6 February 2014

koleksi soalan special dari anak murid

assalamualaikum...

bila dah jadi cikgu, confirm kita akan disoal dengan macam-macam soalan yang tak masuk dalam silibus pelajaran. dan sebenarnya perkara ini adalah sangat menarik sebab sambil kita disoal, kita jugak dapat belajar daripada apa yang disoal. i means, benda tu aku tak penah fikir pon dan tak penah sangka anak murid akan fikir. budak sekolah rendah kan.. aku ingat tahu nak main jer. rupa-rupanya, sekali dia tanya..amboi sangat soalan. tsskk -,-'




S/ kenapa kalau kita kentut batal wuduk? padahal wuduk bukan basuh kat tempat kentut pon?

J/ pertama, tengok dulu anggota wuduk yang wajib. apakah? tangan, muka, kepala, kaki. selebihnya adalah sunnah. anggota wajib nih sumenye menjejak tanah. maksudnya ketika kita sujud dan duduk semua angota ni akan mencecah lantai. maka, sebab tu kita kena pastikan yang kesemua anggota ini bersih. 

persoalan kenapa kalau kentut wuduk batal? cuba bayangkan kalau kita kentut depan orang..tak kisahla sesape pon. nak nak orang tuh special. malukan?? gila tak malu. of coz malu.. haa..kalau kentut depan manusia pon kita rasa malu, dengan Allah apatah lagi. sebab tu kita kena ambik balik wuduk sebab kita dah tak suci. 

tapi kenapa tak basuh pon tempat yang kita keluar angin tuh? 

sabda Rasulullah : Barangsiapa yang sebelum bertaharah ( berwuduk / bertayamum ) menyebut nama Allah, bermaksud dia telah mensucikan seluruh badannya. ( hadis riwayat Duruqthni dan Al-Baihaqi )

hadis tu dah menunjukkan yang bila kita basuh anggota wajib wuduk dan niat kerana Allah, automatik seluruh badan kita suci. kecualilah kalau kita berak / kencing. kenala basuh kawasan kotor tuh. tapi kalau kentut, nak basuh kat mana? apa yang kita nak bersihkan? angin tuh dah selamat melepas.. ^_~

sumber rujukan : klik sini

S/ kalau jalan jem, kereta tak leh gerak. pastu waktu solat dah nak habis. nak buat camna?

( budak ni tolong tanya bagi pihak mak ayah dia ker hape? takleh brain betul dia tanye soklan cenggini. huhu ) * bebel dulu sebelum jawab. haha

J/ biasanya perkara ni jadi dekat warga kota la..balik keja pukul 5 lebih kan. jalan jem. tersekat kadang-kadang sampai terlepas waktu Maghrib. takkan tiap-tiap hari nak tinggal solat dengan alasan yang sama. untuk masalah nih, solat lah didalam kenderaan. 

macam mana nak solat? berniat & bertakbir seperti biasa tapi tak perlu angkat tangan dari stereng. kemudian lakukan rukun qauli ( bacaan ) seperti biasa dengan mata tetap menghadap jalan.

rukun-rukun fi'li ( perbuatan ) dilakukan dengan gerakan yang sedikit. ini untuk membezakan antara satu rukun dengan rukun yang lain. sebagai contoh : berdiri, gantikan dengan sandar pada kusyen. rukuk, gerakkan sikit badan ke hadapan, sujud, gerakkan lagi sikit badan ke depan. duduk, gerakkan badan sedikit ke belakang. dan semua pergerakan ni mestilah tidak menganggu pemanduan.

arah kiblat? sekiranya mampu, pada permulaan solat hendaklah menghadap kiblat.

' Rasulullah ketika bermusafir dan ingin bersolat diatas tunggangannya, dia menghadap kearah kiblat dan bertakbir untuk solat. kemudian dia melepaskan tali tunggangannya dan bersolat ke arah mana ia ( tunggangannya menghala ) ' ( hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud )

tapi kalau susah ataupun boleh mendatangkan bahaya, tak perlulah menghadap kiblat.

sekiranya ketika sampai rumah, waktu solat masih ada lagi, wajib solat semula seperti biasa. kalau dah habis waktu, qada solat tersebut kerana solat yang kita buat tadi adalah sebagai menghormati waktu solat.

* solat perlu ada wuduk. boleh ganti dengan tayamum ketika darurat.

sumber rujukan : klik sini


akhir kata, jom pi ngaji..tak ngaji ceroi! ^_^



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...