24 March 2024

pemergian ayah..

 assalamualaikum...


Kembalinya ayah kami, Mohd Termizi bin Abdul Razak menghadap Ilahi pada 17 Mac 2024 bersamaan 6 Ramadan 1445H. Al-Fatihah..


* ini adalah sedikit coretan kenangan sebelum ayah dipanggil menghadap Ilahi..


31/12/2023

tengahhari Ahad. aku tengah bersantai menonton tv bersama naura waktu mak telefon. mak minta tolong untuk bawa ayah ke klinik sebab ayah mengadu sakit dada. selepas minta izin suami untuk keluar, sepantas mungkin aku bersiap dan terus keluar ke Sungai Buaya. sampai ja dirumah mak, terus aku tanya nak bawa ke klinik mana? ayah kata bawa ke klinik Anda di Bukit Beruntung sebab murah. 

sampai di klinik, aku turunkan ayah dan mak betul-betul depan pintu klinik sementara aku dan naura mencari parking yang sesuai. masuk ja kedalam klinik, aku nampak doktor dan pembantunya macam kelam kabut keluar masuk bilik rawatan. nampak serius. aku duduk dikerusi sebelah mak. doktor pon keluar dapatkan kami.

" puan isteri & ini anak pakcik? " kami angguk. " pakcik kena serangan jantung. kita kena hantar dia ke Hospital. puan nak kita hantar naik ambulance atau kereta? " " saya hantar sendiri " aku jawab. " kalau puan nak hantar sendiri, kena pastikan puan tak singgah mana-mana. terus ke hospital bahagian kecemasan. saya suggest puan hantar ke Hospital Selayang. jangan ke Sungai Buloh sebab sekarang kes covid. " kami angguk faham. " sy tulis surat cepat-cepat, nanti puan boleh terus hantar pakcik ya. " doktor sambung lagi..

doktor bagi ubat jantung bawah lidah untuk ayah. kena letak 15 minit sekali. doktor minta ayah jangan tidur. tenang-tenang sahaja sebab benda dah jadi. waktu tu aku cuba bertenang. ayah nampak lemah. tapi masih mampu berjalan & bercakap.

waktu dalam kereta, ayah siap bagi arahan nak masuk jalan mana. dia bagitau jugak dia pernah naik ambulance sebab pernah pitam sebelum pegi Haji dulu. dia takmau naik ambulance sebab takut.diaorang bawak laju.. alhamdulillah perjalanan nak ke Hospital Selayang hari tu lancar sahaja. takda kesesakan.

aku terus letak mak & ayah betul-betul depan pintu kecemasan. selepas parking, aku terus pegi dapatkan mak. mak panggil aku masuk dalam zon merah. mak cakap doktor nak jumpa dengan anak sekali. bila masuk ja ke zon merah, doktor terkejut tengok aku bawa naura masuk. 

" takda orang boleh jaga anak ke? " " takda.. saya memang datang dengan anak " kecemasan ni doktor. suami saya kerja. saya pon tak tau ayah serius macam ni. (jawab dalam hati sahaja. huhu)

" baik.. kalau macam tu puan dengar baik-baik. pakcik kena serangan jantung major. nampak pakcik macam ok boleh jalan duduk macam biasa, tapi sebenarnya serius. potensi adalah 50/50. sekarang kita akan beri pakcik ubat cair darah. risiko ubat ni ialah, akan berlaku pendarahan pada gusi & perut. kita harap ada kesan positif berlaku. saya maklumkan macam ni supaya apa-apa berlaku puan dah boleh standby. kalau ada ahli keluarga jauh boleh maklumkan siap-siap. dalam tempoh 2-3 jam ni jangan pergi kemana-mana. tunggu sahaja disini. "

berderau! taktau nak cakap camna perasaan mendengar setiap patah yang keluar daripada mulut doktor. aku tengok muka mak yang berkerut. mungkin sama perasaan dengan aku. keluar dari zon merah, mak minta aku tulis dalam group keluarga untuk bagitau keadaan ayah.

