16 December 2022

Wonderfood Museum Penang

 assalamualaikum...

haa.. untuk entry kali ni nak share pengalaman pegi Wonderfood Museum Penang.. ni cerita masa cuti sekolah bulan 9. sebenarnya kami pegi Penang 2 hari 1 malam. saja bawak Naura jalan-jalan. masa kat Penang, selain dari makan-makan, kami pegi jugak Bukit Bendera dan Padang Kota. tapi takmau cerita pasai tempat tu sebab aku rasa tak menarik sangat nak cerita. haha.

masa kat Bukit Bendera, selain menunggu berjam-jam nak naik, dekat atas sana kami detect owner homestay yang kami booking cuba nak scam kami. jadi, tak tunggu lama, kami terus buat report polis dekat balai. dah bersidai lama kat balai. macam tak berjalan sangat. rasa spoil sebab buang masa. pastu dah letih-letih, kena cari hotel baru nak check in. dah la cuti sekolah, banyak hotel dah penuh. mujur la ada jugak 1 kosong. Alhamdulillah la selesa dan berpatutan. jadi la untuk kami tidur semalam.

ikutkan ada beberapa list tempat yang kami nak pegi, tapi oleh kerana kejadian itu, masa jadi drag. tak sempat nak cover semua. takpala.. takda rezeki.. lain kali la pulak kalau ada rezeki nak ke Penang lagi. nasib Wonderfood Museum ni dapat pegi. sebab ni memang wishlist aku. haha

esoknya lepas check out hotel, kami pegi makan tengahhari siap-siap baru gerak pegi museum. perut kena kenyang kalau nak datang sini. kang meleleh tengok replika makanan.. =P

Wonderfood Museum ni 2 tingkat.. deret rumah kedai gitu. waze ja kalau nak pegi. insyaAllah senang ja. tapi parking pandai-pandai la. sebab memang takda sediakan. korang cari jela celah-celah situ. haha

harga masuk,

dewasa RM15, warga emas dan kanak-kanak 3tahun keatas RM10. Naura free sebab belum 3 tahun. tapi harga ni kena tunjuk IC. takda IC mahal lagi la sebab dia cas harga bukan warganegara.

masuk ja dalam ni kita akan nampak macam-macam jenis replika makanan. ada macam-macam size. memang menarik dan nampak real. kalau lapar, tolong jangan masuk sini. tak pasai hang kokak replika ni ha.. =P

tips nak masuk bergambar kat sini, sama macam masuk muzium 3D ataupon rumah terbalik. kena jadi gila-gila sikit. posing tu kena macam-macam. jangan dok tegak macam kayu. nanti gambar tak cantik. rugi duit tiket. kalau nak tegak baik pi ambik gambar passport ja. haha

ibu dengan ayah join sekali sebab kami balik Ipoh masa ni. jadi ajak la pegi Penang sekali baru la best ramai-ramai. meriah sikit. Ibu baru balik daripada umrah 2 3 hari masa ni. Alhamdulillah sihat-sihat ja. jadi boleh ajak pi berjalan ke Penang. hihi

ni replika dalam cermin. kecik ja sebenarnya. tapi nampak real kan? hebat seni depa ni..

menu chinese..


nasi berlauk.. lapaq tengok.. 

ada banyak bahagian.. pastikan memori phone tak penuh. baru seronok nak ambik gambar..

ni jadinya bila membazir makanan tak simpan elok. berkulat kotoq.. 

ni kalau betoi jangan harap aku nak letak tangan atas meja. haha. geli ngat. nak duduk gitu pon memang tidak.. jauh-jauh dah larikk..

nampak jadi dak gambaq ni? haha. tak retiiii... tapi meja, makanan tu semua memang dah terapung tau. kita tak gaduh pon angkat terbalikkan dia. 

haa.. area makanan besaq-besaq ni favorite spot aku.. sebab dok tengok orang yang mai sini selalu post gambar gini la.. dekat tepi dia ada sediakan prop jugak. jadi kita pilih ja bersesuaian dengan makanan yang kita nak bergambar. bukannya aku cedok udang daripada mangkuk tu ya.. tu memang dah keras takleh gerak dah.. haha

Naura pon teruja jugak... wahh.. esarnyaaa! ( wahh besarnyaa ) hehe

laksa size gergasi.. pekena seurat pon kenyang seminggu agaknya.. =P

kalau sate size ni wujud, aku rasa sebatang ni dia pakai 4 ekor ayam.. haa.. kenduri la makan sebatang sate pon.. 

nasi lemak..

mama, Naura nak aiskrim.. ha meh mama dukung! tengok jala.. benda tokleh makan. 

ais batu campur.. 

cendol..

naik tingkat atas pulak. ibu masakkan mee goreng terbang.. hihi

nak try jugak.. sebab biasa masak sendiri tak pernah terbang. risau terbang tak masuk kuali. haha

budak kecik ni nak jugak. tapi ketinggian tak mencukupi. dapur lagi tinggi daripada dia. dok tepi jala.. hehe

replika..

mari singgah kedai runcit adik manis.. 

roti canai cicah kari..

selamat datang ke dusun Kak Kiah.. pekena seulas, setahun kenyang! kita pakai baja baik punya..

santai santai dibawah pokok durian..



geng gegirl..

our small family..

Naura melalak sebab gayat dok atas kerusi tu. hahaha.

duta sos cili.. kihkih

yang.. nak tercekik makan mee takda air..

baik bang.. teh tarik syiappp! *acah padahal kat rumah 3in1 pon malas bancuh. lagikan nak tarik air gitu. podah! =P

dah tumpahkan makanan senyum senyum pulak ko yer.. 

sekarang tengah krisis telur. 

caption tiberrr. haha. dia macam, ko dapat soalan exam sila buat ayat berdasarkan gambar. hahaha

Naura teruja tengok lolipop besar-besar ni. tapi berat nak pegang. jadi opah tolong pegang. pastu muka dia pon cam biasa jala. tak teruja dah. haha

jadi, kesimpulannya best la jugak datang sini. aku suka sebab dapat banyak gambar cantik-cantik dan kreatif. rasa enjoy walaupon tempat tak besar mana, tapi dalam dia banyak jugak benda nak bergambar. bila keluar terus rasa dahaga dan lapar. 

ni pon kalau ikutkan banyak lagi port yang takda dalam gambar. kalau post semua mau aku menulis 2 hari 2 malam. haha. korang kalau jalan Penang, selit pi Wonderfood Museum ok. Bye! 



terima kasih buat yang sudi membaca <3 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...