Showing posts with label rumahku syurgaku. Show all posts
Showing posts with label rumahku syurgaku. Show all posts

13 August 2023

NaimNaqhiahSweetHouse : Rumah Pertama Kami ( ruang tamu )

assalamualaikum..

salam Madani! Tiberrr! hahaha. hari ni Selangor cuti sebab PRN semalam PH/BN menang. BN tu menumpang jaa.. kalah teroks sebenarnya.. kalau tak menumpang, tak wujud dah tu.. kikiki. k lah malas nak komen politik. aku pon tak ngundi sebenarnya sebab aku undi dekat Selayang Parlimen Batu. KL takda PRN, jadi duduk la senyap-senyap layan result. Papepon semoga pemimpin yang kita pilih adalah manusia yang bertanggungjawab dan faham suara rakyat. semoga Allah terus pelihara Malaysia daripada tangan manusia yang tamak haloba dan mereka yang cuba mengganggu gugat keamanan & agama rasmi negara kita Islam.. aminnn..

hari ni rasa nak tulis blog sebab rasa rindu.. jadi skip jap cerita Bangkok part 2 ya.. sebab aku nak share pasal rumah. rumah yang kami beli ni dah 3 tahun duduk. saja nak share sini untuk kenangan dihari mendatang.

dapat kunci hujung tahun 2019.. rumah kami ni teres 2 tingkat, 4 bilik 4 bilik air. keluasan 18 x 65 jaa. tak besar, tak kecik. sederhana. sesuai la untuk keluarga kecil kami.

sarat mengandung masa ni.. gigih jugak follow suami untuk siapkan rumah. kami tak buat loan lebih. maksudnya, buat loan untuk rumah semata. untuk siapkan rumah, kami guna ja duit simpanan yang ada. jadi jimat-jimat la nak siapkan pon..

nasib baik suami pandai jugak pasang perkakas elektrik. jadi, beli ja lampu kipas, pastu pasang sendiri. yang tempah dekat orang, pasang grill dengan tinted tingkap, kitchen kabinet dan buat dinding.

rumah style sekarang memang dia bagi lapang ja. takda tutup-tutup. mungkin dia nak bagi kita buat sendiri pilihan cam mana yang kita nak. ada orang buat partition kayu, ada yang pisah dengan cermin, ada yang buat table bar. tapi aku pilih dinding.. haha. dinding ni kami survey merata nak dapat paling murah. memula tanya, 2k dia ambik untuk dinding sekeping ni. pastu survey lagi dapat 7ratus lebih tapi pakai playwood. last sekali jumpa dengan tukang yang buat rumah sebelah, dia ambik 4 ratus ja. tak cakap banyak terus ON! 

biaq la nampak cam kampungan pon sebab pasang dinding yang penting aku memang tak kuasa kalau dapur terlapang. kalau pakai kayu, dia nampak gak celah-celah dah kayu jarang. dah la sebatang mahai gila. seratus lebih paling murah. tu zaman dulu. ni dah zaman mahaldahni tak tau la. pastu nak tutup mau lebih daripada 5 batang baru elok. kalau 2 3 batang tak payah la.. takda effect.. =P

nak pasang cermin, tak pocket friendly pulekkk.. kita ni marhaen.. jimat selagi buleh jimettt.

kabinet dapur pon pilih hat paling morahhh.. haha. ada berapa pintu ja. kecik comey.. 

kabinet comey ni 5k tak termasuk dapur dan hood. dapur & hood kami pi beli sendiri dekat one living Puchong masa diskaun. 1set rm800 lebih gitu..

untuk lampu kipas, beli design biasa ja. janji ada kualiti. untuk 1 rumah ni tak silap dalam seribu lebih la habis. lampu untuk semua tempat termasuk lampu luar rumah, kipas siling dalam 5 biji gitu.

lampu biasa jer wakkk.. takda lampu fancy fancy lip lap lip lap.. janji nampak sudehhh. kipas pon asal kita berangin tak hangin panas sudehhh..

