7 December 2019

Maldives : Part 3

assalamualaikum...

Alhamdulillah dah masuk part 3 untuk cerita percutian di Maldives. dasat kan? peginya hujung tahun lepas. tapi sampai hujung tahun ni tak sudah lagi menulisnya.. huhu.

ni pon mujur takde nak buat apa.. cuti tahun ni memang mereput ja kat rumah sebab memang dah tak boleh jalan mana dah. dah masuk 9 bulan. menunggu hari ja.. memang jeles hokay tengok orang lain berjalan merata-rata. tapi takpelah.. sis redha.. lagipon rezeki yang Allah bagi ni dah lama sangat kami tunggu kan.. Alhamdulillah..

so sebelum kita tulis part 3 ni, kalau nak baca part 1 dan part 2 boleh tekan link kat bawah :


untuk hari ke 4 ni, agent kitaorang bagi option sebenarnya. ada 2 pilihan.. samaada nak stay dekat Maafushi  ataupon jenjalan dekat resort atas air. kalau stay dekat Maafushi, aktiviti bebas. boleh la nak parasailing ke kayak ke nak naik jetski ke nak berendam ja dekat pantai tu dari pagi sampai ke petang pon boleh. makanan tengahhari tak disediakan.

kalau jenjalan dekat resort atas air pulak, dia bawak kita pegi resort pastu jenjalan la dekat situ dari pagi sampai petang. basically, pegi resort atas air ni untuk bergambar jer.. nak feeling feeling gitu..

so, agak-agak kitaorang pilih yang mana?? ^_~


yesss! kami pilih untuk jenjalan dekat resort atas air.. 1 sebabnya, nak sampai sini bukannya senang. dah alang-alang sampai sini, kita nak la jugak tengok camna rupa resort kat sini walaupon setakat feeling amek gambar jeww..

ada harga ya untuk jenjalan dekat sini.. ni memang tak termasuk dalam pakej. kena add on. untuk resort Adaaran Club Rannalhi ni harga dia 110usd. lebih kurang RM400 ++ sorang. agak mahal. tapi kalau check in sini tah berapa ribu satu malam. sebab tula yang mampu check in dekat resort ni orang have have jeww! kita ni mampu jalan-jalan je la.. nak check in tak mampu diknonn!

sampai sini kena daftar dulu kat lobi pastu nanti dia akan bagi la gelang ni. tanda kita masuk dah bayar. takda gelang ni senang-senang je dia leh campak kita dalam laut. haha

 dah settle suma, apo lagiii.. meh la feeling honeymoon di Maldives. kitaorang kat sini daripada pagi sampai petang. memang panjang masanya nak feeling. haa.. layan jela gambar kitaorang feeling kat sini..

 cuaca kat sini rasa macam lagi panas daripada dekat Maafushi. tapi air dekat sini lagiiii jernih dan cantik.


matahari tegak ja atas kepala.. panas ya ampunnn!


nampak tak kaler air dia? mengancam kan?? boleh nampak segala makhluk dalam tu ok.. gerammm!



dekat sini bukan semua resort atas air.. ada jugak yang atas tanah macam kat belakang tu.. rasa cam kat kampung kampung kita jer haa. aku rasa bilik yang ni mungkin murah sikit sebab nampak biasa ja..

kalau resort jenis atas air camni, jangan tanyala semalam berapa.. telan ailio jela cerita dia... huhu. kita mampu tengok jela.

kalau ada yang sponsor sini, memang heaven ni. bangun pagi takyah mandi kat toilet, terus terjun dalam laut ja. boleh feeling duyung berenang dengan baby shark.. kikiki.

cantik betul view takleh bawak bincang.. 

tengah syok bergambar, angin kuat plak. terbang aku punya topi masuk dalam laut.. haiyakkk! masa tu pakai topi tak betul.. aku tak tarik getah dia kat dagu. tu yang terbang tu.. huhu

karam di lautan Maldives.. huhu. pastu dok meratap kat tepi sebab tak leh terima kalau takde topi. dah tak lawa penampilan aku nak ootd. kahkah. ni nampak macam tak dalam. tapi sebenarnya agak tinggi jugak. laki aku try minta tolong dengan pelancong lain yang dah alang-alang pakai baju mandi. tapi dia tak berani pulak. sebab nak turun tu ok. kang nak panjat balik dia taktau camna nak naik sebab tinggi. last-last laki aku mintak tolong dekat staf sini. Alhamdulillah.. nasib dia boleh tolong. 

