24 June 2013

cerita

assalamualaikum...

sepatutnya bila dah duduk dekat rumah tak buat apa, aku ingat aku akan lebih rajin update blog. tapi rupanya sangkaan aku meleset..malas jugak. sebab rasanya takde benda pon nak cerita. kehidupan aku sehari-hari amat membosankan. waktu siang, aku tunggu bila la nak malam. bila dah malam, aku tunggu pulak bila nak siang. cam gitu jer..bosan kan?? secara jujurnya aku memang manusia yang membosankan. tak pandai bersosial pon. kalau time kerja, hidup aku cuma berulang alik dari sekolah ke rumah. rumah ke sekolah. tak reti dah nak melepak mana-mana. kalau time tak kerja ni bayang la..memang tak kemana la aku. duduk dalam rumah je la..tak berkembang langsung.

oleh kerana itu, gejala tak sihat pon menular. malas memanjang. aku ingat nak jugak kerja sementara tunggu posting. dah try tanya kawan aku yang mengajar dekat Sekolah Agama Rakyat kat sini, dia kata nanti dia nak tengok ada kekosongan tak. tapi, rupa-rupanya mak aku ada plan lain pulak dekat aku.

' tak payah keja la yong..mak nak ambik tok kat kampung bawak mai rumah kita. nanti ayong jaga tok ja naa '

fuhh..ok la. ok la. still kena jadi surirumah la jugak..tapi beza sikit kot jadi surirumah yang tinggal sorang dengan ada orang. bila duduk sorang-sorang malas gila hokay..nak buat apa pon tak semangat.

contoh, pepagi aku dah siap-siap tauk baju dalam mesin. campak sabun dan biarkan mesin putar. sambil tunggu boleh pulak kan tertidur-tidur. sedar-sedar mesin basuh dah stop. bagusss..softlan tak sempat nak bubuh. pastu ayah aku angin sebab baju tak bau wangi. acaner?? aku memang malas betul la part-part nak masukkan pewangi nih. nak kena jenguk mesin 2 3 kali. kena tunggu sampai bilasan yang terakhir. ingat rajin ker?? tak rajin weyh..ini time takde orang lani. sebab takde orang cakap dengan aku. sebab tu aku leh tertidur balik. wuhuhu

selalunya kalau ada orang kat rumah, aku terfikir la jugak nak jadi rajin sikit. sikit jela..haha. sekurang-kurangnya tahu jugak nak masuk dapur 2 3 kali dalam sehari. pagi, kena wat breakfast. tengahhari, masak nasi. petang karang, buat la cekodok ker hape. paling tidak pon, bancuh air cicah dengan biskut. sekurang-kurangnya adala jugak benda nak makan. ini duduk sorang-sorang, ya ampunnnn...malas nak hai..pagi-pagi pon aku cuma jerang air jer. lepas mati kan api, aku biar jer air tu jadi sejuk sendiri. tak terasa pon nak bancuh kopi ker, teh ker..memang mati betul la selera dok sorang-sorang nih. aku cuma masak tengahhari jer. itupon kalau ada lauk lebih-lebih dalam peti ais tuh, panas kan jela..setakat perut aku sorang jer, tak daya aku nak masak-masak sangat...asal terisi sudah. boleh kau bayang ini kemalasan kuasa berapa??

ok..itu jela serba sedikit cerita pasal kehidupan seharian aku yang membosankan..


musim jerebu sekarang, sila la ambil langkah berjaga-jaga yaa..

  • duduk dalam rumah diam-diam. tak payah bukak pintu dan tingkap
  • kalau keluar rumah, pakai topeng ataupun tuala basah
  • banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter satu hari
  • cuci tangan & muka sebaik masuk ke dalam rumah dan mandi dengan kerap
  • kurangkan aktiviti luar rumah
  • jauhkan diri daripada perokok.
  • kalau anda perokok, berhenti dengan segera.
  • sediakan ubat jika anda ada penyakit pernafasan


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...