangajaq. jenis cakap kasar menempik-nempik. kalau kita tak beli dia bebel dengan muka benci. dah la kita taktau dia cakap apa. tapi, ada peniaga yang baik, lembut, ramah tamah. kita mintak itu ini dia layan ja.. pepandai la korang nilai ya. aku sambar jugak seketoi purse sebab purse aku dah buruk. memang tiptop kualiti dia. sampai hari ni molek lagi kejadiannya.
makan malam ni, masih dekat kedai Musa Karim. tapi malam ni takda siakap. depa bagi steamboat.
sedap jugak steamboat versi Vietnam ni..
settle makan boleh sambung shopping lagi. tapi kopi duluhhh..
esok pagi, turun bilik terus bawak turun segala barang. mana yang nak wrap nak timbang semua staf hotel boleh tolong. kita siapkan duit ja..
selesai masukkan barang semua dalam van, bergambar dulu ramai-ramai dengan Ibrahim.
pagi lagi. santai jala jalan ni. kedai pon tak bukak lagi.
ansari bawak kami pegi sarapan pho daging sedap. jalan kaki jaa..
sempit ja kawasan dia.. kedai warung ja.
tu kedainya.. belakang kami..
memula kami terpisah meja. duduk berempat sekali naura & imah..
pastu ansari adjust bagi dok sekali..
pho' daging.. rasa dia macam lebih kurang koeyteaw celup thai. tapi unik sikit dekat bahagian daun dia.
roti Vietnam ni sedap. dia macam biskut lutut tapi versi lembut sikit. luar keras dalam lembut. mak beli banyak jugak bawak balik sini, tapi bila sampai sini dia penyet. rasa dia lain sikit. tak sedap macam kita makan fresh kat sana.
lepas makan, ansari bawak singgah tengok masjid kejap. masih ada masa sikit lagi sebelum bertolak ke airport.
Naura, Fateh, Imah
posing sekeping dua sebelum gerak..
dah sampai airport.. baju hijau cerah tu ansari tour guide kitaorang sepanjang kat sana. yang jadi photographer, money changer, waiter segala macam kerja dia handle nak pastikan kita ok. terima kasih bebanyak atas layanan baik. jom la pulang!
bye-bye Vietnam.. ada rezeki kembali lagi. kalau datang lagi mungkin nak cover HCM ja sebab tak puas dekat HCM.
nanti ada masa aku tulis cerita dekat Dalat ok.. bye2..
terima kasih buat yang sudi membaca <3
No comments:
Post a Comment