4 November 2017

jalan-jalan Ipoh : Tasik Cermin

assalamualaikum...

Tahniah JDT sebab menang piala Malaysia semalam! Tahniah jugak sebab rakyat Johor dapat coti termasuklah I yang keje dekat Johor ni pon cotiii. hehehehe. memandangkan cuti dan ada masa sikit, bolehla kita update blog. 

cerita jalan-jalan Ipoh ni sebenarnya masa cuti Depavali hari tu. balik rumah mertua pastu menyelam minum air pi jalan kat Tasik Cermin dan Kellie's Castle. hari yang sama jer kitaorang jalan tapi boleh tak nak update asing-asing?? sebab?? sebab aku cam takde mood pulak nak taip panjang-panjang. huhu. len kali jer aku cerita pasal Kellie's Castle. 


TASIK CERMIN, IPOH PERAK

tak ramai sebenarnya tau pasal Tasik Cermin. tanya orang Perak sendiri pon diaorang tak tau dekat mana. suami aku sendiri tau pasal Tasik Cermin ni masa dia nak survey port outdoor yang best untuk gambar kahwin. itula baru tau, pastu baru la first time nak menjejak keindahan Tasik Cermin. kalau korang google jer gambar-gambar Tasik Cermin, mesti ko meleleh air mata nak pegi tengok depan mata. sumpah cantik tak tipu.

ok la aku dah lanje sekeping gambar google. apa macam?? memberontak tak hati? gitu la perasaan aku, masa laki aku suh google sendiri, bila aku tanya dia ada apa dekat Tasik Cermin ^_^

dinamakan Tasik Cermin sebab boleh nampak pantulan dalam air seperti cermin. Ok jom aku share camna nak cari lokasi Tasik Cermin ni. sebabnya kalau ko waze pon ko takkan jumpa secara tepat sebab nama Tasik Cermin tak keluar dalam waze @ map. apa yang perlu ialah kegigihan mencari dan kembali kepada cara zaman dulu-dulu, tanya jer orang yang ko jumpa.

 Tasik Cermin ni berada di area Gunung Rapat. ok. ni paling penting. nampak Jun Tyre terus masuk simpang ni.

 jalan terus.. 

 pastu kita akan melalui jalan yang tak berturap. cekalkan hati. ko memang tangah nak cari tasik misteri. pastu tolong jangan bawak kereta kecik macam Viva ke Kancil ke. paham-paham la kalau nak lalu dekat jalan yang mencabar gini. lubang besar-besar takyah ceritala.. kalau jenis sayangkan kereta, memang tak digalakkan.

teruskan perjalanan.. memang sebenarnya akan timbul was-was. betul ke ni tempatnya? takkan kat sini? aah memang.. kitaorang pon dah sampai dalam, patah balik. sebab tak percaya. pastu dah patah balik tanya orang tu orang ni, baru la jumpa.

 ini lah tempat masuknya. ada amaran bahaya. tapi sebab orang yang kitaorang tanya tu dia kata boleh masuk kat sini. so, kita follow jela.

parking kereta kat luar ni jer..

pastu jalan kaki masuk ke dalam..


 kita akan masuk ke kawasan kuari. fahamla.. kawasan kuari pecah batu ni, batu dia besar-besar. jadi kalau boleh pakai kasut yang tapak dia tebal sikit. baru tak sakit kaki nak berjalan.

jalan terus dengan penuh kesabaran. anggap ja macam merentas desa. haha

pastu kita akan jumpa kawasan kuari yang lapang. masa ni korang dah boleh start scan dah nak cari pintu gua. 

 masa kitaorang datang ni, ada budak perempuan 2 orang dok bergambar-gambar. jadi tanya diaorang jer so mudahla. tapi berani betul bebudak ni. sebab perempuan 2 orang jer. 

kawasan ni sunyi. nasihat aku kalau boleh, ajak la orang laki ikut sekali. sebab kita tak tau kan tempat yang takde orang jaga camni.. bahaya.

anjing pon boleh tahan banyak. aku takde tips nak ngelak dari anjing. pandai-pandaila nak hidup. T_T 

kalau ikut aku jerit dan cabut. 
tapi kalau ikut laki aku, tenang dan jangan jerit. 
ko pikir la sendiri nak yang mana. -_-'

bawak la lelaki gagah yang boleh jaga kita. kalau dia pon turut lari sama, tak payah la bawak dia. kunci diri dalam bilik jer. sobs!

