9 December 2023

Bangkok, Thailand Part 2

asslamualaikum...

apa kabar guyss?? pejam celik dah hujung tahun 2023 dah kita. cepat betul waktu berjalan.. huhu. Alhamdulillah hujung minggu ni tak berapa busy. dok rumah ja kita. minggu ni geng Selangor dapat cuti 3 hari sebab Isnin ni hari Sultan Selangor. tapi walaupon cuti 3 hari, kita stay rumah ja sebab husben kirija. esok dia cuti sehari. boleh la kita keluar sekejap shopping guna duit emadani. kikiki

pastu isnin sambung lepaks rumah semula. haha. minggu ni baru rasa lapang sikit ya setelah sekolah back to back programnya.. jadi memandangkan dah rasa lapang tu, mai la update blog. sambung cerita percutian Bangkok tahun lepas.. 

kalau nak baca semula part 1 klik link bawah ni :

Bangkok, Thailand 


Ladang Bunga Matahari, Lopburi


hari ketiga ni aku paling excited.. sebab aku memang aim betoi nak pegi ladang bunga macam ni. lama dah aku berangan nak feeling dok dalam ladang bunga macam Kajol berlari dekat Shah Rukh Khan dalam filem Dilwale Dulhania Lejayenge. haha. 

sebelum gerak, kita sarapan dulu.. semalam makan dekat bawah, hari ni dekat tingkat atas. sebab hari ni ramai betoi orang. tak cukup tempat dibuatnya. sebab semalam ada 1 bas 2 tingkat penuh daripada agent Bahtera Kembara check in. jadi pagi ni memang berebut la kitaorang. haha. depa pon nak gerak pegi ladang bunga jugak.

kami dok makan lagi. kat bawah tu ada yang dah tunggu dekat bas. haha. bukan salah kitaorang tau. staff yang lambat bukak bahagian atas ni. kita nak makan takda tempat masa tu..

menu aku pagi ni. nasi goreng dengan lauk-lauk & kopi o..

hari ni baba mai duduk sebelah mama. haha. 

perjalanan daripada Bangkok ke Lopburi lebih kurang 2/3 jam macam tu. aku dah lupa. tapi agak lama la atas bas. pastu ni bas stop dekat stesen minyak, kita pon turun pegi toilet & masuk 7e. wajibun eh beli air ni sebotol. sedap yakmat la susu ni..

kudap-kudap macam ni agent bagi sekali dengan air mineral sebotol. memang tiap hari dia bagi jadi jimat la kita takyah beli air mineral.

ok.. sampai dah dekat ladang bunga. sejuk kawasan ni.. sejuk sedap. memang segar sangat.. nak masuk 40 baht, tapi kami semua dah include dalam pakej. masuk ja.. cuma kami add on naik dia punya apatah tak ingat nama kenderaan tu. kena bayar berapa dah tak ingat. tapi kami bayar ja sebab nak dia bawak kita pusing sekeliling ladang ni. sebab ladang besar kan.. nak jalan kaki sendiri jenuh..

macam biasa, dah ladang bunga matahari, mesti la ada kuaci..

kuaci fresh fresh..


van kopi ka apa pon taktau. aku snap sebab nampak cantik. haha


masa dekat atas bas lagi, bila nampak ja ladang bunga yang terbentang luas ni kan, terus macam terdengar lagu hindustan. hahaha. tapi tula.. nak beriya nak feeling feeling pon segan walaupon hero nustan ada ja haa sebelah kita. tapi takpala.. control sikit naa. ingat Allah.. huhu

seri sungguh la mak kita. dah la putih lepak, pakai hitam merah, memang menyerlah la dia.. hehe

budak ni macam biasa la.. tak habis-habis suruh orang dukung.. huhu

sebenarnya kan, bunga matahari ni biasa ja.. mana-mana pon boleh jumpa. kat Malaysia pon ada. tapi aku nak view macam ni.. dia ladang.. luas seluas mata memandang. pastu dengan gunung-gunung kat belakang tu. tu yang mahal tu..



hangpa nampak ni.. kat Malaysia mana ada ladang gini. yang ada kebun bunga. bunganya setompok setompok. kat sini, hang tenggelam dalam bunga.. cantik wehhh..

