22 January 2014

bukan aku taknak tolong...

assalamualaikum...

aku dapat beberapa emel daripada readers yang request ' panduan bercerita MTQ '..yer..aku tau post aku yang paling daebak dan paling banyak orang baca adalah pasal panduan bercerita MTQ..beribu-biru lemon view dekat post tu. tapi masalahnya sekarang, post tu adalah post tahun lepas. panduannya pon yang tahun lepas jugak. so, tak valid la kan??

tapi ada sorang hamba Allah nih mintak aku tuliskan cerita untuk MTQ.. dia dah ada semua tajuk untuk tahun ni punya. so, kalau nak tulis dia boleh bagi kat aku untuk aku tulis cerita tu suma.. onomnomnomnom!

aku serba salah dah ni..bukanlah aku nak menyombong ataupon belagak. tapi sejujurnya, aku takde bakat langsung bab karang cerita cenggitu. tahun lepas, aku dipaksa dan aku tepaksa buat.. aku sebenarnya tak niat langsung nak share apa-apa pasal panduan cerita tuh. memula aku cuma buat entry mengeluh sebab taktau camna nak stat. sekali ada yang komen mintak tolong. so, aku just share apa yang aku ada sahaja. 

tahun ni, aku tak kena latih budak bercerita dan aku tak harap pon aku kena latih lagi budak bercerita. tolong laa..bagi la aku bahagian hafazan ker, nasyid ker, tak yah buat papa pon aku ok. haha. janji bukan bercerita. aku dah nak terkehel buat teks cerita. sumpah tak reti!

nak nak tahun ni pulak kemain banyak aku pegang jawatan dekat sekolah.. dengan S/U Kurikulum, Pengerusi Bola Tampar, S/U Pengawas.. suma menda aku tak settle lagi. surat lantikan kurikulum, fail bola tampar, ada watikah perlantikan pengawas lagi.. dah la minggu depan aku nak kena observe dengan GPK. terbaek! tskk -,-'

so, maaf pada yang dok emel aku tapi aku tak balas dan aku tak dapat nak tolong. kalau buat teks bercerita tu senang macam makan kuaci sambil tengok tv, free free jer aku tolong. ini housemate aku yang kena buat teks cerita pon, aku tak tolong jugak.. sory sangat-sangat..

tapi aku harap korang yang kena buat teks tu bertabah. dan aku rasa korang mesti lagi terrer la. hope korang suma dipermudahkan urusan  yaa.. semoga berjaya!!

aku kena buat lencana sekolah untuk tempek dekat bendera.. cantik ke tidok??
dah! takyah nak buat muka terkejut sangat..aku tekap ker pon. bukan lukis sendiri. =P
* tetiba jer kan..macam takde kena mengena dengan entri pon. haha



terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...