29 July 2019

Maldives : Part 1

assalamualaikum...

Alhamdulillah berjaya jugak menulis lagi.. sekarang ni rasanya kalau keluar jer 1 entry baru tu starting dia memang Alhamdulillah la sebab berjaya gak melawan rasa malas menulis tu. =P 

so,entry kali ni cerita tentang percutian di Maldives. pegi bercutinya dah lama pon. hujung tahun lepas. tapi biasala.. kalau tak peram cerita sampai jadi jeruk tak sah. huhu. sebenarnya Maldives ni bukan wish list aku pon.. aku tak penah pon berangan nak gi Maldives sebab mindset aku, Maldives ni tempat percutian orang yang have have jeww.. yala.. selalu tengok retis ja dok pi Maldives.. kita ni apo yang hado? duit pon korek-korek.. gittew!

tapi dah rezeki kan.. tetiba ja boleh sampai. alkisahnya sebab tak jadi pegi Jeju, Korea. pastu duit tiket dah dapat refund. pastu aku tak boleh biarkan ja duit tu gitu. mesti ganti gi tempat lain. haha. sebab memang dah niat nak pi berjalan. jadi, hari-hari aku survey mana nak pegi ni..memula tu dalam kepala nak gi Seoul ataupon Perth jela. tapi bila try contact dengan agent, hujung taun suma dah penuh. tetiba satu hari ni aku nampak pakej ke Maldives all in RM2900. eh? murah gila! yang benerrr?? pastu tak sabor, terus mesej suami aku. dia balas wow ja. haha. pastu bila tanya-tanya dia kata ok ja..

dah tu apa lagi, terus mesej dengan agent tu. masih ada kekosongan lagi.. haaa cantekk! marilah booking! so, cukup masa kita pon flyyyy...

naik Air Asia everyone can fly.. gittew! penerbangan Maldives sehari sekali. pastu flight pon jenis kecik ja. sebab tak ramai pon. perjalanan ke Maldives 5 jam camtu. tapi waktu dia lambat 4 jam. kami bertolak pukul 6.55 petang waktu Malaysia, sampai sana 8.10 malam waktu Maldives.

Alhamdulillah selamat mendarat di Velana International Airport... sampai jer airport, ada ahli group yang nak beli sim. kami tak mau beli sebab bila tanya dengan Shira ( agent kami ) , wifi hotel ada. so takyah bazir la. pakai wifi jer.. 

untung sebenarnya bila pegi negara yang masa dia lambat dari kita, sebab malam dia masih muda.. hehe. jadi masih sibuk.

malam pertama ni kami stay dekat Hulhumale. pulau buatan manusia. sebab kata Shira lebih dekat dengan airport. naik kereta jer.. hotel yang kami duduk ni tah nama apa.. hotel bajet jer. tapi katil dia king hokey! luas nak golek-golek.


 walaupon kecik, tapi selesa.. Alhamdulillah..

dah masuk hari kedua.. sarapan pagi dekat hotel. Maldives ni negara Islam ya. 100% muslim. jadi makanan halal tu insyaAllah tak susah nak cari..

lepas sarapan, kita jalan-jalan tengok pekan Hulhumale ni.. nampak macam lebih kurang negara kita jer. tapi lebih tenang.. mungkin sebab ni bukan bandar dia.. 

Johor Darul Takzim.. kemahen.. baju ni Kak Ainul hadiahkan kat kami laki bini. tapi bini boleh pakai kat rumah ja.. laki bawak sampai ke Maldives uolls.. pastu berjemaah geng Malaysia tegur.. hehe


Maldives punya tulisan macam jawi tak jawi gitu.. sebab apa aku kata gitu? sebab nampak macam jawi tapi tokleh baca. hahaha. baca yang rumi jelahhh..

 jalan punya jalan, haaa.. jumpa pon pantai.. biruuuu sebiru birunyaaaa.. MasyaAllah..

semalam landing dah malam.. tak nampak rupa laut Maldives tu.. ni la first time tangok laut Maldives depan mata.. cantik yang amat-amat! 

 bukan takat laut jer biru, langit pon biruuu..




dah puas jalan, hari pon makin panas, kita gerak balik hotel. ni bergambar depan hotel.. tapi tak nampak apa namanya. haha. masuk bilik, kemas-kemas apa suma, bawak turun barang, ready untuk check out.

 dah check out, kitaorang naik van untuk ke jeti. jeti bot depan airport jer. 

cantik dan bersih kawasan jeti dia..


of coz kena bergambar walaupon panas terik.. huhu


air dia macam listerine! haha. tapi ni memang real. gambar ni kita tak guna filter pon. ori punyaaa. selalunya la kan,dekat kawasan jeti ni,air memang keruh. pastu kotor. tapi dekat Maldives tak. diaorang cukup jaga laut diaorang.