untuk grill & tinted modal dalam 3k. kami pilih design biasa jugak. janji ada sudah la.. hahaha. yang penting ada grill untuk keselamatan & tinted untuk sejukkan rumah. kalau tak, bahang masuk dalam rumah.

langsir pon pasang sendiri. beli kayu & langsir dekat ikea pastu pasang la sendiri. modal 1k untuk 1rumah. kalau tempah, dalam 2k gitu. dapat la jimat 1k.. tapi kalau tempah tu lawa lagi la sebab eklusif gitu kan. ni dah beli yang ikea, simple jala rupa dia.. janji ada langsir tak bogel tingkap kita sudah la. haha. dekut!

lepas kami dah siap buat semua, kabinet, grill, dinding, kami upah orang cat balik rumah supaya warna sekata. kalau tak cat, comot rumah sebab debu dengan depa pegang dinding jadi hitam hitam. dalam 100 gitu upah cat depa ambik. ok la daripada nak cat sendiri. tak larat dah kita nak cat masa tu. laki aku pon dah terkejar siapkan semua. dengan nak beranak lagi masa tu.

settle beranak & berpantang, bulan 3 2020 kami pon pindah masuk. elok ja kami angkut barang-barang masuk rumah tetiba lockdown. haaa.. stuck terus la kat situ. kedai semua tutup. jadi berbulan duduk rumah tu seadanya. takda deco ka apa.. dekat nak raya, masa tu dah longgar sikit, aku pon start beli barang online. semua perabot beli online tau. sejenis confident tinggi boleh beli online gitu ja barang besar-besar. laki aku terkejut tengok. haha. nasib barang sampai elok & tak kena tipu. kalau kena tipu pasrah jala kot sapa suh confident sangat.. =P

malam raya.. aku dah tak sabar nak tunggu covid settle. dok sesaja pi beli barang rumah. memang memaksa semua orang tolong deco sekali. haha.

sofa 3 seater, meja kopi, kabinet TV, meja makan, console table, frame semua beli online.. nasib baik sampai dengan keadaan baik dan cantik. fuhh!

aku beli semua ni sambil membayangkan susunan dalam kepala semata. hasil dia aku puashati dengan kombinasi perabot yang aku pilih.

TV suami beli baru. dia kata tak sesuai TV kecik. jadi TV kecik naik atas letak kat bilik. kabinet TV tu pasang sendiri. memang sengaja cari yang lekat terus sebab aku rasa tak ubah dah kawasan TV ni. memang sini ja tempat dia.

tukar karpet sebab karpet yang sebelum ni kecik pastu tak sesuai dengan anak kecik yang asyik tumpahkan susu. =P 

karpet velvet lebih sesuai dengan anak kecik sebab nipis, senang sapu, senang basuh. tak banyak cerita.

naura dah setahun, mama pon belikan playground dekat naura habuan main dalam rumah. memandangkan naura lahir zaman covid yang asyik berkurung ja, kesian pulak nanti dia jakun tak reti main playground.

rumah setahun duduk dah penuh barang. haha. semua perabot dah ketepi. mainan dah start menimbun. dengan keretanya, box mainan, playground lagi. 

dinding yang dulu letak consule table kita dah ganti dengan kerusi 2 biji. banyak sikit tempat orang boleh duduk.. hee.. 

kuning.. tapi serabut tengok sebab tak kena semua corak corak. hahah. masa ni dah masuk aircond dekat ruang tamu. jadi, kipas meja pon dah angkut masuk bilik.

raya tahun lepas.. tukar langsir, karpet, sarung bantal & table runner. gitu jala cara aku nak bagi rumah nampak lain.. 

beli lampu ikea tepi tu sebab nak cover lighting tak cukup. lampu kat hall ni berkelip kalau bukak dua-dua biji. kena buka 1 ja.. pelik.. tapi tula sampai sekarang tak betulkan lagi. haha. malas!