adik-adik semua datang berkumpul.. menunggu berita daripada pihak hospital.

daripada siang bertukar malam. kami sambut tahun baru 2024 di hospital. menunggu perkhabaran ayah daripada pihak hospital..

dalam pukul 11 doktor cakap kami boleh balik sebab ayah ada tanda positif. aku dengan mak masuk tengok ayah sebelum balik. ayah sedar. cuma menahan sakit. malam tu, mak tidur rumah kami. tapi kami balik kejap dekat sungai buaya untuk ambil barang-barang mak & ayah. dah sampai rumah dapat lagi call daripada hospital bagitau yang ayah dah ditolak masuk wad. dia bagitahu wad dan bilik berapa. kena datang pada waktu melawat sahaja. tak boleh temankan ayah. 


1/1/2024

cuti tahun baru. ramai yang datang melawat ayah termasuk adik-adik ayah. kami berkumpul dirumah adik bongsu di Selayang sementara menunggu waktu melawat.


suami tolong lap kan badan ayah bagi segar.. 

hari ketiga ayah dekat wad, nampak makin segar. ada perubahan positif.. 

ayah masuk wad 6 hari.. setiap hari ada yang datang melawat, terutama adik 2 orang yang duduk selayang tu. diaorang la banyak ulang alik hantar makanan sebab ayah tak selera makanan hospital.

masa dekat hospital ayah baca ja semua whatsapp dekat group. 

sedih bila baca ayah tulis gitu.. mudah-mudahan ayah redha dan maafkan salah silap kami adik beradik..

ayah wishkan birthday naura.. ayah tengok video naura nangis sedih sebab ayah sakit masuk hospital..


5/1/2024

doktor call aku di sekolah. doktor cakap ayah dah boleh discharge. plan asal nak transfer kan ayah ke Serdang tak jadi sebab ayah belum fit nak buat angiogram. jadi doktor bagi ayah discharge dan rehat dirumah. doktor bagi 1 tarikh untuk ayah buat rawatan susulan.

petang tu, aku minta balik awal untuk urusan discharge ayah. naura hari tu aku dah bagitau dekat pengasuh lambat ambil sebab nak urus ayah. urusan discharge aku buat dengan mat amin, adik aku no 3. selesai discharge, aku bawa ayah & mak balik ke Sungai Buaya. malam tu family kami tidur dekat rumah mak ayah. sebab tak berani nak biar mak ayah sendiri. risau jadi apa-apa. 

balik ja Sungai Buaya, ramai yang datang ziarah. kawan, jiran, saudara-mara. 

ayah nampak ok. boleh urus diri. cuma tak lalu makan. jadi berat makin susut.


5/2/2024

sebulan lepas serangan, berat ayah turun mendadak. tak lalu makan. ayah tak keluar rumah pon. dia duduk ja dekat rumah. sebelum sakit, ayah suka minum teh tarik dekat kedai mamak. tapi sejak sakit, dia cuma makan sebab nak bagi ada tenaga ja.

ni diaorang bawak pegi sarapan dulu sebelum pegi hospital untuk buat angiogram. dak jiha, adik no 2 yang uruskan. 

lepas buat angiogram, doktor bagitau 3 saluran sumbat. ayah kena buat operation untuk bypass. kos operation 30k.

ayah bagitau dekat doktor, "saya takda duit nak buat tu doktor.. "
doktor cakap dekat ayah, "pakcik jangan risau. semua orang dekat wad ni pon bukan semua ada duit. kita akan apply zakat nanti. yang penting sekarang pakcik jaga ja kesihatan. jangan kena serangan kedua."

ayah macam lega sikit masa tu.. angah cakap, ayah jaga ja dulu. kalau nak pegi jalan, jom kita jalan dulu. nanti dah operation susah nak jaga. banyak tak larat. ayah pon jawab, jom lah.

ayah nak on trip Hatyai yang kami dah plan tahun lepas. dah bersemangat balik.

bukan semua yang datang ziarah kita ambil gambar.. masa ni pakat datang rumah aku. kebetulan sepupu kami,kak Azhana & keluarga nak datang ziarah ayah, jadi berkumpul la dekat rumah aku.

muka ayah ceria ja. dia boleh jalan, bersembang elok. cuma kerap batuk. kereta pon dia boleh bawa. cuma perlahan saja..

masa dia datang ni, aku ingat lagi. makan tengahhari, aku masak telur masak lemak cili padi. dia kata lalu pulak makan. jadi dia makan bertambah. seronok tengok.