 dalam bot.. nak menuju ke Maafushi.

servis dalam bot tip top! dia bagi sorang 1 tisu basah untuk lap muka, air mineral dan gula-gula.

memula ingatkan dia punya kuih tradisional ke apa.. rupanya tisu. haha. sebab cuaca panas. muka pon berminyak-minyak. bila boleh lap muka dengan tisu basah ni rasa lega sikit.

bot berenti kat mana tah.. tapi bot ni kira macam pengangkutan awam diaorang la. sebab Maldives ni kan pulau. ni nak tunjuk kat korang yang orang-orang Maldives ni islam. perempuan dia semua bertudung helok.

tak ingat berapa lama atas bot.. tapi rasa cam lama jugak. akhirnya sampai ke Maafushi. kami stay dekat sini 4 hari 3 malam.

makan tengahhari Shira bawak kitaorang dekat Restoran Arena. appetizer dia bagi mushroom soup dengan garlic bread.

main dish ialah nasi goreng seafood. citarasa Malaysia. sedap!

dessert pulak aiskrim coklat untuk si suami, vanila untuk isteri. tapi boleh tukar-tukar. hehe

dah settle makan, baru check in hotel..

atas permintaan aku, Shira bagi deco simple tapi sweet untuk honeymoon kali ni. laki aku taktau yang aku mintak deco ni. so, masa staf hotel tu bukak pintu pastu tanya dia, " are you ready sir? " dia macam blur.. dia kata dalam hati bukak jela. banyak bunyi pulekk.. hahaha

 sekali dia masuk, baru dia faham kenapa.. pastu seronok la sebab dia rasa bini dia sweet. kahkah. 

ni mintak tolong staf hotel ambikkan gambar kitaorang..

 staf hotel keluar, kita ambik gambar sendiri pakai gopro.. 

ambikla berpuluh keping sampai puas hati. senang! satgi kalau dah landing, habis terabur dah bunga-bunga tu, tak kuasa pulak nak deco semula.. =P

try tutup langsir pulak.. terus suasana romantik gitu! 

ada balkoni.. boleh duduk santai-santai. pastu menghadap pantai pulak.. memang best!

 toilet dia pon besar..

dah check in, dia bagi kita santai-santai ja. rehat. so, lepas mandi solat apa suma, layan TV jer. dalam pukul 5 petang baru berkumpul semula untuk pegi memancing..

 kami keluar awal sikit sebab nak jenjalan depan hotel. dalam pukul 4.30 petang la lebih kurang time ni..

depan hotel pon kemahen lawa dia punya air..

belakang sana hotel kami.. yang terlindung dek pokok kelapak tuuu.. hehe

pukul 5 petang gerak naik bot untuk ke tengah lautan Maldives. nak tangkap ikan.

ni pengalaman pertama untuk aku.. aku memang tak pernah pegi memancing. laki aku, masa kecik dulu penah jugak. so, dia memang excited sangat dengan aktiviti memancing ni.

orang laki jala mancing.. kita tunggu tepi. malas. haha

staf bot sibuk siapkan umpan untuk ikan..

group kitaorang. 9 orang semuanya.. 

matahari dah nak terbenam.. hari makin gelap. cantik sungguh pemandangan masa ni.. terbuai-buai dengan angin lautnya..

laki aku dok geram tak dapat-dapat ikan.. dia ja dok excited. haha. geng group yang lain dah terbaring bosan. nak nak geng chinese tu..

tak puas hati pindah pi dok kat depan bot. tapi masih gak tak dapat. last last pinjam ikan yang budak Maldives tangkap. dapat ambik gambar dengan ikan Maldives pon jadi la.. hikhik.

gaya bangga tu mesti ada.. baru nampak macam tangkap sendiri ye dak? hahaha

ikan yang berjaya ditangkap oleh orang tempatan.. kat belakang lagi banyak. ni aku snap yang kat depan ja.

selesai memancing, balik ke Maafushi. dalam pukul 8.30 malam camtu la. pastu terus pegi makan dekat hotel. sebab masing-masing pon dah lapar gila.

ikutkan makan dah kenyang sangat dah.. sebab macam-macam kitaorang ambik. tapi staf hotel suh kitaorang makan ikan yang tangkap kat laut tadi. so, tunggu la sampai dia settle masak. nampak rupa ikan tu macam tak menarik, tapi rasa dia sedap dan manis. sebab ikan fresh kan.. nasib kita try jugak. kalau tak rugi tak rasa. hehe.

ok la.. stop sini dulu. nanti aku sambung cerita untuk hari ketiga pulak. bersabariah la menunggunya.. kuikuikui!



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...