raya tahun ni kita tukar kaler merah pulak. tapi langsir tak tukar sebab baru lagi. walaupon macam tiber kaler biru dengan merah, tapi lantak la. haha. pastu ni last nak tunjuk sofa 3 seater tu. dah hancur tenggelam. 

suami beli sofa baru.. terus 1 set. ni terus dah lari tema rumah dah. haha. sebab ni design rumah mewah. kita punya rumah sederhana ja.. -,-'

nasib baik kaler grey.. boleh tahan la lagi.. meja kopi tu nampak huduh kat situ.. huhu

dah tukar meja tengah kerusi tu.. baru matching

ada yang kata, kena tukar langsir sebab tak masuk dengan tema. betoi la tu.. tapi takpala. aku masih belum settle bahagian atas. banyak lagi nak guna duit. jadi pakai la dulu apa yang ada..

buat masa sekarang, ini la rupa rumah aku setelah 3 tahun duduk sini. sederhana apa adanya jer.. apa boleh jimat, kita jimat.. yang penting, dahulukan keperluan. ada lampu, kipas, grill, langsir, cukup la tu.. yang lain ada duit kita buat, takda duit hold dulu.

aku buat sikit-sikit. masa awal masuk tu, sebab banyak buat sendiri & pilih yang murah-murah ja, total belanja tak sampai 20k pon. itu semua yang basic ja.. jadi, untuk korang yang baru nak masuk rumah, pandai-pandaila adjust kewangan sendiri. sebab kita ja tau kemampuan kita. yang penting tak sakit di kemudian hari. 

next time aku share bahagian dapur pulak yaa.. bye.. till next time.. ^_^



terima kasih buat yang sudi membaca <3 


29 December 2018

NaimNaqhiahSweetHouse : Rumah Sewa

assalamualaikum...

tinggal lagi beberapa hari kita akan masuk ke tahun baru.. Alhamdulillah untuk semua yang baik-baik yang berlaku pada tahun 2018.. yang paling tak sangka dapat pindah la. haha. still macam mimpi lagi.. 

aturan Allah sangat cantik.. syukur Alhamdulillah..

ingat lagi, hujung tahun lepas busy pindah masuk rumah. sebab kami ni memang kawin dah 2 tahun. tapi tahun pertama masih takde rumah. masing-masing duduk rumah sewa dengan kawan. suami dengan kawan dia. aku dengan kak sha. so, tahun yang pertama dunia kitaorang, rumah mak aku - rumah mak mertua - hotel. gilir-gilir macam tu setahun.

hujung tahun lepas baru suami jumpa rumah sewa untuk kami. Alhamdulillah.. ingat lagi masa first masuk rumah ni. aku baru jer sampai dari JB. sebab cuti sekolah akhir tahun.. malam tu jugak suami ajak bersihkan rumah sebab dia dah keluar dari rumah lama. nak kena masukkan barang dekat rumah baru.

lepas cuci rumah terus gerak ambik adik-adik dengan mak dekat KLIA sebab diaorang balik dari umrah. letih gila baq hang! haha. tah pukul berapa pagi baru settle semua.. pastu hari berikut-berikutnya memang busy la settle semua perkakasan nak masuk rumah.. tak ingat berapa lama kami ambik masa untuk settlekan semua, tapi feeling dia best sangat.. hehe. walaupon rumah sewa still rumah untuk family jugak. so, kita rasa happy ja walaupon penat. haaa gittuw!

