30 January 2014

puding laici

assalamualaikum...

Masterchef All Stars menang kat Zamir kan?? tahniah.. aku memang support Zamir dari awal-awal lagi sebab dia memang nampak menyerlah. tapi Celina pon ok jugak. kesian jugak la bila dia kalah sekali lagi dekat final. dah bukan rezeki.. apo nak dikato..

tapi diaorang tak dapat hadiah kan? dapat trofi sebijik tu jer. haha. tak puas hati pulak aku. beriya masak macam nak gila, dapat trofi keras jer.. bagi la percutian ker, spa ker, leh gak release tension. * amboi..suka aku jer komen.

oleh kerana itu, walaupun aku suka tengok Masterchef, tapi tak teringin aku masuk. memang confirm-confirm aku kena kick out awal-awal lagi. sebab aku goreng ikan pon dah makan sejam. nak suh aku masak pasta uli sendiri dalam masa 45minit?? memang tak la..

oleh kerana kita ni tak berapa Masterchef, masak jer la menda mudah-mudah. tak payah bergaduh. janji boleh masuk perut sudah.. ('',)

PUDING LAICI


bahan-bahan :

  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 paket serbuk agar-agar ( clear )
  • 1 cawan gula
  • 6 cawan air

sebelum tu, asingkan dulu air dan buah laici.

step pertama : masukkan gula, serbuk agar-agar dan air. kacau sehingga mendidih. sampai mendidih tau! kemudian tutup api.

step kedua : masukkan susu cair dan air laici.

step ketiga : masukkan dalam bekas dan biarkan seketika.


step keempat : letakkan buah laici diatas puding setelah puding agak keras. ( jangan letak buah masa puding belum keras. nanti dia menjunam kebawah. )

hasil daripada bahan-bahan tadi, dapatla beberapa bekas puding. ada satu tuh, bekas kecik dah habis, so aku sumbat jer suma dalam bekas besar. cincai jer..bukan nak serve dekat Chef Jo pon. haha

P/S : sejukkan dalam peti ais dulu untuk beberapa jam. baru mengancam. 

selamat mencuba!



terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...