18/2/2024 

ayah datang duduk dengan kami 4hari macam tu sebab mak pergi ikut adik jalan dekat Kelantan. ayah cakap," kalau ayah tak sakit duduk sorang pon takpa. tapi sebab sakit tak berani nak duduk sorang. nak ikut mak pegi Kelantan jauh sangat. lagipon ayah tak lalu makan." aku pon cakap, " yala.. dulu payah ayah nak tidur sini." "sebab dekat.. kalau jauh mungkin kena bermalam. ni rumah dekat. datang sekejap pon dah cukup. " 

tu antara kesempatan yang Allah bagi dekat aku. dapat jaga ayah sekejap. makan minum ubat dia. basuh baju dia. walaupon tak susah mana pon. sebab ayah bukan terlantar. dia elok ja semua. tapi dapat sembang dengan dia siang malam. bercerita serba sikit. jadi adala sedikit bonding kami anak beranak.


26/2/2024

masa doktor cakap ayah 50/50 dulu, aku berdoa dengan Allah. bagi la aku kesempatan lagi. aku belum bawa lagi ayah pergi jalan. aku memang nak bawa mak & ayah sama-sama. Alhamdulillah, aku dapat bawa ayah & mak pegi Port Dickson. dekat ja.. tapi itu pon ayah dah tak larat. dia takda tenaga. 

sampai dekat resort ja ayah terus rehat. time makan ni kami singgah sebelum sampai. memang tak buat apa sangat. sebab ayah tak larat. aku cuma nak bawa ayah rasa suasana lain selain daripada duduk dekat rumah & hospital. 

balik daripada bercuti, aku belikan ayah vitamin nak bagi dia selera makan. tapi ayah cakap sama ja.. tak membantu pon. 


14/3/2024

check up yang seterusnya di UITM Sg Buloh.. masa ni hari ketiga Ramadan. ayah puasa juga walaupon badan lemah. doktor suruh ayah buka sebab ayah lemah.

pada asalnya check up biasa, tapi ayah kena tahan wad sebab jantung laju & lemah.

ayah kena tahan sampai hari Sabtu. aku ingat nak pergi ziarah ayah hari Sabtu tu sebelum kami check in hotel. kami booking hotel sebelum ramadan lagi nak tidur dekat area jalan TAR sebab nak shopping raya. tapi pagi sabtu mak bagitau ayah dah boleh balik hari tu. jadi tak payah la datang ziarah lagi.

jadi kami ingat, ok takpala.. esok lepas check out kita pergi buka puasa sama-sama. masa kat hospital, mak & adik bongsu yang pergi tengok ayah. masa discharge mat amin yang ambil ayah.

 mat amin cakap masa discharge ayah ok ja semua. boleh berjalan sendiri pergi ke kereta. diaorang buka puasa sama-sama. ayah main dengan anaqi (anak mat amin). semuanya ok ja..


17/3/2024

lepas solat subuh aku tidur balik sebab semalam tidur lambat melayan buffet sahur hotel. pukul 4 pagi baru kami tidur. jadi bangun hampir pukul 11 pagi, aku capai telefon. baca segala mesej dalam whatsapp. daripada mesej ayah yang bertenang, terus bertukar jadi berderau bila tiba-tiba adik aku bagitahu ayah tak sedarkan diri. dah bawa ke hospital naik ambulance.

pukul 9.30 pagi ayah bagitahu semuanya baik-baik sahaja kecuali dia rasa pening. pukul 10.30 pagi angah bagitahu ayah tak sedar. dia dah call ambulance datang. adik no 3 yang tolong mak dekat rumah.

