3 June 2023

Bangkok, Thailand

assalamualaikum...

hello, hello.. lama tak bersiaran. walaupon begitu syukur masih boleh hidupkan blog ni walaupon macam hidup segan mati tak mau. haha. sekurang-kurangnya aku punya blog ni adalah spesis yang dah pupus tapi masih survive. yang lain semua dah hanyut yaa.. orang sekarang banyak layan vlog. senang lagi tengok video daripada membaca ye dak? tapi orang macam aku, walaupon cakap banyak, tapi takda kekuatan nak bercakap depan camera. nanti tah apa-apa jadinya.. huhu

so, kita teruskan jala dengan blog ni. biar laki aku ja buat youtube atas nama ' Naura Channel '. laki aku ok jugak la bab edit video ni. cuma masa tu takdak nak selalu selalu hadap. yelah kita ni orang bekerja kan. bukannya keja buat content ja. sebab tu ikut dan jala nak update pon. ingat senang ka weh.. lama tau nak mengadap edit itu ini. dia kalau sejam dua memang tak jadi apala. kena seharian mengadap. kalau yang jenis buat duit guna sosial media tu seronok la. kita view takat ciput ciput sekupang pon tak dapat. bil letrik ja naik pasai dok on laptop berejam. haha

dah la beletiaq tak tentu hala tu. marilah kembali kepada tajuk asal. muqadimah pon dia bagi dekat 2 perenggan pastu dia hingaq dok depan laptop lama. =P 

ok. ni cerita hujung tahun lepas. aku gi jalan-jalan dekat Bangkok. asalnya kan, nak pi dekat-dekat ja. sebab macam rindu gitu nak cop passport. haha. kengkonon nak pi Hatyai ataupon Krabi. tapi dedua tu naik bas, aku pulak tak yakin nak bawak naura naik bas lama sangat. jadi kena la cari hat naik flight. oleh kerana negara jiran yang belum sampai adalah Thailand, so cari pakej Thailand la. mak ajak pi Padang, Indonesia. aku takmau sebab dah 3 kali masuk Indonesia. aku nak pi negara lain pulak. haha.

akhirnya aku jumpa pakej Lopburi Bangkok. haa.. boleh pi ladang bunga matahari sebab memang musim dia hujung tahun. jadi, tanya laki aku, tanya mak, sebab kali ni memang nak bawak mak. aku dah target nak belanja mak kali ni.. pastu depa on belaka, jadi marilah kita..

setelah 3 tahun tak terbang dek kerana covid, sekarang marilah kita meneroka dunia kembali..

nebes tau bawak dak kecik nih.. walaupon nampak baik, tapi risau jugak. takut meragam tak selesa. tapi Alhamdulillah, naura memang baik. dia tidoq ja sepanjang terbang. tak heran apa.. bangun-bangun dah sampai. haa senang!

sampai dah dekat Suvarnabhumi Airport.. ni kami punya geng. dalam 22 orang gitu. campur guide, jadi la 25 orang. mak kata kat aku, 'hg sorang ja yong bawak budak kecik dengan orang tua.. jenuh kita nak ligan depa.' haha. bab budak kecik tu betoi la. memang orang lain bawak anak pon dah remaja. aku ja bawak budak 2 tahun. tapi yang orang tua tu macam tak betoi. pasai mak aku takla tua sangat pon. masih fit nak berjalan. hat join tu pon ada ja yg dah pencen sama macam mak. hehe. 

bas yang kami naik. selesa sebab bas besar, tapi kami 25 orang ja.. boleh duduk jarak-jarak.

geng travel mama.. hehe. naura memang dilahirkan untuk ikut mama teroka dunia ok. tak boleh lembik!

first time naik airoplane, first time jugak naik bas. bila tanya dia 'naura suka naik apa?' Bas!! haha. adoiii.. sebelum kami terbang, kami asyik sembang nanti kita naik airoplane. nak bagi dia excited. rupanya bas ja yang seronok. ahh dah la. pasni kita naik bas pi Hatyai pulak! eh?? haha

Hello Bangkok! masa sampai ni dekat maghrib.. kami bertolak daripada KLIA petang. ada delay sebab cuaca. fly dalam 2 jam lebih ja. tapi boleh tahan letih la bersidai dekat airport.. 

