25 April 2015

Travel : Pulau Batam Indonesia (Part 1)

assalamualaikum...

kali ni aku nak share pasal trip ke Pulau Batam Indonesia.. lama dah sebenarnya plan nak pegi sana. kira lepas gi USS memang aim nak gi Batam. Alhamdulillah.. sampai jugak. 

aku deal dengan Anis ( kawan sekolah ) untuk pegi ke Batam ni. sebab si Anis ni husben dia orang Indonesia. jadi, adala saudara mara kat Batam yang boleh tolong bawak kami pi jalan-jalan dan carikan tempat penginapan. memula takut gak. sebab kami suma kan pompuan. nak main redah jer pegi. sekali sampai sana si sedara Anis tak datang pengsan. huhu.


tapi nak tak nak sebab dah planning & dah tekad..kita tawakal jela.. ok.. pegi Batam ada 2 cara yer. naik flight atau ferry. bukan apa.. sebab ada yang tanya. pegi Batam naik apa? bas ke kereta? berpeluh ceq nak jawab. -,-  

kami yang dari Pasir Gudang ni memang naik ferry jela.. Johor Port dah dekat sangat. harga ferry RM85 pegi balik. campur port tax RM20. total RM105.

 ferry dia macam ferry kat Langkawi.. selesa la kira.


sepanjang perjalanan dapat tengok pemandangan indah. tapi kita mabuk laut.. jadi tak dapat nak hayati sangat. ombak kuat gila. sampai senget ferry. takuit kita. istighfar jer mintak selamat.. huhu

 tapi orang lain aku tengok macam relaks jer. siap boleh feeling lagi tengok Fast & Furious. aku jer sibuk dok sapu minyak cap kapak sebab takut termuntah. huhu

akhirnya perjalanan berombak yang memakan masa 50minit tadi berakhir. lega rasanya dapat berdiri atas darat tanpa perlu dilambung-lambung. haha. sampai jer kat Batam Centre, Abang Jacka ( sedara Anis ) dah tunggu. Alhamdulillah..


DC Mall

destinasi pertama yang Abang Jacka bawak ialah DC Mall. sebab Abang Jacka nak pegi solat Jumaat. jadi dia tanya la kitaorang nak pegi mana dulu? aku pon terus mintak ke DC Mall. mudah.. sebab shooping memang makan masa kan. nanti takdela rasa lama sangat tunggu Abang Jacka. * sory.. gambar macam asal boleh. haha. aku snap masa atas kereta yang tengah berjalan.

sampai kat DC Mall, kami terus pegi cari food court. sebab lapar gila. kalau tak makan, tak boleh shopping. gittuw!

Kak Salmi ngan Kak Sharimah order bihun soto. uniknya, dia kasi soto dengan nasi sepinggan. pastu Kak Salmi heran. " kami tak order nasi pon " " nasinya makan sama soto mbak.. " terus Kak Salmi letih. haha.

aku makan mee.. nama mee ni aku dah lupa. tapi rasa dia aku ingat lagi. memang sedap.. sebab segala rencah kita yang bubuh. jadi kita boleh tambah ikut citarasa.

 jemput makannn.. kang nak shopping plak.

bagi aku DC Mall ni takde la besar sangat. mungkin sebab kita yang dok kat Malaysia ni dah biasa turun naik mall. tapi kalau kat Batam, DC Mall ni kategori besar dan femes la.. kat sini boleh la nak borong segala kain baju, telekung, tudung.. murah-murah insyaAllah. tapi kena pandai tawar menawar, pastu jaga-jaga dengan pencopek ( pencuri ). aku silang beg sebab Abang Jacka asyik ulang suh jaga handbag. baiklahhh..

 sesi shopping bermula.. kat sini aku sempat la beli baju batik. cardigan. tudung. tshirt.

 letih beb.. sampai bersila kat lantai. haha. 

Tanjung Piayu

dalam pukul 2pm gitu, Abang Jacka datang ambik kami kat DC Mall. pastu dia terus bawak kami ke Tanjung Piayu. Tanjung Piayu ni, Kak Wahid yang nak pegi sangat. sebab abang dia kata seafood kat sana best. jadi, ok la.. kita pegi.

pemandangan nak pegi ke Tanjung Piayu ni cantik sangat. boleh nampak laut terbentang luas.

 angin kuat gila.. rasa macam nak tercabut tudung. huhu



haa.. tudia Restorannya.. atas laut.

ok.. jom masuk.


 dia ada kolam sendiri. jadi memang fresh la seafood nya..


sebabkan restoran ni atas laut, memang terasa macam atas bot la jugak sebab dia bergerak-gerak. mulala nak pening balik. huhu

walaupon pening, tapi takyah layan. bukan selalu nak dapat datang sini.. jadi, buat tak tau jer.

 makanan pon dah sampai.. jom makan..

 terkejut Abang Jacka. pompuan nih suma selera dinasour. haha. makan tak hengat.

 aku tak berapa ingat sebenarnya nama lauk ni suma. tapi suma best laa.. suma sedap..

habis makan kami pegi solat. jamak Zohor dan Asar. masjid ni rare sangat.. sebab dia tak berapa siap. tempat wuduk laki dan pompuan sekali. ada dinding separuh jer nak lindung. itu pon tak berapa terlindung. jenuh aku cover kepala masa ambik wuduk. sampai lencun shawl aku sebab nak tutup kepala. huhu. tempat solat pon sama. ada satu tali yang dia sidai-sidai kain selai dua. itu jela pemisahnya. pintu masuk satu jer. laki pompuan masuk pintu sama. fuhhh!