pukul 11 camtu sampai hospital doktor cakap ayah dah takda.. tapi doktor buat rawatan tekan dada & cucuk wayar penafasan 30 minit. masa mat amin bagitahu tu dia kata tinggal lagi 6 minit. kalau takda respon, doktor akan confirmkan semula..

masa tu aku punya kepala dah tak boleh nak fikir. aku kemas barang-barang, siap nak check out. dalam nak check out tu, mat amin dah bagitahu dekat group yang ayah dah meninggal.. Allah jala tahu camna rasanya waktu tu. kita nak berbuka sama patutnya hari ni. tapi kita kena pergi sambut jenazah ayah. 

dalam perjalanan aku telefon mak. sebab mak dekat rumah adik qibah sorang-sorang. menunggu untuk orang datang ambil bawa dia ke hospital. jadi, aku pergi ambil mak dulu kemudian terus ke hospital.

mak cerita macammana keadaan ayah sebelum pergi,

lepas keluar wad semalam, mat amin hantar mak ayah dekat rumah adik qibah. adik qibah balik berbuka sebelah mertua. jadi memang tinggal mak ayah ja dekat rumah tu. tapi mat amin family datang berbuka sama masa maghrib. malam tu ayah macam biasa ja.

tapi ayah memang tidur nyenyak. langsung takda bunyi mengeruh ataupon terjaga. biasanya dia akan terbangun tengah malam mencari nafas. tapi malam tadi memang lena betul. pagi tadi masa pukul 9 lebih memang ayah main phone dulu dekat dalam bilik. itula yang dia taip dekat group. lepas tu dia memang cakap dia pening. 

bila mak suruh dia minum air teh & makan ubat, dia keluar daripada bilik & duduk dekat meja makan. dia termenung ja tengok ubat tu. mak kata itu memang kebiasaan ayah. tapi tiba-tiba ayah macam nak muntah. pastu dah tenang sikit tiba-tiba matanya dah keatas.. mak ingat macam nak sawan @ jadi strok. tapi mak sebut juga " mengucap bah. mengucap bah. " lepas tu ayah macam terkulai.

mak terus telefon mat amin suruh datang. rumah mat amin memang dekat-dekat situ. jadi bila dia datang, dia tolong angkat ayah ke katil. masa tu ada lagi nafas. tapi lemah. bila ambulance datang, paramedik pon cakap ada lagi. cuma lemah. bila sampai hospital doktor kata dah takda.. sepantas itu. sepantas itu ayah pergi.

waktu dak jiha panggil untuk tengok jenazah, rasa hati macam tak percaya lagi. tapi bila dah nampak depan mata, jasad ayah yang kaku, yang pucat, hati terus cakap, aku dah takda ayah. ayah yang Allah pinjamkan selama 35 tahun dah pergi buat selamanya.. betul-betul dah pergi.

urusan pengebumian ayah sangat mudah. semuanya berjalan dengan lancar dan pantas. mak taknak buat postmortem walaupon ayah baru ja keluar wad. kita pon taknak seksa ayah. walaupun semuanya macam tiba-tiba. memang ayah sakit. tapi ayah tak terlantar. ayah boleh buat semua sendiri. solat pon dia mampu solat berdiri. masa sakaratulmaut pon, mak dengan mat amin kata, ayah nampak macam nak pitam ja. dia tak sakit dada. dia tak macam sesak nafas. sangat mudah.

semua urusan tuntut jenazah, adik bertiga yang uruskan. bawa ke masjid, amin & amir mandikan jenazah ayah. selesai mandi, baru semua ahli keluarga boleh masuk tengok. aku tengok wajah terakhir ayah yang bersih dalam kain kafan. aku cium dahi ayah yang sejuk beku. terima kasih ayah. semoga Allah ampunkan segala dosa & tempatkan ayah dikalangan orang beriman.