masuk bas, guide bagi jajan dengan air mineral.. 

syok ambik gambar atas bas, pastu boleh pulak dia ni perasan kita ambik gambaq, dia boleh angkat peace. haha

Asiatique Riverfront Night Market

tempat pertama yang kami pegi, Asiatique Night Market. sini tempat shopping. ada banyak kedai, nak makan-makan pon sini. guide bagi masa dalam 2 jam gitu. 

cantik tempat ni.. aku sebenarnya impress sebab Thailand ni cantik dan bersih. pastu sebab aku pi ibu negara dia, jadi nampak sangat maju.. setanding kita. tapi bab bersih boleh bagi kat depa lagi.

muka barai letih. haha. ni isi perut dulu. lapaq terketaq.. haha. 

untuk malam ni, makan tak disediakan, jadi cari makan sendiri. kami pilih gerai ni untuk dinner malam ni. nampak yummy kan? >_<

kami beli nasi goreng, sotong dan udang bakar. padu yang amat! fresh! tapi tulah, benda yang kami beli lupa ambik gambar. lapar punya pasai. huhu. mujur ambik jugak gambar masa tengah tunggu depa ni siap bakar.

settle makan, jom jalan! ni mak nampak buah durian terus nak beli. mak memang suka durian. 3 ulas ni seingat aku macam 70 hengget malaysia. mahai oii.. tapi mak nak jugak rasa. 

beli jugek walaupon aku kata mahai. takpala. bulih ku tumpang rasa. haha. tapi seryes. tak rugi beli.. memang sedap yang amat! 3 ulas pon rasa puas.

pastu jalan-jalan la tengok kedai. mek ni dia kejap kejap nak dukung. sebab penat agaknya. yalah.. kaki kecik kena jalan banyak, mana tak letih. tapi badan dia 16kg kot. mengah jugak la dukung.. =P



banyak kedai makanan yang bertanda halal.. boleh la makan tanpa ragu. kalau ragu jangan makan ok..

sabun ni kan, bau dia memang sebiji buah yang dibentuk tu. aku bau yang mangga tu bau manis sebijik. risau pulak ada yang kokak time sabun. haha. ni tengok saja. tak beli apapon kami kat sini. mak ja belikan naura sekor gajah pink. tak ambik gambar pulak. sini memang banyak la depa dok buat souviner gajah. naura pulak nampak ja dok sebut elephant elephant.. mak kesian, beli la sekor kat dia..

keluar dari Asiatique, nampak 7E.. wah 7E Thailand memang banyak benda viral sedap-sedap. mana boleh lalu saja. wajibun masuk. rembat la susu meiji 3botol. padu susu dia.. lemak berkrim.


nak beli, tengok label, tengok bahan dulu ok. ni bukan negara kita. nak main sebat ja bahaya.. kami memang beli air ja. makanan tak beli pon. dah kenyang..

check in dekat Al Minaz Hotel. sebab kami ber4, depa tambah 1 lagi katil menyambung gitu. takdan aih nak ambik elok-elok. naura dah tak sabar nak landing.

gitu ambik gambar dalam hotel. haha. lantak la. nak suh depa keluaq balik tak gamak pasai dah letih masing-masing. janji bilik alhamdulillah selesa untuk kami ber4.



sarapan pagi ni awal sikit sebab guide nak kami start awal. yelah semalam kan sampai dah malam, jadi dapat pi 1 tempat ja. so hari ni kita full day trip. start pukul 6 pagi dah boleh sarapan. pukul 7pagi dah nak gerak. naura memang terbaik. tak meragam pon kena bangun mandi pagi. dia tau kita nak pi berjalan, dia semangat ja.. hehe

cantikkan kafe dekat hotel ni? oh, btw hotel ni kepunyaan orang islam. jadi nak makan tak was-was dah. insyaAllah halal..

masakan dia ok ok la.. sedap jugak.. 

pagi di Bangkok.. 

