assalamualaikum...
dah masuk part 2 untuk cerita bercuti dekat Maldives ni. tanjat tak tetiba cepat pulak aku update? haha. minggu ni terus 2 entry.. daebak!! =P sementara mood rajin tengah ada ni, marilah kita menulis.
kalau nak baca part 1, boleh klik dekat sini.
nyaman udara pagi dekat sini. pastu pemandangan pon cantik sangat..
pagi lagi masa ni.. jadi tak ramai orang. kalau tak jangan harap la nak dapat main kat buaian ni. selalu jer penuh.
sarapan pagi dekat Kaani Grand Hotel ni style buffet. macam-macam menu ada.. bagi aku masakan dia boleh masuk dengan tekak.
makan banyak-banyak sebab hari ni nak terjun laut. kena pastikan perut betul-betul kenyang. baru bertenaga. gittew!
selesai makan, ready untuk pergi snorkeling. kitaorang memang dah standby pakai baju mandi dah kat dalam. jadi, senang la. bila kena ready just bukak jer tshirt dan jubah yang pakai tadi.
alatan snorkeling suma pinjam dekat hotel. life vest, goggles, towel pon dia pinjamkan. tapi semua kena rekod la. jadi kalau kita hilangkan ke, harusla kena bayar ganti rugi..
bertolak ke laut.. jujurnya ni la first time aku nak snorkeling.. aku ni bukan takat tak pernah snorkeling ja, mandi pool pon dah lama aku tak terjun. tetiba terus terjun kat laut Maldives. cuak jugak sebenarnya.
staf bot. ni nak tunjuk kat korang rupa orang Maldives. diaorang ni gelap-gelap macam orang India. dulu aku bayang Maldives ni negara omputih. tapi rupanya tak. gelap-gelap ja diaorang ni. tapi bukan macam negro. dia lebih kepada rupa India. sebab diaorang ni dah dekat dengan Sri Langka. tapi perangai dia jauh ya daripada orang India. tak busuk, tak bising, sopan santun ja bila bercakap. sebab diaorang kan Islam. of coz baik budi pekertinya.
emerald green oooo dia punya air.. paduuu! ni kitaorang stop dekat check point pertama. taktau la nama apa. sebelum dia lepaskan kitaorang turun, dia ada bagi penerangan camna nak snorkeling. tapi terang camna pon, kalau dah gelabah dalam air tu, hilang jugak waras aku. haha
settle penerangan, dia lepaskan ja kitaorang turun. tapi staf dia turun sekali la supaya kalau ada apa-apa dia boleh tolong kita. aku dengan husben turun paling last. dah la paling last, dok pegang kat tangga bot tu punya lama tak gerak-gerak. takut punya pasai. haha. macam hapa ja orang tengok! =P
lepas dah bertenang sikit, laki aku suh aku try kayuh kaki.. dia tarik aku bawak jauh sikit dari bot. masa tu macam ok la.. dah rasa selesa. pastu ada staf ni dia nak snap gambar. kita pon ok layan.. senyum buat peace bagai. pastu dia tanya, nak ambik dalam air tak? laki aku kata ok boleh.
padahal masa tu aku tak try selam lagi eh.. aku tak berani. dah nak ambik gambar punya pasal, kitapon masuk dalam air. tak sampai berapa saat, aku dah tersedak macam nak lemas. lupa tak leh bernafas guna hidung. kahkah. pastu apa lagi, balik ahh naik atas bot. fedup aku dok terapung macam takda arah tujuan. haha
check point kedua aku malas dah nak turun. laki aku sorang ja turun. dia macam boleh jugak la berenang daripada aku yang zero ni.. huhu
pastu mentang-mentang aku tak turun, kemain jauh yaa dia berenang.. tadi masa dengan aku kat tepi-tepi bot ja. berat sangat gamaknya. haha
nampak bebas dan gembira disitu.. hmmm..
kita lepak atas bot sorang-sorang. dapat snap kaki jewww! huhu
settle dekat check point 2, diaorang bawak kitaorang ke Sandbank untuk makan tengah hari. berkelah dekat sini. orang bot dah siap-siap bawak bekal dah.
air dia jernih macam kristal..
bot macam terapung jerrr..
diaorang pacakkan payung-payung untuk kitaorang berteduh.. jadi boleh la makan dengan selesa.
menu lunch kitaorang. ayam masak merah dengan acar. nampak macam masakan Malaysia tapi rasa Maldives. sebab masakan diaorang tak pedas. dia lebih kepada rasa tomato. Alhamdulillah cukup untuk mengisi perut yang lapar.. paling best sebab sambil makan sambil layan view mengancam!
selesai makan, terus terjun laut. tak tahan la tengok air dia..
