8 May 2015

hikmah sedekah

assalamualaikum...

sejak-sejak Malaysia dah ada GST ni, nak shopping pon berkira. sakit betul hati bila tengok dekat resit ada tulis GST GST. pabenda tahh.. huhu. 

semalam masa pegi shopping barang-barang rumah kat Tesco pon berkira. pastu first time beli barang tak penuh troli. bayar kat kaunter kira-kira semua sekali rm30 jer. haha. kalau tak, mahu jugak beratus-ratus shopping barang rumah jer. paling sikit pon 50 hengget mesti sampai. tapi sekarang, kita mesti berbelanja dengan cermat. supaya kita tak papa kedana. al-maklum la.. ada orang senyap-senyap samun duit kita pakai GST. zalim sangat hokay! =P

walaupun sekarang nak shopping berkira, tapi jangan berkira untuk sedekah. nak terus hidup senang, hati tenang, rezeki mencurah, kena banyakkan sedekah. 

yela.. hidup di zaman GST yang serba mencabar ni kena banyak bersabar. pastu kenala fikir camna nak luaskan rezeki. takpa takpa. Allah kan ada?? setuju?


Sedekah Menolak 70 Pintu Bala


Rasulullah s.a.w telah bersabda " Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t dengan 4 jenis pembalasan iaitu :

  1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
  2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara
  3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman
  4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah.

nampak kebaikan bila kita bersedekah? Allah tak kurangkan harta kita. tapi dia tambah lagi dengan sebanyak-banyak rezeki yang ada. * tapi tak termasuk la sedekah dekat penyamun .eh! baik ko keluarkan duit Tabung Haji cepat. kang habis dia samun duit ko beli tanah sana sini. huhu (emo)


Sedekah Si Penarik Beca

     Kisah ini dikatakan terjadi di daerah Klaten, Jawa Tengah Indonesia. Seorang penarik beca yang bernama Pak Kasan mempunyai kisah yang menarik tentang sedekah.

     Pak Kasan mempunyai amalan bersedekah yang unik. Dia akan memberi perkhidmatan percuma pada setiap hari Jumaat. Begitulah rutin sedekah Pak Kasan. Sesiapa sahaja yang menaiki becanya pada hari tersebut, tidak dikenakan tambang. Begitulah yang dilakukan Pak Kasan pada setiap hari Jumaat.

     Pada suatu hari Jumaat seorang wanita kaya menaiki beca Pak Kasan. Apabila sudah sampai ke tempat yang dituju, bertanyalah wanita kaya itu akan tambangnya. Seperti biasa, bersahajalah si penarik beca mengatakan bahawa pada hari tersebut dia tidak mengenakan tambang. Si wanita kaya tersenyum, namun masih belum berpuas hati. Justeru dia bertekad mahu menguji penarik beca pada masa lain.

     Pada hari Jumaat seterusnya, si wanita kaya menaiki beca Pak Kasan lagi. Kali ini wanita kaya itu mahu Pak Kasan membawanya ke rumahnya. Katanya mahu berkenalan dengan keluarga Pak Kasan. Lalu Pak Kasan tanpa sebarang prasangka pun mengayuh becanya pulang ke rumah.

   Sampai di rumah, sedarlah wanita kaya itu akan keikhlasan Pak Kasan dengan sedekahnya. Didapati Pak Kasan memiliki seorang isteri yang solehah dan beberapa orang anak yang baik-baik. Sesungguhnya Pak Kasan pada pandangannya adalah seorang yang sangat miskin jika dibandingkan dengan dirinya. Namun, Pak Kasan masih mampu bersedekah.

     Katanya, " Saya berasa malu dengan Pak Kasan. Selama ini, saya tidak pernah bertemu dengan orang yang luar biasa seperti Pak Kasan. Pak Kasan hidup sederhana, bahkan serba kekurangan, tetapi tidak pernah meninggalkan sedekah. Sedangkan saya hidup penuh dengan kemewahan, bahkan berlebih-lebihan, tetapi saya tidak pernah memberi sedekah. Maka dengan ini, izinkan saya mengajak Pak Kasan sekeluarga untuk menunaikan haji tahun ini dengan keluarga saya. "

Berinfaklah wahai anak Adam, nescaya Aku akan memberi infak kepadamu. (Hadis qudsi riwayat Bukhari)


* sumber : buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki


akhir kata, biarlah kita tak mampu nak bermewah-mewah, tapi masih mampu untuk bersedekah. sebab hakikat kekayaan bukan sekadar hanya pada harta. Kekayaan yang sebenar-benarnya bila kita dapat mensyukuri nikmat hidup dengan rezeki yang Allah beri. 

Kesihatan adalah rezeki. Keluarga bahagia adalah rezeki. Kawan-kawan yang baik adalah rezeki. Pendek kata segala nikmat yang kita ada sekarang adalah rezeki. berkongsilah sedikit rezeki yang kita ada bersama orang lain. InsyaAllah.. Allah akan luaskan lagi rezeki kita. 


peace no wars! @_@


terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...