13 August 2023

NaimNaqhiahSweetHouse : Rumah Pertama Kami ( ruang tamu )

assalamualaikum..

salam Madani! Tiberrr! hahaha. hari ni Selangor cuti sebab PRN semalam PH/BN menang. BN tu menumpang jaa.. kalah teroks sebenarnya.. kalau tak menumpang, tak wujud dah tu.. kikiki. k lah malas nak komen politik. aku pon tak ngundi sebenarnya sebab aku undi dekat Selayang Parlimen Batu. KL takda PRN, jadi duduk la senyap-senyap layan result. Papepon semoga pemimpin yang kita pilih adalah manusia yang bertanggungjawab dan faham suara rakyat. semoga Allah terus pelihara Malaysia daripada tangan manusia yang tamak haloba dan mereka yang cuba mengganggu gugat keamanan & agama rasmi negara kita Islam.. aminnn..

hari ni rasa nak tulis blog sebab rasa rindu.. jadi skip jap cerita Bangkok part 2 ya.. sebab aku nak share pasal rumah. rumah yang kami beli ni dah 3 tahun duduk. saja nak share sini untuk kenangan dihari mendatang.

dapat kunci hujung tahun 2019.. rumah kami ni teres 2 tingkat, 4 bilik 4 bilik air. keluasan 18 x 65 jaa. tak besar, tak kecik. sederhana. sesuai la untuk keluarga kecil kami.

sarat mengandung masa ni.. gigih jugak follow suami untuk siapkan rumah. kami tak buat loan lebih. maksudnya, buat loan untuk rumah semata. untuk siapkan rumah, kami guna ja duit simpanan yang ada. jadi jimat-jimat la nak siapkan pon..

nasib baik suami pandai jugak pasang perkakas elektrik. jadi, beli ja lampu kipas, pastu pasang sendiri. yang tempah dekat orang, pasang grill dengan tinted tingkap, kitchen kabinet dan buat dinding.

rumah style sekarang memang dia bagi lapang ja. takda tutup-tutup. mungkin dia nak bagi kita buat sendiri pilihan cam mana yang kita nak. ada orang buat partition kayu, ada yang pisah dengan cermin, ada yang buat table bar. tapi aku pilih dinding.. haha. dinding ni kami survey merata nak dapat paling murah. memula tanya, 2k dia ambik untuk dinding sekeping ni. pastu survey lagi dapat 7ratus lebih tapi pakai playwood. last sekali jumpa dengan tukang yang buat rumah sebelah, dia ambik 4 ratus ja. tak cakap banyak terus ON! 

biaq la nampak cam kampungan pon sebab pasang dinding yang penting aku memang tak kuasa kalau dapur terlapang. kalau pakai kayu, dia nampak gak celah-celah dah kayu jarang. dah la sebatang mahai gila. seratus lebih paling murah. tu zaman dulu. ni dah zaman mahaldahni tak tau la. pastu nak tutup mau lebih daripada 5 batang baru elok. kalau 2 3 batang tak payah la.. takda effect.. =P

nak pasang cermin, tak pocket friendly pulekkk.. kita ni marhaen.. jimat selagi buleh jimettt.

kabinet dapur pon pilih hat paling morahhh.. haha. ada berapa pintu ja. kecik comey.. 

kabinet comey ni 5k tak termasuk dapur dan hood. dapur & hood kami pi beli sendiri dekat one living Puchong masa diskaun. 1set rm800 lebih gitu..

untuk lampu kipas, beli design biasa ja. janji ada kualiti. untuk 1 rumah ni tak silap dalam seribu lebih la habis. lampu untuk semua tempat termasuk lampu luar rumah, kipas siling dalam 5 biji gitu.

lampu biasa jer wakkk.. takda lampu fancy fancy lip lap lip lap.. janji nampak sudehhh. kipas pon asal kita berangin tak hangin panas sudehhh..

untuk grill & tinted modal dalam 3k. kami pilih design biasa jugak. janji ada sudah la.. hahaha. yang penting ada grill untuk keselamatan & tinted untuk sejukkan rumah. kalau tak, bahang masuk dalam rumah.

langsir pon pasang sendiri. beli kayu & langsir dekat ikea pastu pasang la sendiri. modal 1k untuk 1rumah. kalau tempah, dalam 2k gitu. dapat la jimat 1k.. tapi kalau tempah tu lawa lagi la sebab eklusif gitu kan. ni dah beli yang ikea, simple jala rupa dia.. janji ada langsir tak bogel tingkap kita sudah la. haha. dekut!

