24 April 2015

belanja gambar di Teluk Gorek

assalamualaikum...

ok.. kali ni aku nak belanja gambar masa camping kat Teluk Gorek hari tu. sebab aku dah sedut suma gambar daripada kawan-kawan. masa camping itu hari aku tak bawak camera. bawak phone buruk jer. malas nak snap. dah tentu-tentu nanti gambar tak cantik. huhu


DAY 1




sampai jer dekat Teluk Gorek, berkumpul & dengar taklimat dulu.


kita yang cikgu berposing.. hee




selesai taklimat, kena angkat khemah sebab nak ubah tempat yang lebih strategik. khemah pihak resort dah tolong pasangkan. jadi senang. tak banyak keje..




sekali lagi.. cikgu posing jer. kihkih.


habis kemas kawasan khemah, makan tengahhari.. masa ni cikgu sempat la jadi macam orang kantin. tolong cedok lauk. ^_^


selesa kafe kat resort nih. luas, bersih dan kemas. cuma masa kami datang ni, ada Polis FRU sekali. jadi macam kena gilir-gilir.


selesai makan, tukar baju, solat.. masuk dewan untuk ceramah dan LDK.


housemate aku, Kak Sharimah jadi moderator. sebab cikgu kaunseling kann..


kami kat belakang?? haa.. faham jela.. haha.




malamnya kami ada taklimat untuk aktiviti besok. muka sememeh sebab dah ngantuk. haha


pastu kena kawalan malam.. biasala.. tapi kami cikgu pompuan tahan sampai pukul 1.30 pagi jer. pastu masuk bilik terus tak kuar-kuar dah. haha.


mujur jugak tau pemandangan malam kat sana  cantik sangat. bulan terang. kalau tak jangan harap aku nak berjaga sampai pukul 1. pukul 10 pon belum tentu mata aku masih terbukak. kohkohkoh.

DAY 2


pukul 5 pagi kita dah start gerak budak-budak suh mandi. pastu jemaah kat surau. lepas subuh, budak-budak riadah. indah pemandangan pagi kat sana. dapat tengok matahari terbit.. Alhamdulillah.




senaman tepi pantai.. lepas bersenam, sarapan pagi.


selesai jer sarapan, tetiba FRU yang dah nak berangkat pulang ajak budak sekolah kami bergambar. bebudak pon bukan main suka..


paling best sebab dia kasi kita naik dia punya bas.. hehe


berebut-rebut budak. cikgu kat belakang pong bersabar jer menunggu.. kuikuikui


kemain diaorang dua nih.. senyap-senyap bergambor dengan FRU eh.. so sweet. =P

kita bertiga pasrah jela. takde FRU nak gambor ngan kitee.. sobsob

pastu siap-siap untuk pertandingan memasak.

tempat memasak boleh tahan jauh jugak. seberang hutan sana.. huhu

jauh pon takpe.. sebab cantik. kita boleh nikmati pemandangan.

pastu kena menyeberang.. tapi air cetek jer sebab surut lagi.

pastu pakat-pakat cari tempat untuk masak..


Kak Eva dengan kumpulan dia.

Kak Nia dan ahli kumpulan..

Naqhiah & Tha Majistret. kahkah. guwau jer.. ni kumpulan aku.

aktiviti masak pon bermula.. suh diaorang cari kayu api. siang bahan-bahan. masak nasi. tapi subhanallah la kan kalau handle budak sekolah rendah nih.. nak masak sardin dengan telur jer pon. tapi aku rasa macam nak buat kenduri kawin letih dia. ceh!

memula nampak macam aku lah komander kat situ. suruh itu ini. tapi bebudak nih, hapa pon tak boleh. last-last aku gak bibik. kena masak nasi ngan lauk kat depa. sakitnya tuh disini oi!!

selesai aktiviti memasak.. perut pon dah kenyang makan kari Cikgu Hafizan. heee.

kenyang perut suka hati.. ^_~

sekarang kena menyeberang.. air dah pasang.

 kena guna tali..

dah tua bangka pon takut lagi. haha. cuak tak boleh bla.

diaorang ni la yang sibuk sangat pegang tali. sampai kecut-kecut tunggu dalam air. thanks korang!

DAY 3

hari ketiga aktiviti kami cuma dua jer. satu explorace. satu lagi mandi laut & kayak. ( kayak untuk cikgu jer ). dua-dua aktiviti takde gambor. yang ada muka kami dok wefie.. pasrah la yer. kohkohkoh.

muka suma orang sembab sebab tido tak cukup. huhu

layan sunrise..



hari last.. jadi gembira dia satu macam sikit. haha



* aktiviti penuh sampai ke malam. tapi ada yang takde gambar. jadi aku cerita ikut mana yang ada jer. yang takde tu kami simpan dalam ingatan untuk memori sendiri. 

~ sekian ~


terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...