29 December 2017

First Anniversary

assalamualaikum...

hari ni usia perkahwinan kami 1 tahun 1 bulan 3 hari. sambut anniversary masa usia perkahwinan 1 tahun 3 hari. lambat memanjangggg.. haha. sebab tarikh kawin 26/11 tu aku masih kat Johor ada mesyuarat akhir tahun. 28hb baru settle suma dapat balik. so, 29hb la celebrate nya.. redo jala.. dah nama PJJ.

aku belum dapat tukar lagi. masih kena ngajar di JB. harapnya tak lama la.. mudah-mudahan kejap lagi dapat surat pindah. huhu.

hari ini dalam sejarah.. 26/11/2016


ok.. berbalik kepada tajuk. saja nak share sambutan anniversary yang pertama ni walaupon biasye-biasye je awaaa.. tapi untuk ingatan dikemudian hari, haruslah ku gagahkan diri untuk menulis. =)

selepas setahun.. berat badan turun naik tu biasa. janji baju nikah dulu masih boleh dipakai. kehkeh. *ko punya nak backup diri.

ikutkan nak suh suami pakai baju melayu masa nikah. tapi dah tak muat. hehe. tahun pertama dah sangkut. jom tengok aku plak berapa lama boleh bertahan pakai baju ni.. =P

memandangkan masing-masing sibuk dan terkejar-kejar, kitaorang pilih nak celebrate dekat-dekat jer. kitaorang pilih Restoran Opera Klasik by Rashid Sibir. Rashid Sibir pengarah cerita Tanah Kubur tuuu.. hehe. kat Rawang susah nak cari kafe yang hipstur. ini pon boleh laa.. 

yang penting dia boleh deko kan untuk kita.. boleh feeling makan berdua. potong kek sesama. staf pon sangat mesra. melayan jer bila kitaorang mintak dia ambik kan gambar berpuluh kali.. =)

kat sini femes dengan asam pedas.. so, bantai makan nasi la apa lagi.. hubby siap mintak nasi tambah. hehe. nak bagitau yang memang terbaik dia punya asam pedas.. dia punya menu alhamdulillah semua sedap. kek pon best. padat dengan coklat.

 mine <3

his <3

ecehhhh.. nak feeling fattzura la kengkonon! haha. muntah hijaula berjemaah.. =P


Alhamdulillah.. setahun dah kita. semoga tahun-tahun yang akan datang akan menjadikan kita semakin matang dalam alam perkahwinan. memahami antara satu sama lain. bersabar diatas setiap ujian dan dugaan dan semakin bertambah kasih sayang dari hari ke hari. 

doakan kami kekal bahagia hingga ke jannah dan cepat beroleh zuriat yang soleh solehah sebagai penyeri keluarga. amin..



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...