26 February 2015

Singapore Trip : USS

assalamualaikum...

haih.. berbulan-bulan aku peram cerita pegi USS nih. punyala tak kuat nak hadap gambor yang beratus-ratus keping. haha. akhirnyaaa berkat kesabaran.. dapat gak publish.


aku pegi USS ni bertiga jer dengan kawan sekolah. memula macam ramai nak join. tapi last minit, kami ja yang dapat pegi. takpe.. tak kisah pon. kami tetap enjoy. ^_~ (gigih sangat orang belakang nak interframe. haha)

kami bertolak dari JB pagi dalam pukul 7am camtu. sampai USS dekat pukul 10am. jalan jem yang amat sebab ada accident. pastu ditambah lagi ada sorang mamat yang sekali naik bas dengan kami sangkut dekat imigresen, pasal apa tah.. dah membazir masa kat situ.. huhu



sebelum kita teroka dalam nih, ambik peta dulu. senang kita nak aim game apa kita nak terjah dulu.


mesti dak nih tak puas hati sebab aku kongsi kerusi dengan dia.. haha


masa untuk pilih game...

melepak dulu kat National Library... 

banyak tangga dan boleh fefeling Gossip Girl kat sini.. xoxo. 


tetttt! masa dah tamat. jom pegi main.....

TRANSFORMER

 game pertama yang kami masuk adalah Transformer. lama kena tunggu sebab ramai orang.

kena pakai spek mata hitam. kakak yang free hair tu, pelancong dari Bali. sambil tunggu dah jadi kamching lak dengan dia. pastu terus snap gambor sesama.

naik rider dengan pakai spek 3D. memang feeling sangat bahawa dahku la superhero di abad ini. hahaha. tapi seryes. memang best gila. sebab dia buat kita rasa real. kena lawan dengan penjahat pastu terasa bagai kita lah penyelamat bumi. haha

keluar dari game, nampak maskot Transformer. nak bergambar dengan dia tapi barisan sikit punya panjang. jadi, kita lupakan..

ROLLER COSTER

berangan jela nak naik.. sebab roller coster nih dah tutup setahun yang lepas. katanya ada yang tercampak mati. hmmm.. aku nengok pon dah scary. punya la berbelit dia punya rail.

bergambor kenangan jelaaa..

MUMMY 

game Mummy terbaekkk! sepanjang hidup, ini la rumah hantu yang paling menakutkan.. seryes tak tipu.

model Mummy.. 3 orang tuh tak berapa nak Mummy sangat sebab muka manyak maneeess.. kekeke

sebelum masuk, kena simpan dulu beg dalam locker. sebab? sebab dia punya rider memang menggila. dengan gelapnya. pastu hantu sana sini. rider dia memusing tak tentu hala. pastu tetiba dia berhenti mengejut. pastu dia buat macam sedut kita la hapa. memang mengucap tak henti ko tahu?? aku punya jantung tak tahu belari pegi mana dah.. haha. 

 keluar jer dari game Mummy, hujan pulokk.. terpaksa beli rain coat..

tapi semangat juang kami sangat kental. terus pegi mencari game best!

FAR FAR AWAY

sampai kat Far Far Away, hujan dah stop. Far Far Away nih, istana Shrek.. kenal?? alahh.. menatang hijau yang buruk tu.. haha.


memula masuk, macam bosan. sebab dia buat show macam cerita-cerita pasal sejarah Shrek. adala ahli sihir dengan cermin ajaib bagai. aku ngan Kak Nia macam nak keluar dah. tapi sebab Anis sabar lagi, kita pon tunggu. sekali habis ja diaorang cerita pasal Shrek, dia bukak beberapa pintu kat belakang. eh? ada pawagam. pawagam 6D.. best gilaa.. dulu aku penah ceritakan pasal aku gi pawagam 6D dekat KL? pawagam nih jauh 2 kali ganda lagi best.. fuhh.. nasib tak keluar dulu. hehe

RESTORAN HALAL

jangan risau bab makanan.. sebab kat sini memang banyak makanan halal. tinggal nak pilih jer nak makan kat mana. macam kitaorang nak makan nasi. sebab nak guna tenaga banyak kan.. jadi, kitaorang pilih Restoran Madagascar.


kebetulan.. tetiba ada pulak penguin Madagascar kat restoran nih.. snap dulu seketul dua.

cari menu paling murah.. dapat nasi lemak jer. tu pon 11dollar. kalau tukar duit kita mahu 20 ringgit jugak. takpaa.. bukan selalu nak makan nasi lemak USS. =P

HORSE MUSIC

 game ni paling tak menahan.. hahahaha.. nak jugak main. kau feeling budak sekolah?? 

innocent tak muka??