tu cerita hujung tahun lepas.. tahun lepas suami yang pindah. hujung tahun ni aku pulak pindah.. hehe. dari JB angkut barang ke Selangor. orang tanya banyak tak barang? of coz laa.. tapi aku angkut 2 kali jer. 1st aku angkut sendiri ja masa hari last. pastu datang balik semula dengan suami hujung minggu. dah settle. mujur la bila cuti sekolah panjang aku ada jugak bawak balik sikit-sikit perkakasan yang aku tak berapa guna balik Selangor. kalau tak jenuh hujung tahun nak angkut semua. tapi itu pon ada la serpihan yang tak muat masuk. kita tinggalkan aja.. hehe. tak gigih la aku nak ke sana lagi. bukannya dekat.. huhu

so, hujung tahun kitaorang setakat 2 tahun ni memang busy dengan pindah jaa.. insyaAllah kalau tahun depan rumah baru siap, pindah lagiiii.. hahaha. bertabah la..

rumah sewa kami.. rumah apartment 3 bilik 2 bilik air. ( 1 toilet, 1 bilik mandi ) tak besar dan tak kecik sangat. sesuai la untuk tinggal berdua. 

bahagian dapur.. rumah ni memang straight ja terus dengan dapur. takde lindung-lindung. pintu coklat tu, pintu masuk. so, bila orang datang dia memang akan terus nampak dapur. aku memang tak berapa gemar la dapur jenis terus terang ni. sebab aku tak boleh nak kecahkan dapur. haha. jadi kalau nak masak, memang kena cepat-cepat bersihkan.

pintu biru lipat-lipat tu toilet.. semua jenis terus terang ok.. masuk jer rumah ko terus boleh nampak segalanya.. huhu

 lepas rasa cam kita dah beli barang keperluan yang penting-penting dan duit masih ada sikit, jom la kita cat rumah.. i is stress tengok cat rumah kuning-kuning camtuw! macam kita dah tinggal berpuluh tahun dekat rumah ni.. padahal kita kan masih pengantin baru.. haha

pilih kaler putih ja.. sebab aku tak suka dinding kaler-kaler. kalau kaler putih, senang nak match kan dengan barang kaler lain. baru cerah dan luas sikit. kami cat bahagian depan ja.. jangan tanya bahagian lain. haha. sebab bahagian lain takde bajet.. =P

 selepas cat.. baru cerah sikit mata ni. hehe. sehari suntuk mengecat ni. nampak macam sikit. tapi dari siang sampai ke malam baru settle. fuhh!

 beza la sikit daripada sebelum cat hari tu.. langsir mak mertua bagi. size dia memang tak sama. pakai rodok jer. malas nak cari langsir baru. haha. carpet mak aku bagi. kabinet TV penyewa sebelum ni tinggal. dia halalkan kitaorang guna. nampaknya semua dalam gambar ni orang ja yang bagi. hahaha

kami beli kerusi 2 ketul dekat ikea sebab fikir kalau orang tua-tua datang tak larat duduk dekat lantai, kita suh dia duduk atas kerusi tu. paling tak pon kalau sakit lutut nak solat ada jugak kerusi. haaa gituu.. hehe

dapur selepas cat.. masa ni sebenarnya mak mertua ada datang dan tolong siapkan rumah ni. jadi banyak tempat dia dah tolong coverkan dengan langsir.. tingkap dan pintu bilik dah langsir. bukan setakat tu, toilet pon dah di langsirkan.. terbaekk! table top pon dah kemas tertutup.. 

tapi masa ni kita tak beli peti ais lagi. baru beli mesin basuh. kena beli berperingkat.. beli rak hylis sebab nak letak perkakasan memasak kat situ. meja kecik pulak tempat letak lauk-pauk lepas dah siap masak. makan dekat tikar ja.. 

lepas dah beli peti ais, ada bajet sikit, kita beli meja makan.. haaa.. masa ni dah start la nak cantikkan rumah. sebab semua barang keperluan kita dah settle. meja makan beli dekat ikea. satu set ni sekali dengan kerusi harganya tak silap aku rm299. kerusi kita beli 4 ketul ja sebab rumah pon comel jer kan. lagipon tinggal berdua. nak buat apa banyak-banyak. pastu beli sekali dengan carpet ikea. pon murah ja.. rm99. 