Kem Vietnam

kem Vietnam ni Abang Jacka yang nak bawak. jauh gila kem nih.. sampai settle keenam-enam Jambatan Barelang baru jumpa kem nih. punya la dalam. 

masa kami sampai ni, pukul 6pm dah. muzium pon dah tutup. jadi kami bergambar kat luar jela. just tengok-tengok tapak peninggalan pelarian Vietnam kat sini.



 tetiba buat cover sesuci lebaran. haha

masa kat sini Abang Jacka selalu melawak ada hantu la. jin la. nak pegi jauh sikit, nanti dia kata, pegi la pegi la. ada orang tunggu tu. haish! geram aku.. dah la memang tempat ni macam sunyi. seram la jugak. 

tapi kita buat tak tau jer dengan Abang Jacka. lantak dia la.. haha. sapa suh dia bawak kita mai sini. kita enjoy jer..



Jambatan Barelang

Jambatan Barelang ni ada 6 buah. tapi yang eloknya cuma 1 dan 2 jer. yang lain biasa la. macam jambatan kat kampung kita jer. haha. jambatan ni menyambungkan pulau-pulau kecik. sebab tu Batam jadi besar.. 

ni kami kat jambatan kedua. yang nampak tiang-tiang macam jambatan Pulau Pinang tula jambatan pertamanya. kami ni untung sebab Abang Jacka bawak kami pusing habis semua jambatan. takde pon dia cas harga mahal-mahal. sebab ada gak orang kata kat kami, kalau supir lain dia tak sanggup nak bawak sampai jambatan ke 6. sebab jauh sangat. kalau dia bawak pon memang mahal la dia cas. 

jadi kami sangat gembira sebab dapat supir yang baik.. hehe

ni atas Jambatan Barelang yang pertama..

sempoinya kat sini, boleh stop kereta sesuka hati atas jalan. takyah risau pasal kereta nak kena claim. haha.

senja...


 dah start gelap.. tapi tak puas lagi. nak snap banyak-banyak. huhu




masa kat sini ada sorang photographer tunggu. dia tangkap gambar kita pastu terus print. 5 minit jer siap. kami suma beli sebab murah. size A4 harga 20ribu rupiah.. ( lebih kurang RM7 la.. )

tudung dah terpenyek-penyek dah. haha.

ok.. dah puas.. jom gerak.

Hotel Bunda

dari Jambatan Barelang, Abang Jacka bawak kami terus ke Hotel untuk check in dan letak barang-barang dulu. tapi Abang Jacka tak bagi lama-lama sebab nak terus ke Nagoya Hill. nanti kalau lewat sangat takut dah tutup.

satu bilik duduk 2 orang. hotelnya selesa la.. boleh la untuk tido semalam dan rehatkan badan. yang bagusnya, Abang Jacka pilih hotel yang sangat safety untuk kami. sebab Batam ni kan macam bahaya sikit. ramai yang sibuk cari pompuan kat sini. hotel ni Islamik. nak masuk sini, kalau pasangan yang belum kawin tak boleh masuk. yang tak pakai tudung pon tak boleh..

 orang Islam jer boleh masuk hotel nih. dia dah siapkan sejadah ngan Yassin sekali tau.

 jadi kita rasa sangat selamat.. Alhamdulillah.


Nagoya Hill

 dah letak bag suma, terus gerak pegi Nagoya Hill. dekat jer Nagoya ni dengan hotel kami. 10 minit gitu dah sampai.

Nagoya ni besau la jugak. kat sini femes dengan barang branded.. tapi yang palesu la.. hihi. yang ori pon ada kot. tah laa.. sebab aku tak aim pon nak beli handbag bagai. jadi malaih nak kesah. haha

kita jalan jaa.. cuci mata. kat sini aku rasa maju jer orang Indonesia. nampak macam Malaysia. takde beza sangat. mungkin sebab dia dekat dengan Malaysia dan Singapore.

 aku borong tshirt ' i love Batam ' kat sini untuk adik-adik..


Sate & Murtabak Sareco

balik dari Nagoya, Abang Jacka bawak pegi makan kat Restoran Murtabak Sareco. kat depan restoran tu ada banyak gerai sate, jadi kami order gak sate madura.

sebabkan perut macam kenyang, kami order ala kadar jer. murtabak pesan sebiji jer. yang manis punya. macam apam balik jer murtabak manis dia. intinya cheese dan coklat. sedap gak. yang sate dia bagi aku so so jer. sebab sate dia kurus. pastu daging dia rasa kering. tapi boleh la nak makan. bukan tak sedap sangat.

sambil makan, ada pengamen buat persembahan. suara not bad. dia nyanyi lagu sendiri aku rasa. sebab Kak Wahid ngn Kak Salmi kata diaorang memang suka nyanyi lagu sendiri. cuma kat Batam ni tak banyak sangat pengamen. mungkin sebab ketat sikit kot peraturan. aku ada perasan dekat traffic light ada tulis ' kawasan bebas pengamen '

ok la.. hari kedua punya cerita nanti aku update. insyaAllah..

terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...