selesai solat asar, terus solat jenazah untuk ayah. ramai yang datang solatkan ayah. ramai juga yang mengiringi jenazah ayah ke perkuburan.

selesai talkin dibacakan, hujan turun renyai.. dalam perjalanan balik, hujan turun lebat. begitu cantik masa yang diaturkan. ngam-ngam sahaja selesai uruskan ayah. Alhamdulillah..

hari ini, hari ke 8 pemergian ayah.. masih belum hilang lagi rasa kehilangan tu. macam tak percaya, tapi tetap redha. Allah jemput ayah pada bulan baik dengan sangat mudah. dalam setiap sujud akhir ayong sentiasa doakan agar ayah cepat sembuh. Allah berikan kesembuhan dengan cara ambil ayah kembali kepadaNya. rehat lah ayah. tenang disana. semoga Allah mengasihani ayah, mengampunkan segala dosa-dosa & ditempatkan bersama orang beriman. Al Fatihah.



kenangan raya tahun lepas..

dalam ingatan dan kenangan, Mohd Termizi bin Abdul Razak 30.9.1961 - 17.3.2024.


' sesungguhnya kami milik Allah dan kepada Allah jua lah kami kembali. '

' wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman ketika berlakunya perhitungan amal serta pembalasan.'

amin..





terima kasih buat yang sudi membaca <3

30 December 2023

jalan-jalan Perlis Indera Kayangan..

assalamualaikum...

wahh.. meriah ya aku update blog bulan ni. hahaha. biasanya update 1 entri hilang berbulan. ni boleh kata macam setiap minggu keluar entri baru. hiks

kali ni aku nak share percutian dekat Perlis. baru lagi ni. minggu lepas aku baru balik. alang-alang dia punya gambar pon masih depan-depan, aku tulis pasal Perlis dulu lah. sebab aku pi pon sat ja. 2hari 1malam. tu pon sebab pi Langkawi. kami naik feri dari Jeti Kuala Perlis. dah alang-alang sampai Perlis, kita jalan la sat. saja nak tambah negeri yang naura dah sampai. haha. aku dah settle 14 buah negeri, tapi aku nak tolong counting dekat naura pulak. hehe. 

dah lupa bila last aku datang Perlis. kalau ikutkan memang banyak kali dah masuk Perlis. cuma dah lama sangat kan. tak ingat last dulu masa pi rumah sepupu aku Bang Lang ka, pi rumah kawan aku Nabila. tah laa.. dah lost.. 


Warung Pokok Petai

kami naik feri ke Langkawi pukul 3petang. lambat sebab memang dah takda tiket awal. plan nak pi Langkawi Perlis ni pon last minit jugak sebenarnya. sebab memula rasa macam nak ke pantai timur. jumpa kak sha dengan kak eva. tapi hujung tahun camni faham la.. hujan manjang kat sana kan. so, kita bercuti belah utara la. memandangkan lama dah tak turun Langkawi Perlis, jom la repeat lagi buat kenangan baru.

kami bawak ibu & ayah sekali. bertolak dari Ipoh pukul 8.00pagi camtu, pukul 12.00 tengahhari sampai Perlis. kami pi makan tengahhari & solat dulu sebelum naik feri. sebab ada banyak masa lagi sebelum pukul 3 kan. kedai ni ibu yang bagi cadangan untuk makan sebab ibu baru ja lagi balik dari Perlis. Warung Pokok Petai. dekat ja dengan jeti Kuala Perlis.

kedai ni style dah letak siap-siap lauk dalam mangkuk dah ada tagging harga. senang nak bajet. tak la kena scam khenn..


tangan gebu dak naura. teruja tengok shell katanya.. haha

menu yang kitaorang ambik. simple ja.. tapi gulai dia masyaAllah sedap.. berselera makan. gulai tu gaul dengan sambal belacan terangkat baq ang!