hero kita.. tu depa tangan dah iras iras SRK dah kan?? hahaha. tujhe dekha to ye jana sanammmmm.. kahkah

minah ni feeling Korea.. bukan nustan.. nanti la ada duit kita pi Korea pulak. tunggu tabung penuh. huhu

subhanaAllah cantikkan?? 

syukur sangat-sangat impian jadi nyata.. nak tengok ladang bunga seluas mata memandang.. nak duduk dalam ladang sampai kita tenggelam.. 

tengok jala gambar kita feeling feeling ya.. tak larat nak pikiaq nak letak caption apa

masyeh mak banyak jaga naura.. ada rezeki nak bawak mak jenjalan lagi. tapi mak kita ni sebenarnya lagi ligat daripada kita. dia pon selalu berjalan tah kemana.. haha


bunganya kembang lagi besar dari muka kita..




alhamduliilah untuk rezeki ini.. <3

makan tengahhari kami dekat restoran ni.. makan dan terus solat jamak zohor asar dekat sini..

kali ni kami semeja dengan Kak Ita & Abg Mahmud.. orang Ipoh juga sama dengan baba Naura.. rancak la sembang..

menu tengahhari ni takda tomyam. dia tukar sup daging. ok ok jah.. hehe. janji terisi perut sudah..

air sedap wajib eh dekat Thai ni.. 

naura tukang perabis.. 


Pasak Chonlasit Dam (empangan)

lepas makan kitaorang dibawa ke empangan.. aku tak pasti apa yang istimewa sangat dengan empangan ni, tapi mungkin ini jala kot tempat pelancongan yang dia buat kat sini.. huhu

apadia tulis pon taktau.. tak faham langsung..

anak solehah mama.. <3

photographer ni kenan sungguh dekat naura. asyik ambik gambar naura. dia pulak memang suka posing..

naik train ni.. boleh layan ja suasana..


empangannya luas macam laut.. sedap cuaca sejuk. dengan angin lagi.. layann

muka naura layan ja.. haha


naura takleh bukak mata.. syahdu sangat angin. hehe

dekat atas ni ada gerai-gerai jualan. ada jugak patung besar tuhan depa kot. aku tak ambil gambar sebab takda kepentingan pon.


murah tau beg ni. 100baht 1. lebih kurang rm14 la 1. aku beli 3. bagi dekat MIL, pengasuh naura & diri sendiri.

pastu mak belanja aiskrim kelapa. yang naura tu dah ngepau seketoi lagi mainan

tapi kan mainan diaorang ni ada kualiti walaupon murah. bila try teropong, memang function. boleh nampak jarak dekat.


sebelum balik kami beli la sekeping gambar yang photographer tadi ambik. beli pon yang family punya sebab mahal sekeping pon. nak buat apa banyak-banyak. pastu photographer tu keluarkan semua gambar naura daripada frame, dia bagi free ja. dia kat dia suka budak. alhamdulillah rezeki naura.. hehe

selesai dekat empangan, terus balik Bangkok. perjalanan balik, sunyi bas. pakat layan mata. haha. naura syok la bulih terlentang sorang dia kat belakang.

sedar sedar dah masuk Bangkok balik..

dekat luar, matahari pon dah nak terbenam..

cantik subhanaAllah..

malam ni agent bawak kami makan malam dekat Hotel Almeroz. Hotel 5 bintang. hotel muslim. hotel ni kakak kepada Almaz..

mewah la.. 5bintang..

malam ni punya menu speacial.. ni antara menu yang paling sedap sepanjang kami kat sana..


naura makan nasi dengan telur ja.. hehe


selesai makan, mak dengan naura balik hotel dulu. aku dengan suami keluar pi 7e.. saja nak raso raso suasana malam last ni.

perut dah kenyang.. beli dessert ja..

cute kan? beli aiskrim dia masukkan dalm cooler bag ni.. kalau tempat kita plastik biasa ja dia bagi.

station bus..

suasano malam..


wayar berselirat dekat jejantas.. haha

sampai hotel baru makan aiskrim ni.. sedap yakmat! 


ok la.. settle untuk hari ketiga kami dekat Bangkok. ingatkan nak sekalikan ja hari ketiga dan keempat. tapi dah panjang sangat pulak.. takpa.. nanti aku sambung ya. tunggu k..



terima kasih buat yang sudi membaca <3



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...