27 June 2013

pavlova

assalamualaikum...

mood nak masak tetiba datang. sebab adik aku balik rumah. kengkononnya sekolah cuti sebab jerebu. tapi cuti sehari jer, dia buat cuti sendiri pulak sampai seminggu. hmm, kakak borek adik rintik?? ehh..hehe

hari ni nak kongsi resepi untuk buat pavlova. resepi aku refer dari blog Cik Epal. terima kasih atas perkongsian. tapi aku alter sikit-sikit mengikut kesesuai.

dah banyak kali dah buat pavlova nih. godek-godek dapur semalam tengok bahan-bahan nak buat pavlova ada lagi. so,masa kuar semalam just beli telur dengan buah jer..

 pavlova yang aku buat...


ok..jom tengok bahan-bahan untuk buat pavlova nih..



ini bahan untuk buat meringue. sikit jer..memang persoalan jugak la bila orang cas seketul pavlova ni sampai rm10..tak padan langsung. kalau sesiapa yang selalu beli kat luar baik korang insaf. buat sendiri lagi jimat..hihi

bahan-bahan :
  1. telur 4 biji ( pakai putih telur jer )
  2. gula  5 sudu besar 
  3. cuka 1 sudu kecil
  4. esen vanila 1 sudu kecil
  5. tepung jagung 1 sudu kecil

cara-cara nak buat pavlova :
  • step pertama, jangan lupa baca bismillah dan selawat dulu.
  • pukul telur putih guna stand mixer/hand mixer. sambil-sambil tu masukkan gula sikit demi sikit sampai habis. jangan berhenti pukul telur tu sampai kembang. kalau berhenti tiba-tiba, meringue tak jadi. 



pukul sampai meringue jadi putih dan berkilat. nak confirm yang meringue tuh menjadi ke tidak, cuba tonggengkan meringue tuh atas kepala. kalau tak jatuh, maknanya menjadi la tu..kalau meleleh atas kepala, pegi la mandi, basuh kepala. meringue awak failed. sila menangis dalam bilik air..wuhuhu

  • masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanila. kacau rata didalam adunan tadi. kacau guna spatula/senduk jer. tak payah pakai mixer.
  • lapik tray dengan baking paper. tuang adunan tadi.
  • panaskan oven dengan suhu 150C selama 15 minit. turunkan suhu kepada 140C waktu nak bakar.
  • bakar selama 30 hingga 60 minit. bergantung kepada oven masing-masing.
  • siap bakar, jangan keluarkan lagi pavlova dari oven. buka sikit pintu oven dan biarkan pavlova sejuk. dah sejuk pavlova tu, baru kuarkan. 

 ini rupa pavlova yang telah siap di bakar..hmm..tak yah cakap. aku tau. memang sememeh. huhu

 untuk topping : cream & buah-buahan yang masam

  • selalunya orang guna whipping cream yang dalam kotak. kena pukul dulu. tapi aku malas. aku pakai cream yang ready made. senang. tekan jer..tak payah nak pukul-pukul. 
  • buah-buahan masam. boleh pakai strawbery, kiwi, blackcurrant..apa-apa jela..tapi jangan pegi letak asam boi pulak. dah kurang munasabah dekat situ..tskk

 sapu cream dekat atas pavlova & taburkan buah-buahan. siap! 

makan sejuk-sejuk lagi nyaman..

rasa pavlova ni sangat manis..macam gula kapas. sekali sekala ok la kalau nak makan. kalau selalu selalu, bersedialah untuk makan ubat kencing manis seumur hidup..hehe


last word : selamat mencuba!!


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...