Padang Besar

balik ja dari Langkawi, kami terus tuju ke Padang Besar. sebab kami naik feri dari Langkawi pukul 10.30pagi, pukul 11.30pagi dah sampai jeti Kuala Perlis. tunggu nak ambik kereta dekat parking, angkat barang-barang semua, dalam pukul 12.30 gitu la kami gerak keluar. memang dah plan nak pi makan & terus shopping kat Padang Besar.

sampai Padang Besar tak tengok apa dah. memang pi cari makan dulu. sini selera thai.. kami makan, nasi daging bakar, nasi khaumok, pulut ayam, udang galah, aiskrim kelapa, lokching, air green & thai tea. semua sedap masyaAllah. 

kawan dah kenyang menyandar.. haha. kawasan ni agak padat. kena pandai rebut meja. tapi servis makanan cepat. kira kalau lapar sangat pon ok nak datang sini. depa buat kerja laju..

dah makan kenyang-kenyang, jom shopping!


dulu-dulu sini la tempat nak shopping jersi atau tshirt murah. tapi sekarang, rasa harga dia macam sama ja dengan mana-mana tempat. dah tak murah mana.


kalau makanan gini boleh la beli. payah jugak nak jumpa kan..

ambik gambar ja. tak beli pon sebab dia tulis Padang Besar Thailand. hahaha. Malaysia la.. Malaysiaaa..

upah dak naura mainan. kesian dia penat jalan sana sini. dah boring takleh tengok kartun. beli la seketoi dua mainan untuk beli jiwa. hihi

suka dapat jumpa transformer.. tapi malu-malu gitu nak posing. ikut mama rasanya ni. pemalu orangnya. kahkah

kucing ni besar betoi! comey sangat. tapi tengok bebudak lain teruja sangat dok tolak-tolak dia, risau kita orang kat dalam tu. kalau terlentang susah nak mangkit ni.. huhu.

Perlis ni panas yaa.. cuaca terik. jadi tapau air lagi. kami nak menyeberang pi ke sebelah jalan. nak tengok padang waremart tu ada apa. ibu, ayah dengan naura tunggu ja kat pondok depan tu. depa dah tak larat nak berjalan.


meriah sungguh jualan kat sini.. rambang mata beli makanan

memang tak rasa kat Perlis.. rasa kat siam dah. haha


haa.. ni tambahan kedai-kedai dekat Padang Besar..

Bangkok Krep. masa pi bangkok pon tak jumpa.. kalau jumpa pon ragu-ragu nak beli. sini yakin la sikit dah orang Islam kita.

kuih apa pon aku taktau. aku beli sebab nampak rare.

dalam waremart ni lebih kurang ja macam kat bangunan arked tadi. kami jalan tengok gitu-gitu ja. tapi beg ni comeykan??

baba stress panas. dia dah lekit-lekit takleh pikiaq dah nak beli apa. haha.

shopping makanan ja semuaaa..

baba beli beg kulit 1, aku beli jugak la sekeping tshirt padang besar, naura dapat mainan. jadi la tu untuk kenangan..

jom gerak ke homestay.. homestay kami booking kat Kangar. dalam 30minit camtula dari Padang Besar.


Homestay

homestay ni aku cari dekat FB. memang menarik sangat sebab tak rasa macam masuk homestay. macam masuk rumah sendiri sebab barang dia banyak dan lengkap. pastu yang lagi best sebab ada playtent. naura punya hepy, lupa habis dia punya penat.



rumah besar & selesa. rm150 ja semalam. kalau korang berminat boleh try cari dekat FB owner Shazwa Rina. homestay kat Perlis ni boleh tahan laku jugak. ada 2/3 homestay aku contact baru la dapat yang ni kosong.


bilik ada 2 ja. selesala untuk kami ber5. tapi kalau ramai pon boleh ja pakai toto. rumah luas

untuk malam ni, kami tak keluar dah makan kat luar. masing-masing dah letih. sebab kami kan dari Langkawi dok berjalan. jadi malam ni santai ja dalam rumah. rehat badan dan makan ja semua benda yang dah beli kat Padang Basar tadi.

pastu aku tambah masak megi Thai serda 3 bungkus, bancuh air teh sejug. burger tu airfryer kan dia bagi panas. siap la makan malam kitaorang.


