22 May 2015

supplement tambahan @ makanan sunnah

assalamualaikum...

sekarang ni ada macam-macam sangat produk baru dekat pasaran. hat nak bagi cantik. hat nak bagi gebu gebas. hat nak bagi sihat. hat nak bagi kuat bertenaga. hat nak bagi cerdik.. amboiii... kemain banyak. malaih pulak aku nak taip. haha

dan kita pulak pakat berlumba-lumba la beli segala jenis produk sebab nak jadi serba sempurna gitu. ok.. tak kisahla kan. terpulang pada diri masing-masing. badan sendiri. of coz la kita nak yang terbaik untuk jaga apa yang Allah bagi supaya kekal sihat dan cantik. walaupon umur dah meningkat tapi kesihatan mahu ditahap tip top. raut wajah mesti berseri-seri mengalahkan Datuk Vida. heh heh

kalau korang tanya aku supplement apa yang patut kita ambik demi kesihatan tubuh badan, aku suggest makanan sunnah. memang banyak sebenarnya. tapi cubala try 3 nih. Habbatus Sauda, Minyak Zaitun dan Madu.

aku memang amalkan ketiga-tiga makanan nih setiap hari. bangun pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur. sebab selain sihat, pahala amalkan amalan sunnah pon insyaAllah kita dapat. ^_^

meh aku share sikit apa kebaikan daripada amalan pemakanan sunnah ni serta galakan yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.


Minyak Zaitun

terdapat beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang pohon zaitun yang penuh barakah dan tentu banyak keistimewaan dan kebaikan yang terdapat pada buah zaitun kepada kehidupan manusia.

" Demi (buah) tin dan (buah) zaitun dan Gunung Tursina " Surah At-Tin ayat 1
" Dan pohon kayu keluar daripada Tursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak... " Surah Al-Mukminun ayat 20
"... pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh... " Surah An-Nur ayat 35

Sabda Rasulullah saw mengenai buah ini :

" Gunakanlah sari zaitun sebagai lauk-pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal daripada pohon yang diberkati. "


Antara khasiat Minyak Zaitun :
  • mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • antioksidan dan antikanser
  • membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • membekal vitamin E yang tinggi
  • kecantikan (kulit dan rambut)
  • kestabilan asid lemak
  • membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • kegunaan massage therapy
  • berkesan untuk bisul, ruam lampin dan gatal-gatal

Habbatus Sauda'

Kekallah kamu dengan Habbatus Sauda' kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit, kecuali As-saam (mati). (Riwayat Bukhari)


Antara Khasiat Habbatus Sauda' :
  • meningkatkan sistem ketahanan badan
  • melancarkan pengeluaran angin
  • mengurangkan masalah jerawat dan penyakit kulit
  • mengurangkan pertumbuhan uban
  • menurunkan paras kolestrol
  • mengurangkan risiko sakit jantung
  • memusnahkan sel tumor dan menurunkan risiko pertumbuhan tumor
  • mencegah dan merawat kanser payu dara
  • merendahkan paras gula dalam darah
  • penawar bagi Rhematism dan anti radang
  • mengurangkan simptom penyakit asma
  • mengurangkan kemurungan
  • meningkatkan pertumbuhan sel darah merah
  • mengurangkan migrain
  • mengatasi sembelit
  • mengatasi keputihan
  • dan banyak lagi
* amalan berterusan boleh menjadi penawar bagi penyakit kronik. InsyaAllah..


Madu Lebah Asli

" kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkan. " Surah An- Nahl ayat 69


Antara Khasiat Madu :
  • menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar
  • membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas
  • menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda
  • menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan
  • memudahkan pergerakan usus semasa membuang air
  • mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan
  • menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma dan lelah
  • menguatkan badan wanita mengandung
  • sumber gula alternatif yang semulajadi kepada pesakit buah pinggang dan kencing manis
  • mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit birit yang berterusan
  • memudahkan serapan kalsium dalam badan

best kan?? banyak sangat khasiat daripada makanan sunnah nih.. insyaAllah kalau kita istiqamah, dapatlah rasa kebaikan dan kelebihannya. sebab sekarang ni kan, macam-macam penyakit dok ada. seriau rasa. kita ikhtiar la untuk mencegah. sebab mencegahkan lebih baik dari merawat. tak gitu?? ~_^



terima kasih buat yang sudi membaca <3



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...