MADAGASCAR

 pastu gerak pegi Madagascar plak..

game Madagascar ni tak adventure sangat. biasa-biasa jer.. 

boat untuk teroka dunia Madagascar. 

walaupun tak mencabar sangat, tapi aku suka sebab kartun Madagascar comel.. so, bolehla tuuu..

TREASURE HUNTERS

 Treasure Hunter ni pon biasa-biasa jer game dia. tak mencabar..

 kereta yang kita kena naik.. acah-acah macam bawak sendiri. tapi sebenarnya diaorang yang control.

game nih sesuai la kot pada orang yang dah berumur ataupun budak kecik sangat.. sebab dia macam cool gitu. ada gangguan sikit-sikit jer. tak mencabar pon.. huhu

JURASSIC PARK

dekat Jurassic Park kita digalakkan pakai rain coat sebab dia akan basahkan kita. kalau taknak pakai pon takpe. gasak la kalau korang suka basah. hehe

yang kaler kuning tuh ridernya.. game nih aku suka jugak la sebab ada banyak dinasour.. masa tengah main tak snap gambar sebab dinasour tuh sembur-sembur air. malasla.. nanti basah habis camera. huhu. 

ROLLER COSTER MINI

sebenarnya lepas keluar daripada Jurassic Park, hujan turun lebat nau nau. tapi kami still nak main jugak. tak nak stop. so, kami pegi cari game apa yang still on. roller coster tu on (nampak roller coster kaler merah?? tula dia.).. tapi takde orang nak main. bagusss.. takyah kita beratur panjang-panjang. memula macam takut gak. takut licin ke apa. tapi orang yang jaga tu kata, roller coster ni ok jer. insyaAllah selamat. kalau nak banding dengan Mummy, ini lagi ok. cuma kena bukak rain coat jer sebab roller coster laju. nanti rain coat koyak. haha.

so, kita pon naik.. memang epic la bertarung nyawa naik rider ni dalam hujan. mengucap tak sanggah. haha. gila betoi!!

SESAME STREET

dekat Sesame Street takde orang.. kitaorang masuk jer terus boleh naik rider. takyah tunggu.

 game budak-budak. cerita pasal buat spaghetti je pon. haha. tapi biasalaa.. kita tiga orang memang tak menahan. suma game nak redah. dah tak kisah game tu untuk budak ke orang tua. heee

ACTION MOVIE

 dah nak malam.. tapi sempat lagi nak pegi tengok show. heee

 dan harusla ku akui.. inilah show yang terbaik dari ladang.. 

set dia walaupun nampak bodo-bodo jer, tapi... daebak! aku rasa cam nak kiamat dah masa tu. TV kecik tu tayang berita. pastu tetiba ada api. set terbakar. tingkap pecah. kapal yang datang tah tiba-tiba seolah-seolah nak langgar kita. haishhh.. memang dasyat la!

HOLLYWOOD DI WAKTU MALAM

walaupun malam dan hujan.. manusia masih ramai..


 abadikan kenangan sebelum balik..

 puashati! itu jer boleh cakap.. sebab dapat main banyak sangat game dan sangat gembira.. hehe

 singgah kedai coklat sebelum balik. tapi tak beli pon coklat. bergambar jer dengan coklat. jadi laaa tuuu..

 yeah!! mission complete! jom balik...

naik bas.. kembali ke dunia nyata. takyah berangan jadi Transformer sangat nak terbang-terbang bagai. huhu

nota :

* kalau nak jimat, bawak bekal air dan makanan sendiri. tapi jangan la over sangat bekalannya tu. cukup roti dan biskut. kang bawak bekal macam nak pegi picnic, kena tahan plak.

* standart toilet diaorang takde paip. so, bawak la air botol dan tisu basah untuk keperluan istinjak.

* part solat jangan risau. kat USS ada surau. tapi takyah harap telekung wakaf la yer.. bawak sendiri. telekung dia tak sediakan pon. dah cukup baik diaorang sediakan surau walaupun kecik.

* bagus kalau cari game yang tak ramai orang dulu sebab tak buang masa. kalau datang ramai-ramai pon, sebaiknya tak perlu tunggu. sebab USS sangat besar. nanti tak sempat nak main.


sekian.. wassalam!



terima kasih buat yang sudi membaca <3


1 comment:

  1. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Ya ada.. Silakan tanya...

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...