26 June 2015

TOK

assalamualaikum...

semalam lepas berbuka dengan kurma dan air. terus aku solat Maghrib. usai solat Maghrib, sempat aku capai henset dan tengok mesej-mesej yang masuk. tetiba terbaca satu mesej dari Whatsapp yang buat aku berdebar. 

" Hangpa, doakan Tok. Tok dah tenat. " mesej dari Dak Amin.

aku scroll lagi ke bawah.

" Tok dah tak ada.. Innalilahiwainnalilahirajiun... "

Allah! 

aku bukak pulak group AnakCucuCicitManBelanda.. Masing-masing dah bercakap tentang kehilangan Tok. terus aku dail nombor telefon Mak. aku macam tak percaya..

" Assalamualaikum.. " aku mulakan perbualan.
" Waalaikumsalam.. " dengar suara mak dari sebelah sana.
" betul ka Tok dah takda? pukul berapa? " aku menahan sebak
" Hmm.. baru ja. beberapa minit sebelum berbuka " aku tarik nafas dalam. ya.. Tok betul-betul sudah tiada.
" Mak nak balik ka? Ayong.. " 
" Ayong tak payah balik la.. Mak nak berbuka kejap. Lepas ni kami terus nak gerak balik Kedah. Ayong baru ja balik hari tu kan? Ayong doa dari jauh ja.. " belum sempat aku habis cakap mak dah potong.
" Hmm.. yala. " lemah. tak mampu nak cakap apa lagi. Johor ke Kedah makan masa 12 jam mungkin. aku tengok jam dah pukul 7.30 malam. mana mampu aku balik waktu malam macam ni. huhu

Arwah Tok dah selamat dikebumikan pada pagi tadi. sedih sebenarnya tak dapat pergi tengok jenazah Tok. sejak malam tadi, aku terbayang-bayang wajah Tok ketika aku balik ke Kedah pada cuti sekolah bulan 5 hari tu.

waktu aku balik hari tu, Tok dah tak boleh cakap sebab diserang strok kecil. lidah bergulung. tangan kanan tergenggam. tapi Tok masih boleh buat semuanya sendiri. makan sendiri. berjalan sendiri. mandi sendiri. cuma ya.. bila dia berjalan, kita tolong papahkan jugak. sebab tak sampai hati tengok Tok berpaut pada dinding-dinding. 

 Tok dan anak-anak.. Mak Tam, Mak, Mak Teh dan Pakcik.


masa duduk-duduk temankan Tok, mak tanya dekat Tok.

" Mak, mak kenai tak sapa tu? " sambil tangan mak tunjuk ke arah aku. Tok geleng kepala.
" Mak tak kenai? " Tok geleng lagi... Tok tak kenal aku. lepas tu mak tanya lagi.
" Mak kenai ceq tak? " Tok angguk. " Ceq mak kenai? " lagi sekali Tok angguk. pastu mak tengok aku sambil senyum.. mesti hati mak berbunga sebab Tok ingat mak. 
" Tu anak ceq.. Kak Yong. " pastu Tok tengok aku. senyum.. aku balas senyuman Tok. 

Tok gosok-gosok kaki dia. mungkin lenguh. kami pon urut kaki Tok. sebelah kanan mak urut. sebelah kiri aku urut. Tok biarkan jer.. sambil-sambil tu mak tanya Tok. 

" Mak ingat lagi tak doa-doa yang mak hafal dulu? " Tok geleng.. lepas tu dia angkat tangan macam berdoa. sambil geleng-geleng lagi. 
" Mak dah tak ingat? " Tok geleng lagi. sambil tu aku nampak mata Tok berkaca. dia cuba nak cakap. tapi tak keluar. 
" Takpala mak.. mak sebut ja Allahhu Akbar Allahhu Akbar ya.. tak ingat doa takpa. ingat Allah ja. " pastu Tok masih lagi macam tadi. buat gaya berdoa sambil mata berkaca. tak tau apa yang dia nak bagitau..

Allah.. rindunya dengan Tok. aku mungkin tak rapat dengan Tok. mungkin jugak tak manja dengan Tok. tapi aku sayang Tok. masa sekolah tadika dulu aku duduk kat kampung dengan Tok. masa masuk sekolah asrama dulu pon hujung minggu balik rumah Mak Tam tido sebilik dengan Tok. 

aku kenal Tok sebagai seorang wanita yang gagah. yang kuat dan tabah. sehingga ke hujung hayat dia pon dia masih begitu. bila aku ingat balik padangan mata Tok pada kali terakhir aku jumpa dia, aku sedih sangat.. Tok susah nak menangis. tapi waktu balik hari tu aku nampak mata Tok berkaca. mesti Tok sakitkan? huhu

' Sesungguhnya. setiap yang hidup pasti akan merasai mati '

semoga Allah merahmatimu & menempatkanmu dikalangan orang-orang yang soleh..
Al - Fatihah..

Jumaat. 9 Ramadan 1436 Hijrah



terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...