 kelam pulak gambar ni.. lantak la. haha. ni rupa rumah kami selepas ada meja makan dan peti ais. karpet dekat ruang tamu mak mertua bagi. dah lama sebenarnya mak mertua bagi. tapi baru guna sebab sebelum ni takde barang macam tak sesuai guna karpet tu. sebab kecik. bila dah ada barang baru ngam. pastu meja kopi sebelah kabinet tv pon beli dekat ikea. murah ja. rm29..

pastu beli sofa pulekkkk.. hehe. ikea jugak. ni sofa paling murah.. rm299. bantal kusyen beli dekat kaison. lebih murah daripada beli dekat ikea. ikea punya bantal besar gedabak. aku tak suka.

ruang tamu kita selepas dah masuk barang-barang. pokok kat tepi tu beli dekat kaison. rasanya harga dia dalam 60 lebih.. tak berapa ingat sangat. sebabkan pasu dia tak berapa comey, kita sumbat dalam laundry bag.. haha. tu pon beli kat kaison gak.

rumah dah penuh dah.. aku rasa dah lengkap bila ada meja makan dan sofa. baru la nampak macam rumah family..

ruang makan dan dapur, seadanya.. 

 bila selalu sangat tengok orang deko-deko, dia punya penyakit menjadi-jadi.. pastu tak tahan, pi beli rak putih tepi tu kengkonon untuk letak hiasan. pastu beli frame dekat kaison. nak menyerikan lagi rumah..

seri ke idok?? haha. macam-macam alasan kalau nak membeli tu kannn.. frame paling rare yang LOVE tu. sebab ada lampu boleh menyala. malam-malam padam lampu boleh bukak lampu LOVE tu. romantik la kengkononnya.. pastu sekarang dah habis batery, dah tak bukak-bukak dah. tinggal kenangan ja. tah ingat ke tak frame tu boleh menyala. kahkah

meja kopi kita pindahkan ke tepi sofa setelah kawasan tv penuh.. bantal kusyen pon dah penuh. ha.. cukup-cukup la tu.. =P 

 ini la rupa rumah yang terkini.. dah padat.. =P

 ruang makan dan dapur.. sama jer.. tak reti dah nak kemas. yang penting bersih dan senang access.. haha. cuma rak tu jer kita tukar. nak bagi sama dengan perabot lain kaler putih..

so, setakat ni memang kita cantikkan ruang depan ja. bilik-bilik memang seadanya. lagipon nanti nak pindah lagi. taknak beriya sangat dekat sini sampai pokai. nanti kita sambung dekat rumah baru.. hehe

ajk kemas rumah. haha. perjalanan yang panjang tapi bermakna.. pelan-pelan kayuh. hidup berkeluarga ni sebenarnya mudah kalau masing-masing bagi kerjasama dan memahami. start daripada bawah. yang penting kena rancang ekonomi kita. memang memula sesak. masa sesak tu buat la cara sesak. kitaorang masa memula masuk rumah, barang-barang banyak beli dekat kedai 2 ringgit jer.. memang membantu sangat oiii kedai 2 ringgit tu.. pastu mana yang kita boleh rembat dari rumah mak, kita rembat.. hahaha. tapi bagitau la kan.. mak ayah kita pon faham la memula nak masuk rumah tu camna.. depa memang akan tolong. tapi jangan nak harap semua la. ko yang nak kawin sangat kan.. pandai-pandai laaa.. gittuw!

lepas ko dah settle semua, ko akan rasa syukur dan nikmat sangat.. ni la hasil kerja keras kita. letih tapi bahagia. kita dah bentuk rumah syurga kita sendiri. Alhamdulillah.. 

eh.. ni bukan nak meriak tau.. aku pon sedar rumah ni tak la lawo mana. biasye-biasye ja.. tapi aku nak simpan perjalanan ni sebagai kenangan kami sendiri. sebab tu aku tulis.. biar nanti aku ingat camna rupa rumah pertama kami.. ^_^




terima kasih buat yang sudi membaca <3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...