Maeklong Railway Market

antara sebab kenapa kena keluar awal pagi ni, sebab kita nak kejar timing train nak lalu. kalau terlepas timing ni, jenuh lari semua plan. 

naura ni sejenis pucat tau. kalau sejuk sangat nampak muka tu macam nak biru ja. tapi kalau time panas, dia bertukar jadi merah pulak. tu nampak tak bibir biru ja? sejuk la tu..

cuaca dekat Bangkok ni sejuk sedap tau. tak panas, tak sejuk sangat.. best la nak berjalan. udara nyaman gitu.

bergambar dulu sebelum train datang..




peniaga dekat sini letak barang-barang bebetul tepi rail.. ada la jarak berapa inci ja. bila train nak lalu, baru diaorang kemas barang masuk dalam.

kat belakang sana penuh orang. sebab banyak gerai yang bukak. kami malas nak sesak-sesak. jadi bergambar kat depan-depan jala..

sebenarnya kena standby jugak nak lari mana bila train lalu satgi. sebab train lalu memang bebetul dekat.

haa.. tudiaa train yang ditunggu. punya sempit laluan pon. tapi train ni lalu lemah lembut ja. bukan jenis train yang berdesup laju tu.. kalau berdesup laju aku rasa terbang dah semua gerai tepi tu.. -_-'

train ni memang ada manusia naik ya.. bukan sesaja lalu habuan buat pertunjukan.. bukann.. orang yang atas train pon sibuk jugak rekod kita kat bawah ni. yala nak tunjuk dia dok atas train yang rare kan. train ni ada 4 trip setiap hari. jadi dia akan lalu pasar ni sebanyak 8 kali. haa.. rajin kan acik acik menjual tu dok keja mengemas ja tiap kali train lalu. gigih!

train dah lepas, jom jenjalan dekat pasar tengok apa yang ada..

korang rasa, antara stesen keretapi dengan pasar ni, siapa yang ada dulu?? guide kitaorang bagi kuiz ni kat dalam bas sebelum sampai sini. aku jawab pasar. laki aku jawab stesen. hgpa rasa sapa betoi?

jawapan dia stesen dulu.. maknanya laki aku betoi. haha. katanya stesen bina dulu lepas tu baru pasar. orang kat sini takmau pindah kelain sebab sini la punca pendapatan depa. eh. hgpa nak tau cerita details pi google la. aku pon ingat tak ingat ja cerita si adam tu.. =P

nampak tak jarak barang dengan rail tu?? dekat wehh.. tangan kena cekap nak kutip semua benda. dengan nak bukak tutup payung lagi.. 

main dengan tok.. hehe

matahari memancar tak boleh nak bukak mata. haha. ambik gambar pon nampak tak ikhlas..


sebelum gerak ke tempat lain, kita cuba aiskrim kelapa thai dulu..

boleh pilih nak makan dengan roti ka, cup ka, kelapa ka..


aku pilih dalam kelapa la.. benda jarang dapat. takkan nak dekut kan? haha. ni memang sedap. nyaman ja lalu tekak.

tapau bawak naik makan atas bas sebab gerai kecik. taktau nak duduk mana. kami pilih seat belakang senang nak telentang tergolek. haha. naura la yg dok telentang tergoleknya.. 

aku suka dok kerusi depan sikit. tak suka yang belakang sekali sebab dia tinggi. macam tak selesa nak tengok jalan.

Floating Market


destinasi kedua, pasar terapung. 

kena naik sampan pulak.. first time jugak la naura oii.. hehe


kami naik ber4..

naura tak suka. dia takut.. dok keraskan badan. hehe. 


jem oo atas sampan pon.. 

aku boleh katakan yang orang Thai ni sejenis gigih. depa punya nak buat rare sampai sanggup la bersusah-susah. dengan nak dayung sampannya. yang meniaga atas sampan pon 1 hal. kalau jenis meniaga biasa tu ok la. yang dok bakar daging, goreng mee atas sampan. alahai.. peningnya dengan sampan dok goyang goyang. tabik sungguh dengan kegigihan depa!

aku ingat nak layan naik sampan ja. takmau beli apa. tapi depa pandai. peniaga tu kait kita bagi pi kedai depa.dia pancing ja guna kayu cangkuk tu. pastu terjebak la jugak aku beli table runner. haha. tu jala yg beli pon.

