23 August 2013

aiskrim goreng

assalamualaikum...

korang penah makan aiskrim goreng? aku tak penah beli aiskrim goreng yang jual kat kedai. sebab setiap kali aku nak try jer mak aku halang. 

tak payah beli..tak sedap pon. depa punya tepung tebal sangat. bila goreng, tepung tak masak. buat rugi ja. ' okkkk..fionnneeee..

so, aku tak penah la rasa camna aiskrim goreng kat kedai. tapi hari ni nak share resepi aiskrim goreng. sebab mudah & murah. kalau beli, seketul dah dua hengget keatas kan..kalau buat sendiri, modal ciput jer. kita leh makan seisi keluarga. best tak?

 ini bahan-bahan nak buat aiskrim goreng. 3 bahan sahaja yang diperlukan. aiskrim, roti dan cawan.

 langkah pertama. macam biasa. bismillah dan selawat dulu. ^_^
 ambik roti sekeping pastu taruk aiskrim secoet..secoet jer tau. jangan ko pegi tenyeh 1 scoop plak dekat roti tuh. karang melimpah ruah pulak..terus tak jadi aiskrim goreng.

 pastu ambik sekeping roti lagi dan tutup atas dia..

dah tutup kemas, tekap cawan atas roti yang dah berbungkus dengan aiskrim. tekap elok-elok. jangan sampai bocor. makesure kedudukan aiskrim dulu sebelum tekap okay..

 ini hasilnya..jadi bulat gituuu..

 buatla banyak-banyak..untuk seisi keluarga.

 pastu, bolehla masukkan dalam plastik. eloknya, bungkus satu-satu supaya tak melekat. sejuk bekukan dalam peti ais semalaman. tapi kalau dah tak menyabar, 5 6 jam pon ok dah..

 ini rupa aiskrim goreng yang dah siap digoreng.

cara nak goreng : pastikan minyak betul-betul panas. bukan main-main punya panas. pastu, goreng jangan lama-lama sangat. cukup nampak garing, terus angkat. dan lagi satu, elok la kalau goreng sebiji sebiji. jangan sekali goreng 5 6 ketul. nahas kalau tak terkawal..

 kasi tunjuk sikit dalam dia..
kena terus makan lepas goreng okay. memang mengancam! rangup diluar, sejuk didalam..alahaiiiii...hikhik

Chef Naqhiah..(mata keatas)
selesai interview tadi, rasa senang hati, terus ambik gambar sendiri.
sekian, pantun 3 kerat. haha


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...