Warung Tepi Sawah

pagi ni kami terus kemas-kemas barang & checkout. sebab lepas jalan-jalan terus ja balik Ipoh. jadi untuk sarapan kita pilih kedai viral, Warung Tepi Sawah.

kedai ni antara tarikan terbaru dekat Perlis. jadi, wajibun lah kita datang sini. dia bukak pagi sampai pkl 12tengahhari ja. daripada homestay nak ke warung ni 10minit ja. memang dekat sangat. Alhamdulillah la. takdala kami berkejaran sangat..

kedai dia besar.. ada macam-macam pilihan makanan




rambang mata nak pilih makanan pon. sebab banyak sangat menu. kedai ni besar. ada 3tingkat. jadi pandai-pandaila cari meja..

makanan minuman semua kita order, ambik & bayar. kira layan diri la

penuh meja kami order. haha. nasi lemak pandan, peknga cicah gulai ikan sekoq, roti telur goyang, laksam, teh o, teh ais tarik. paling best laksam dengan peknga. peknga tu lempeng tau. haha. orang utara panggil peknga. dua ni sedap. hangpa kalau pi try 2 menu ni ok.

kami duduk dekat meja tingkat 3. tingkat 3 ni rasa sejuk sikit sebab ada angin. tingkat bawah dengan tingkat ke 2, rasa bahang panas. tak selesa sangat.

selesai makan, jom ambik gambar dekat sign ni. barulah tanda hadir. hehe


kami dari Bukit Beruntung, Selangor <3

pastu jenjalan kejap kat sawah ni nak snap gambar 10 20 keping. haha

dak naura buat lembik takmau bergambar.. grrr

dukung la bagi elok sikit..

bagi mama baba jala bergambar. banyak cerita dak naura. huhu


Kampung Warna-Warni

sebenarnya kami ingat lepas sarapan nak pegi Gua Kelam ja. pastu terus la balik. dah tak mau letih-letih. tapi ibu ada dapat pesan daripada kawan untuk menantu dia yang mengidam dodol pulut hitam. orang jual dodol tu duduk dalam kampung ni. jadi jom la singgah kejap.

aku waze nama jambatan. jadi dia bawak ke hujung sini. walaupon jambatan ni menghubungkan kampung tu, tapi jauh nak menapak baru sampai. jadi kita gambar-gambar ja disini. kena waze balik. hehe

ni pon tarikan terbaru Perlis. rugi jugak kalau tak datang sini bila dah sampai.

dok pusing cari pintu masuk kampung, nampak sign gini. tak taula tang mana lamannya. tapi cantik sebab belakang ada air & sawah, berenti la snap kejap.

sampai dah. masuk ja terus nampak warna warni..


kita tak boleh masuk pakai kereta sendiri sebab sempit. untuk pusing kampung ni dia ada bagi perkhidmatan sewa basikal, motor, choley & buggy. kalau basikal dengan motor pusing sendiri. kalau choley & buggy depa tolong bawakkan.


kami pilih buggy sebab besar sikit. kalau naik choley tu tak selesa sebab kami besar-besar kan. hahaha. risau motor dia semput takdan pusing kampung. tapi buggy ada seketoi ja. jadi kena bersabariah la tunggu. setengah jam jugak kami tunggu turn. depa bagi air putih sementara menunggu. orang kampung ni baik-baik.. 

masuk ja dalam kampung terus teruja tengok rumah yang warna warni. rajin yang amat penduduk kampung ni hias rumah depa cantik-cantik.

untuk cat, raja sendiri yang sponsor. lepas tu penduduk kampung sendiri yang gotong royong cantikkan rumah diaorang.

ada homestay jugak dalam kampung ni. kalau nak merasa suasana dalam kampung ni, boleh la check in.

siap ada lukis mural tau..






sudut kecik macam lorong sempit ni pon depa tak abaikan..