lepas kami dah siap buat semua, kabinet, grill, dinding, kami upah orang cat balik rumah supaya warna sekata. kalau tak cat, comot rumah sebab debu dengan depa pegang dinding jadi hitam hitam. dalam 100 gitu upah cat depa ambik. ok la daripada nak cat sendiri. tak larat dah kita nak cat masa tu. laki aku pon dah terkejar siapkan semua. dengan nak beranak lagi masa tu.

settle beranak & berpantang, bulan 3 2020 kami pon pindah masuk. elok ja kami angkut barang-barang masuk rumah tetiba lockdown. haaa.. stuck terus la kat situ. kedai semua tutup. jadi berbulan duduk rumah tu seadanya. takda deco ka apa.. dekat nak raya, masa tu dah longgar sikit, aku pon start beli barang online. semua perabot beli online tau. sejenis confident tinggi boleh beli online gitu ja barang besar-besar. laki aku terkejut tengok. haha. nasib barang sampai elok & tak kena tipu. kalau kena tipu pasrah jala kot sapa suh confident sangat.. =P

malam raya.. aku dah tak sabar nak tunggu covid settle. dok sesaja pi beli barang rumah. memang memaksa semua orang tolong deco sekali. haha.

sofa 3 seater, meja kopi, kabinet TV, meja makan, console table, frame semua beli online.. nasib baik sampai dengan keadaan baik dan cantik. fuhh!

aku beli semua ni sambil membayangkan susunan dalam kepala semata. hasil dia aku puashati dengan kombinasi perabot yang aku pilih.

TV suami beli baru. dia kata tak sesuai TV kecik. jadi TV kecik naik atas letak kat bilik. kabinet TV tu pasang sendiri. memang sengaja cari yang lekat terus sebab aku rasa tak ubah dah kawasan TV ni. memang sini ja tempat dia.

tukar karpet sebab karpet yang sebelum ni kecik pastu tak sesuai dengan anak kecik yang asyik tumpahkan susu. =P 

karpet velvet lebih sesuai dengan anak kecik sebab nipis, senang sapu, senang basuh. tak banyak cerita.

naura dah setahun, mama pon belikan playground dekat naura habuan main dalam rumah. memandangkan naura lahir zaman covid yang asyik berkurung ja, kesian pulak nanti dia jakun tak reti main playground.

rumah setahun duduk dah penuh barang. haha. semua perabot dah ketepi. mainan dah start menimbun. dengan keretanya, box mainan, playground lagi. 

dinding yang dulu letak consule table kita dah ganti dengan kerusi 2 biji. banyak sikit tempat orang boleh duduk.. hee.. 

kuning.. tapi serabut tengok sebab tak kena semua corak corak. hahah. masa ni dah masuk aircond dekat ruang tamu. jadi, kipas meja pon dah angkut masuk bilik.

raya tahun lepas.. tukar langsir, karpet, sarung bantal & table runner. gitu jala cara aku nak bagi rumah nampak lain.. 

beli lampu ikea tepi tu sebab nak cover lighting tak cukup. lampu kat hall ni berkelip kalau bukak dua-dua biji. kena buka 1 ja.. pelik.. tapi tula sampai sekarang tak betulkan lagi. haha. malas!



raya tahun ni kita tukar kaler merah pulak. tapi langsir tak tukar sebab baru lagi. walaupon macam tiber kaler biru dengan merah, tapi lantak la. haha. pastu ni last nak tunjuk sofa 3 seater tu. dah hancur tenggelam. 

suami beli sofa baru.. terus 1 set. ni terus dah lari tema rumah dah. haha. sebab ni design rumah mewah. kita punya rumah sederhana ja.. -,-'

nasib baik kaler grey.. boleh tahan la lagi.. meja kopi tu nampak huduh kat situ.. huhu

dah tukar meja tengah kerusi tu.. baru matching

ada yang kata, kena tukar langsir sebab tak masuk dengan tema. betoi la tu.. tapi takpala. aku masih belum settle bahagian atas. banyak lagi nak guna duit. jadi pakai la dulu apa yang ada..

buat masa sekarang, ini la rupa rumah aku setelah 3 tahun duduk sini. sederhana apa adanya jer.. apa boleh jimat, kita jimat.. yang penting, dahulukan keperluan. ada lampu, kipas, grill, langsir, cukup la tu.. yang lain ada duit kita buat, takda duit hold dulu.

aku buat sikit-sikit. masa awal masuk tu, sebab banyak buat sendiri & pilih yang murah-murah ja, total belanja tak sampai 20k pon. itu semua yang basic ja.. jadi, untuk korang yang baru nak masuk rumah, pandai-pandaila adjust kewangan sendiri. sebab kita ja tau kemampuan kita. yang penting tak sakit di kemudian hari. 

next time aku share bahagian dapur pulak yaa.. bye.. till next time.. ^_^



terima kasih buat yang sudi membaca <3 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...