 ok tudia pintu gua. gua ni adalah gua buatan yang mana selepas diaorang jumpa tasik dekat tengah-tengah bukit kapur tu, diaorang buat satu jalan supaya kita boleh masuk kesini.


 travel partners.. <3

 panjang gua ni dalam 50meter. takla panjang sangat. dari sini dah boleh nampak hujung sebelah sana. tapi, kat tengah-tengah macam gelap sikit. jadi, kalau boleh standby torchlight lagi bagus.

berjalanlah kita kedalam gua sepanjang 50meter untuk menjejak Tasik Cermin. 

 dekat nak sampai hujung rasa macam tak sabar nak tengok Tasik Cermin. dah boleh nampak pelantar.



 Alhamdulillah!! akhirnya Tasik Cermin terbentang depan mata!



 ada pelantar yang dibina untuk kemudahan pengunjung. walaupon takde orang jaga, tapi mungkin dulu-dulu diaorang ada perancangan untuk naikkan tasik ni..

 masa kitaorang datang ni, dalam pukul 9/10 pagi la tak silap. matahari tegak atas kepala. jadi bila cahaya matahari tembak betul-betul dekat air, reflection tu tak berapa nampak.

 kalau korang ada plan nak datang sini, aku cadangkan datang petang-petang sikit ataupon waktu hari redup. waktu tu mungkin boleh nampak pantulan yang lebih jelas.

walaupon waktu kitaorang datang ni macam tak berapa ' cermin ' sangat, tapi tetap jer aku suka tempat ni. sebab dikelilingi dengan bukit kapur, kehijauan pokok-pokok, air tenang tak berkocak, bau alam semulajadi yang buat aku rasa dah berada di sebuah dunia yang lain.


takde orang lain pon masa kitaorang datang ni. kami berdua ja.. jadi boleh la berposing sakan tanpa perlu segan silu.. 


 kalau korang datang sini nak berkelah-kelah dengan keluarga, mungkin takde masalah. tapi aku harap tolongla jaga kawasan ni. jangan kotorkan dan buang sampah sesuka hati dekat sini. korang belajar sivik kan??


 tak nampak sangatkan reflectionnya.. hehe. takpe.. kami redhoooo!

tempat ni kalau nak jadi tempat ko tenangkan diri bila merajuk dari kekasih hati pon sesuai. tapi seram sikit la.. bila fikir seram tu terus tak jadi. baik tenangkan diri kat shopping mall. untung-untung kekasih hati pujuk dengan lanje barangan di mall tersebut. kalau kat sini, tetiba dah kena sorok ngan bunian apo nak dikatoooo.. T_T


 yang penting bila kita duduk kat kawasan ni jangan la cakap yang bukan-bukan dan celupar mulut tu. kita datang sini niatnya nak tengok keindahan alam ciptaan Allah swt. ok?


  aku paling suka gambar ni. cantik macam lukisan kan?

subhanaALLAH, Alhamdulillah, Allhuakbar


kalau berjalan dekat pelantar ni aku nasihatkan supaya berhati-hati. jalan tengok bawah. sebab ada yang dah rongak, dah berlubang. biasala.. tempat takde orang jaga.


 layan jala gambar-gambar kitaorang. tak larat pikir dah nak letak caption apooo.. -_-'


 dua-dua dah membesar bagaikan juara. sabor jala.. -_-'


 kalau korang berani, bolehlah posing atas papan tu. kalau rasa badan tu ringan laaa..

 kitaorang dua memang takleh cuba. sebab tau kalau cuba, mesti tenggelam punya. huhu

 ok la dah puas dah berfoto-foto, marilah pulang!

from Tasik Cermin with Love. ewah!!


sebelum terlupa, jemputla layan video kitaorang kat Tasik Cermin ni, husben aku yang buat video. aku tak pandai. husben pon masih belajar-belajar lagi. sebab baru first time kan. len kali jalan-jalan lagi kita buat lagi video sampai la terer sesangat pejam mata pon boleh buat video amboi! haha.




sekian. ada masa aku tulis pasal jenjalan kat Kellie's Castle pulak.




terima kasih buat yang sudi membaca <3




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...