naura memang tak suka ya.. sampai ke sudah dia tak happy dok atas sampan tu. tak tau dia pikiaq apa. takut jatuh ka, takut ada buaya ka, aku pon tak tau. tapi gitu la dia dok keras.. 

turun daripada sampan, gambar dah siap. memula tak mau beli, tapi mak kata mak belanja. jadi dapatla kami simpan buat kenangan..

lepas tu guide terus bawak kami pegi makan tengahhari dekat area floating market ni.. kat sini kami akan makan dan solat jamak zohor asar terus.

cantik tau restoran dia.. macam melayu tradisional gitu..


bahagian dalam..

ada lagi makanan tak sampai masa ni.. takdan nak snap semua sebab lepas tu naura sibuk pulak nak mainan. keluar la kejap pi cari mainan dekat dia. masuk balik, depa dah start makan. kita pon sambung jala. takda nak ambik gambar lagi dah.. makanan kat sini sedap!


model cilik betis besaq.. haha. dia ni kalau pakai seluar mesti nak tersangkut kat betis.. seluar labuh pon jadi singkat. =P

tempat solat lelaki dan perempuan asing. sebab tempat terhad. tapi selesa ja.. janji boleh selesai urusan kita dengan Allah.. insyaAllah berkat perjalanan kita.. 


lepas solat, ambik lagi sekeping dua gambar dekat bahagian depan.. 

sapa tah ni ahli group yang ambik gambar behind the scene.. hehe

hasilnya.. semart dop laki ambe? kikiki

ni rupa restoran kalau datang daripada sungai.. kot kot ada yang nak pi sini kan tapi guna jalan atas air.. boleh la cam guna gambar ni..

Gems Gallery

destinasi ketiga, gems gallery. laki aku memang tak sabar nak datang sini sebab dia peminat batu.

masuk je sini, dia terus bawak kita masuk dalam bilik tayang. tengok la sejarah batu dekat Thai ni.. gems gallery ni kedai kerajaan. jadi, insyaAllah la batu yang diaorang jual original bukan tiruan.

boleh tengok proses diaorang buat batu kat sini..



tak boleh ambik gambar sangat dekat sini. diaorang kawal dekat bahagian batu. laki aku sibuk la sebab nak membeli. bersungguh dia belek itu ini. yala.. dah sampaikan. nak la beli seketul dua buat kenangan. aku pulak memang tak minat benda gini.. macam masa pi Beijing dulu la. bosan betoi masuk kedai accessories gini. tolong la cepat sikit.. haha

jalan tengok ruang lain. ada jugak jual bag.. tak pasti la kulit ka apa.. aku tak reti. aku pakai beg biasa ja.. 

tengok saja.. tak berasa nak beli. hehe. aku memang sejenis berjalan ja. shopping tak berapa sangat. 

staf dalam kedai ni dok la ikut naura.. berkenan sungguh dengan naura. 

aku dengan mak beli minyak angin ja. haha. jadi la kan.. benda pakai selalu. dah tua ni banyak tempat nak kena sapu. huhu

ambik gambar kenangan sebelum keluar.. ada plastik bawak keluar dari kedai yang pentingnya walaupon minyak angin ja. haha.

orang sebelah tu happy la dapat beli batu cincin 2 biji.. renyih sampai telinga puas hati.. ^_^

gambar pemimpin diaorang..

dalam bas, adam ada cerita banyak pasal sejarah, salasilah keturunan Thai, pasal tempat, seronok dengar dia bercerita. tapi tulah, nak cerita balik dah tak ingat. haha. ni aku ambik gambar pon aku taktau kenapa. aku rasa masa aku ambik ni, aku macam nak cerita balik pasal gambar ni. tapi dah lost.. sory lah. hgpa pi la cari pengetahuan dekat tempat lain. huhu.

kabel letrik kat sana berserabut.. heran sungguh tengok. lagu mana depa ni buat kerja. aku tengok, sekali dengan aku jadi serabut kepala. tak pasai-pasai. haha