kat sini puas la main air.. cetek jer.. takyah susah-susah nak pikir kaki tangan kena kuak. haha.
cantik dan jernih gila air dia.. macam kat swimming pool
indah sungguh ciptaan Allah.. MasyaAllah SubhanAllah..
haaa.. banyak sikit aku belanja gambar kat sini. sebab lawooo sangat. geram!
ok.. dah jom naik bot semula. mandi dah puas. perut pon dah kenyang.
kali ni nak pegi tengok dolphin pulak..
banyak gila dolphin kat sini.. dia keluar berjemaah macam buat show.
cute angatttt! kalau tengok video best la. gambar ni macam biasye biasye ja..
selesai tengok dolphin, bot bawak ke check point ketiga. ni check point last la.. oleh kerana dah last, aku turun la jugak walaupon masih zero. sebab aku macam ada keyakinan sikit dengan laki aku bila tengok dia berenang sorang-sorang dekat check point 2 tadi.
yang kali ni rasa lebih better dari yang pertama tadi. jauh jugak laki aku tarik aku. sampai nampak bot tu kecik ja dari mata. tapi aku boleh berenang gitu jela.. tak berani nak menyelam sebab takut lemas. huhu. masih lagi gayat. so, lepas aku dah puas, aku naik bot terus. bagi laki aku ja enjoy berenang. kesian pulak dia letih layan aku ja.
naik jer atas bot, si Ros geng group aku tanya. " akak ada nampak turtle? diaorang cakap kat sini banyak turtle.. " aku jawab, " akak tak nampak turtle sebab tadi abang sibuk nak selamatkan dugong. dugong biru.. " gelak Ros dengar jawapan aku. haha
laki aku jala berjaya lawan rasa gayat dia.. berani menyelam. tengok apa yang ada dalam laut tu..
untung jugak bini dia ni tak reti berenang sangat. boleh naik bot awal pastu ambik gambar dia yaa.. haha
selesai kat check point 3, beransurlah kita pulang. dalam perjalanan pulang, dia bagi epal sorang sebijik untuk lapik perut.
puas dah mandi. badan pon dah lekit dengan air masin.. hehe
pakai cap laki aku sebab rambut dah terkeluar dah. nak adjust pon susah. sarung ja cap settle!
sampai jer Maafushi, kami tak terus naik bilik. kami mandi dulu dekat pantai depan hotel. hehe. dah puas baru naik hotel.
mandi, solat pastu rehat sementara tunggu malam.
makan malam hari ni awal sikit. pukul 6.30 pm dah boleh makan. kami turun awal jugak sebab dah lapar. hehe. makan buffet standart la ambik tu sikit ni sikit. pastu dessert yang dalam mangkuk kecik tu sedap. macam puding tapi creamy.
malam ni takde aktiviti. free and easy. jadi, lepas makan kitaorang jalan-jalan dekat kedai-kedai yang bukak dekat Maafushi ni.
belek souviner la apa lagi.. haa.. sebelum terlupa. dekat Maldives matawang dia pakai rufiyaa. tapi dekat Malaysia takde jual duit Maldives. jadi kita pakai US dollar. dan diaorang pon memang terima duit dollar. jadi takyah susah-susah nak tukar rufiyaa. kalau nak tukar, boleh tukar dekat Maldives. tapi dia takkan tukar kalau sikit. kena banyak. tak ingat dah berapa. tapi tak payah laa.. guna jer dollar. senang. nanti kalau ada baki boleh tukar balik. kalau pakai rufiyaa, ada baki nak tukar dekat Malaysia memang tak laku la jawabnya.
barang-barang kat sana memang mahal la.. key chain pon boleh jatuh dekat rm8 seketul. habis dah duit kita kecik kan? sabor jalaa..
malam ni beli sikit-sikit jer. lebih kepada nak survey harga.
laki aku nak beli topi baru.. tapi harga mahal nak matey.. padahal tengok macam sepuluh hengget ja. huhu
kedai Odex ni owner dia power cakap melayu. tak susah-susah ko nak speaking. boleh mintak diskaun harga kawan-kawan.
siap ada bendera Malaysia oo dalam ni.. kalau korang datang Maafushi, singgah kedai ni ok? aku recommend sangat!
suasana malam dekat Maafushi. diaorang bukak kedai sampai tengah malam ya. pastu kalau masuk dia punya kedai serbaneka, banyak barang-barang Malaysia dalam tu. megi, biskut, aiskrim, air.. tapi harga Maldives la.. ko mampu bangga dengan product Malaysia tapi confirm ko tak mampu nak bazirkan duit ko untuk beli dengan harga Maldives. huhu
ok.. sekian dulu untuk part 2.. nanti aku sambung part 3 pulak. stay tuned..
terima kasih buat yang sudi membaca <3
No comments:
Post a Comment