 yea!! dapat balik topiiii! hehe. 

lencunnn.. takpela.. kita sidai dulu bagi kering.. hehe

haa.. ni pinjam topi Kak Rohani. geng trip kitaorang. yang join datang resort ni kami bertiga je. yang lain suma stay dekat Maafushi,

dah alang-alang Kak Ani muncul kat situ, kita ambik kesempatan la suh dia ambik gambar. pastu pinjam sekali topi dia. tapi ni pakai betul-betul. risau jugak kalau yang ni pon terbang. nayoo orang punya. huhu

dah snap 2 3 keping, pastu kita pon tolong dia snap jugak, dia pon pi merayap lagi sorang-sorang. hehe. gamble betoi travel sorang-sorang. aku lupa nak bergambar dengan dia sekeping dua. huhu

kitaorang stay ja lepak kat sini. sebab sini angin kuat. tak panas sangat. relaks jer sebab takde nak kejar apa sangat. lama kot dok sini sampai petang. kawasan ni pon bukan besar sangat.

sementara nak keringkan topi.. snap la berapa juta kali pon.. hehe

untuk makan tengahhari, resort ada sediakan. dah termasuk dengan harga masuk sini..

makan buffet.. jadi makan la banyak mana nak makan sampai kenyang..

haa.. untuk solat, kena tanya staf dia. ada surau tapi untuk staf. kita mintak izin la untuk tumpang surau tu. insyaAllah dia bagi jer.

selesai makan, sambung lagi jalan dan bergambar..

topi dah kering.. boleh melaram balik.. hehe


 cantik betoi view dia.. subhanAllah!



sini memang panas jela.. kalau rasa macam nak ambik aircond, masuk la kedai-kedai souviner kat sini.. tak ambik gambar pulak kedai-kedai tu suma.. tapi harga souviner kat sini lagi maha dasyat. kat Maafushi dah mahal, sini double mahal. dah nama pon resort orang have have kan.. takkan harga biasye biasye plak.. huhu

pi balik pi mai, sini jugak la tempat photoshoot yang lawanya.. memang berjuta lemon ambik gambar area sini ja..


ada gaya model muslimah tak? wkwkw. model apa pipi tersembul gituuu.. huhu

ni kita wak lari sikit pipi tu.. nampak lebih indah. bhaha!


ikutkan visitor takleh nak jalan kat jambatan ni. ni khas untuk orang yang check in resort jer.. tapi kitaorang redah jer.. bayar mahal-mahal dia bagi kita pijak hujung-hujung ja? no way!! hahaha ( gelak jahat )

love from Maldives <3


dah redup sikit sebab dah petang.. tak larat dah. badan dah melekit tak sabor nak balik mandi..

ok la.. dah puas dah satu hari kat sini.. jom la balik..

malam last kitaorang dekat Maldives. untuk malam ni kitaorang add on candle light dinner. ni tambah lagi RM400.

boleh nampak dah table kita daripada atas bilik.. oleh kerana candle light dinner ni untuk sambut anniversary, gigih ok bawak jubah akad nikah dulu sampai sini. hehe.

angin kuat sangat malam ni.. macam nak hujan. tapi tak hujan pon Alhamdulillah..

rasa sweet sangat candle light dinner tepi pantai camni..

semoga Allah pelihara kebahagiaan rumah tangga ni sampai ke akhir hayat.. aminnn..

untuk menu, bagi aku biasa ja.. tapi cukup la untuk mengenyangkan.. laki aku dah tak berapa nak lalu sangat dah masa ni. sebab dia dah start rindu masakan Malaysia.. hehe. acano nak travel lama lagi ni.. baru 4 hari dah putus selera. hehe

lepas makan, kitaorang gi jenjalan kat kedai-kedai. nak jalan dekat tepi pantai gelap sangat pulak. tak nampak apa.. huhu

jalan pon kosong jer.. tak beli apapon. setakat nak habiskan masa.. lagipon malam last kan.. esok nak balik dah. huhu

ok la.. settle cerita hari ke 4. ada masa aku sambung lagi cerita hari last dekat Maldives. bye-bye!



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...