Chatuchak Weekend Market

pasar Chatuchak ni kan besaq gilaaa.. sebelum masuk aku macam pandang remeh macam pasar biasa ja. ropanya ya Allah.. letihhh! haha

tempat perjanjian nak kena berkumpul.. sebab bas parking sini. guide bagi masa 4 jam camtu. dalam pukul 8malam waktu Thai, semua kena berkumpul dekat depan JJ Mall ni. ambik gambar dulu sebelum lost.. =P

sebelum masuk dalam, guide suruh jugak ambik gambar bangunan ni. supaya kita tau pintu masuk kita tu sama. nah ambik sekali gambar muka depa. haha. yang laki 2ketul tu guide Thai. yang perempuan tu agent kita dari Malaysia.

masa guide dok cerita dalam ni banyak orang sesat, aku macam dengar gitu gitu ja. aku tak rasa risau pon sebab aku rasa aku bukan kaki shopping. insyaAllah la tak hanyut sangat. boleh ja rasional cari jalan keluar.

tapi, pasar ni besar gila. ada 15000 gerai lebih kurang.. macam-macam depa jual. souviner, makanan, baju, gadget, binatang pon ada weh! walaupon kita tak beli sangat, tapi bila dah langkah masuk, nak cari jalan keluar tu jadi lost. sebab semua gerai nampak sama. dengan naura yang takmau jalannya. dia penat nak jalan banyak. laki aku pulak sakit pinggang. dia tak boleh nak dukung naura sangat. ada slip dics. aku dengan mak la gilir-gilir dukung naura. huhu

aku sebenarnya tak expect naura macam tu sebab biasa dia suka ja berjalan. patutnya kita kena standby la stroller ka, trolley ka untuk budak kecik ni time travel. baru la lancar.. oleh kerana ni pengalaman pertama kami, memang jadi pengajaran la. lepas ni memang kena standby kalau nak bawak dia berjalan. sebab bila dia happy, baru la kita pon happy. ni kalau dia tak seronok, membawak la kita pon tak seronok.. letih weh!!

cerita pasal sesat, haa.. memang sesat. masuk pintu lain, keluar pintu lain. pastu jalan punya jalan tak tau dah mana arah nak ke JJ Mall. tanya orang sana sini, MasyaAllah jauhnya nak kena merentas. masa dah nak habis dah. haiyooo. jalan laju-laju dengan berdukung naura, dengan mak yang berumur, dengan laki sakit pinggang, memang horror gila time tu.. tu pon mak tolong jugak. kesian tapi dah sesat nak buat lagu mana. aku pon macam nak putus nyawa jugak jalan jauh kena kendong budak 16kg tu. =P

nasib baik sampai molek molek ja tak lambat. shopping tak seberapa. melayan sesat ja lebih. sakit hati pulak! haha. kat Chatuchak ni aku beli tshirt Bangkok dengan beg comel. souviner bagi orang.

MBK Mall

settle bertarung nyawa dekat Chatuchak, depa bawak pi MBK Mall. datang sini untuk makan malam, sekaligus nak sambung shopping lagi silakan..


Yana Restoran.. tingkat 5..

makanan dekat sini so so ja.. 

aku rasakan kedai tomyam Thai dekat Malaysia lagi sedap daripada makan sini. tak pastila tekak aku ka apa. mungkin jugak kedai tomyam kat Malaysia dia dah adjust rasa tu kena dengan tekak kita. tapi masa aku sampai sini expectation aku tinggi tau dengan makanan diaorang. tapi bila aku rasa, tak sampai.. tomyam dia tak padu pon. bila gabung dengan lauk lain pon takda variasi rasa. macam ada yang kurang. yang paling ketara pedas jaa.. rasa lain takda. gitu. 

lepas makan dia bagi kita shopping lagi. kejap jala tapi. barai dah masing-masing. daripada pagi keja pi market ja. nak shopping apa lagi weh.. nak mandi ja ni. lekit habis dah badan.



mak beli durian kering tu. macam biasa la mak. pantang nampak durian.. nak jugak beli. kering pon kering la. haha. beli sepaket habuan makan kat hotel.

settle MBK, pulanglah kami ke hotel. rehat.. 

ok lah. sampai sini dulu cerita Bangkok. nanti aku sambung part 2 plak ok. sabar tau tunggu! haha. bye2..


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...