1 January 2015

lembaran 2015

assalamualaikum...

Alhamdulilah.. sudah memasuki tahun baru. syukur yang teramat-amat kerana masih diberi nikmat dan kesempatan untuk bernafas hari ni. Terima kasih ALLAH.. <3

tirai 2014 ditutup dengan pelbagai kisah sukaduka. kali ni taknak dah terobek terobek yer.. tiap tahun masuk jer tahun baru nak terobek bagai. taktik lama. lagipon sapa jugak nak baca benda yang sama. so, tak perlu. nak tau kisah lama, bukak jer entry entry sebelum nih. terobek sendiri. huhu

walau macammana pun, tak dinafikan yang sebenarnya 2014 adalah satu tahun yang mencabar. banyak sangat kisah-kisah duka yang berlaku. dengan kehilangan dua buah pesawat MAS, pastu banjir besar lagi. semua tu ujian buat kita. jangan ingat, kita tak terlibat dalam bencana tu suma, makna kata kita tak perlu ambik tahu. silap tu silap.. kita sekali kena muhasabah. sebab hidup kita ni bukan mudah-mudah jer. pi balik pi mai, tengok-tengok kena batang hidung sendiri. masa tu baru tau langit tinggi ke rendah yer..


azam 2015.. hmm, sebenarnya dah taktau nak letak azam apa dah. sebab ada azam 3 tahun lepas tak tertunai lagi. azam tahun lepas pon sama jugak. tak tertunai. maka, azam tahun ini adalah menunaikan azam tahun tahun yang lepas. boleh? haha. kalau aku letak lagi azam tahun ni, nanti akan jadi tunggakan yang melampau. 

tapi adalah penting sebenarnya, nak jadi lebih baik setiap hari. setiap hari ok. bukan setiap tahun. sebab kalau ikut tahun, panjang pulak tempohnya. mai hujung tahun dah lemau tak bermaya. mungkin perlu ubah jadual hidup. rutin harian perlu diperbaiki. banyak sangat perkara lagha yang diisi sehari-hari. kadang sebelum tidur terfikir, apa benda perkara baik yang aku buat hari ni? eh.. macam tak ada. dem! makin tua makin teruk ko ni Kiah. huhu

sebab tu perlu muhasabah diri.. hati tu kena cekal. nak berubah tu sebenarnya banyak sangat pengorbanan kena buat.bermula daripada perkara wajib sampai perkata sunat. semua kita kena check balik. solat yang wajib tu, kita buat cukup tak sehari 5 waktu. kalau dah cukup 5 waktu, kita check pulak solat tu diawal waktu atau diakhir waktu. usaha nak baiki solat. pastu tengok pulak perkara sunat yang kita boleh buat.. selalu tak kita bersedekah. sedikit daripada hasil pendapatan kita, ada tak kita salurkan kepada yang memerlukan? penting sangat sedekah ni.. jangan ingat zakat jer nak menyucikan harta. sedekah pon sama diknon.. 

banyak sebenarnya perkara-perkara yang kita perlu check balik. yang penting istiqamah. sebab apa-apa pon perkara kalau kita buat sekerat jalan, memang takkan menjadi. kadang nawaitu beriya-iya. tapi nak buatnya non ado. nak solat awal waktu. tapi sekali tengok drama Istikarah Cinta cam best. ada Zul Ariffin pulak. terus solat maghrib pukul 8. dem sekali lagi! haha. 

so, marilah bersama-sama cekalkan hati. berubah ke arah yang lebih baik. jadikan 2015 sebagai satu tahun yang dapat menjadikan kita sebagai manusia yang lebih cemerlang samada dari sudut lahiriah mahupun batiniah. maafkan salah silap aku yang selalu menulis macam bagus-bagus jer. huhu. hakikatnya aku memang seorang manusia yang lemah. setiap kali aku menulis, aku bukan nak bagitau korang semata. tapi lebih menjurus kepada diri sendiri. 

satu lagi.. besok Maulidul Rasul kan.. selawat banyak-banyak ok. bukan hari maulid jer. hari-hari pon kena selawat. jangan tunggu time jawab azan dengan tahiyat jer kita selawat. tiap masa pon boleh selawat. nak dapat syafaat Nabi kena rajin selawat. nanti Nabi tak kenal kita.. huhu. sedih jer.

ok la.. mesti menyampahkan kena baca bebelan panjang berjela gini. huhu. ambo undur diri dulu. tapi please janji, semua kena teruskan membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. dan satu lagi. please jangan la nak upload gambar makanan disaat-saat macam nih. tolongla sensitif sikit. mangsa banjir makan apa yang ada jer. kita plak ngada-ngada nak menayang buat kecur liur orang. takmau takmau. korang baik kan?? haha. k..bye!


terima kasih buat yang sudi membaca <3



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...