banyak sangat spot cantik. jenuh baba jadi photographer. haha

naura teruja lain maciam mai kampung ni. agaknya sebab warna warni kot.. 

dulu sini kampung nelayan biasa ja. lepas buat transformasi & berwarna-warni, kampung ni sekarang jadi tumpuan pelancong..

luas sebenarnya kampung ni. setiap kawasan pon dia ada buat tema. tapi kita pon tak larat nak pusing habis. 

kalau hangpa fit nak jalan pusing sendiri boleh la. tapi kami dak la kot. naik buggy pon jenuh merambu peluh hangat. tenggahari masa kami pi ni. pkl 12 camtu rasanya. 

naik buggy pon dia akan stopkan kita dekat tempat-tempat hotspot. jadi boleh ja bergambar-gambar.

penduduk kampung ni sejenis redo ja kalau kita nak ambik gambar. dia memang mengalu-alukan pengunjung..

buggy yang kitaorang naik. ni dah last check point. dekat Rumah Dodol. memang ini la pon tujuan kuat nak datang sini. hehe

ok jugak ibu ambik order. baru la merasa kami masuk kampung ni. kalau tak mai Perlis asyik pi Padang Besar & Gua Kelam ja. 

aku beli 2 bekas. 1 bekas rm14. sedap tau.. dia tak sama macam dodol biasa tu. dia ada lemak-lemak pulut hitam. makan sebekas laju ja habis. naura pon suka. kalau hangpa nak try boleh ja contact nombor tu. dia boleh pos katanya.


Gua Kelam

settle dekat kampung warna-warni, terus kami ke next destination. Gua Kelam. pemandangan kat Perlis ni memang layan. takda bangunan tinggi-tinggi. tak banyak kereta. tak serabut langsung. tenang jaa..

bayaran masuk, dewasa rm2. parking rm1. murah gilaaa.. tak dapat la kat tempat pelancongan lain rega lagu ni uiii..

tiap kali mai Perlis, memang ini la tempat yang aku datang pon. tak tau berapa kali masuk dah gua ni. tapi enjoy ja repeat pon. sebab baba dengan naura tak pernah sampai lagi.

tanda mama dah bawak naura masuk gua. hehe

gua ni panjang. tapi tak seram pon. banyak lampu. orang pon ramai. 






kalau mai Perlis lama sikit, boleh la layan Gua Kelam ni lama sikit. sebab sini ada sungai boleh mandi, berkelah. boleh buat aktiviti atv. ada galeri jugak.

untuk kami yang datang sat ja, mai buat syarat jala. haha.

masuk gua, pastu foto foto aja...


legend oo depa dok simpan lagi telefon ni. telefon ni la dulu dak asrama dok bergelut berebut nak tepon mak pak. lani orang tak pandang dah dia. begitulah tamatnya riwayat aku sebuah telefon public. kahkah

sebelum balik, singgah gerai ni nak tapau air. dahaga..

beli sorang secawan. secawan rm2 ja. punya la murah. dah la air pon ngam elok rasa dia. pastu beli la pisang dengan kopok lekor konon nak makan dalam kereta ja. 

dalam perjalanan balik,kami dok fikir, kalau kedai tu boleh terima bayaran on9 untuk makan laksa. sebab masing-masing dah takda cash. pastu suami pon cakap, boleh la.. boleh bayar on9. lahhh.. awat tak habaq awai. jom patah balik makan laksa! mujurlah tak jauh lagi.

berbaloi patah balik. sedap teroks! 

kuah sedap, laksa dia kenyal. laksa tepung beras kot. memang sedap sangat. hangpa kalau pi Gua Kelam try makan laksa ni. rm5 ja semangkuk. aku tengok gambar ni pon jadi kecur balik.


Titik Terpanas Malaysia, Chuping

baba nak membuktikan Perlis panas dan deria dia benar.. haha

stop kereta tepi jalan, pastu dia keluar bawak naura pi ambik gambar. 


bye-bye Perlis. ada rezeki kami kembali.. 




terima kasih buat yang sudi membaca<3








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...