30 August 2013

cerita bezday gurl!!

assalamualaikum...

hamboiii..tajuk nak suweet jew! gegurl lah sangatt. kalau korang rasa nak muntah hijau satu bakul sekarang nih, aku harap korang bertahanla..hari ni kan bezday aku. kasi lah chance eh? ( kelip kelip mata bajet chomel )

sebenarnya zaman yang paling best sekali sambut bezday of coz la zaman study kan..ingat lagi, dulu masa kat sekolah bajet tak berapa nak ada. so, kalau nak wish bezday dekat kawan-kawan, pakai kad jer. aku memang suka tau wish bezday nih. sebab aku harap nanti bila bezday aku orang akan ambik kisah. haha. nampak tak point kat situ? kadang-kadang kalau ada duit lebih sikit ataupun dengan bestfriend baru kasi hadiah. itu pon kasi hadiah yang beli kat kedai dua ringgit. heee..gila nak kasi beg BONIA dekat budak sekolah. aku sampai sekarang pakai handbag pasar malam ja..=P

bila dah masuk KUIN pon sama. still jugak ada semangat nak sambut bezday..bila ada bezday kengkawan ja, mula la aku sibuk nak pi outing Pekan Rabu. sibuk nak cari hadiah. masa ni dah ada ptptn..kemain aku berjoli pakai duit hutang. mihmihmih. dan bila bezday aku, of coz la manyakkk sangat hadiah.. bila bangun ja pagi 30hb, confirm boleh nampak hadiah disana sini. ada yang sumbat dalam locker, letak kat atas meja study..sweet betul kengkawan aku..^_^ dan part yang paling best ialah, bezday gurl haruslah belanja kengkawan suma. sebenarnya tak letak pon syarat gitu. tapi rumah kami dah tabiat pulak..mungkin sebab terharu dapat hadiah dari kengkawan.

seryes..aku rindu waktu dulu-dulu..-,-'

sekarang nih, dah meninggalkan zaman study. zaman remaja dahulu kala. yang ada cuma kerja. kerja. kerja.

aku dah terlupa pasal bezday ka menda..jangankan bezday kengkawan, bezday aku sendiri pon aku dah lupa. huhu. sumpah tak tipu. aku dah tak kisah dah dengan bezday sebab sekarang nih, ranking HARI yang PALING aku TUNGGU ialah....
  • hari cuti
  • hari gaji
hahahahaha..selain daripada hari tuh, aku biasa-biasa ja..

tapi, haruslah aku akui, hari bezday jugak ada istimewanya..sebab? ok. sebabnya....

pertama,

bonus daripada CELCOM..dapat col dan mesej percuma bersama 15 orang kesayangan. dapat jer mesej nih terus tersedar bahawa aku punya bezday dah nak dekat..hikhik

kedua,

ucapan-ucapan daripada rakan FB..memang sweet sangat korang korang nih. walaupun ada yang tak penah pon bertegur sapa, rajin benor korang wish kat aku kan..buat aku terharu jer. nangis kang! -,-'

ketiga,

 walaupun aku rasa zaman study dan hadiah bezday dah pupus, tapi masih jugak aku menerima sesuatu dari orang jauh..thanks bebanyak sebab sudi nak pos hadiah kat kiteww..

 ecececehh..bear pink tuh yang tak menahan..hihi. tapi seryes sangat sweet.

keempat,

aku bagitau tadi masa sekolah aku bagi kad jer kan sebab takde bajet? nih anak murid aku kasi..terharu sungguh sebab dia ingat bezday aku. padahal aku cuma bagitahu masa 1st day aku jejak kaki kat sekolah. hari pertamakan..mestila taaruf dulu.  

'bila bezday ustazah?' 'sehari sebelum merdeka..'

kuat betul ingatan dia..

btw, thanks buat semua yang memberi ucapan dan doa buat aku. memang terharu sangat. sampai tahap macam nak hentak kepala kat dinding..why uolls baik zangatttt!! haha. semoga ALLAH membalas doa kalian berkali ganda..


terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...