14 January 2015

pengalaman menyertai Skuad Banjir

assalamualaikum...

peluang dapat jadi sukarelawan dan tengok dengan mata kepala sendiri tempat-tempat yang dilanda banjir memang adalah satu peluang yang sangat-sangat berharga.

Al-kisahnya, beberapa hari sebelum masuk tahun baru, aku memang dah balik Johor sebab sekolah ada meeting awal tahun. sekali tengok-tengok TPM umum yang sekolah ditangguhkan seminggu sebab banjir besar yang melanda negara. meeting still on. cuma sekolah je tak start lagi. sebabkan seminggu tu lama sangat, kita cubala cari apa aktiviti yang kita boleh buat. pastu housemate aku tetiba bukak cerita nak jadi sukarelawan.

' kita dapat cuti pon sebab diaorang. takkanla kita nak duduk goyang kaki jer kat rumah taknak membantu. ' - housemate

jadi, kami cubala usya mana-mana saluran yang boleh kita enter untuk jadi sukarelawan. kebetulan pulak, ada sorang hamba Allah ni share link form untuk jadi sukarelawan. pastu pakat-pakat isi. beberapa hari lepas tu, keluar nama kami terpilih jadi sukarelawan. Alhamdulillah..

sebelum tu memang la dok harap dapat pegi ke Kelantan. sebab nak tengok keadaan kat sana. katanya lumpuh. besar hati kami kalau dapat membantu kat sana. tapi rupa-rupanya JPN bawak kita ke Jerantut, Pahang.. takpela.. nak bantu kena ikhlas. mana pon orang letak, kita kena redha. boleh pulak kau nak bantu orang main pilih-pilih. huhu. misi kami kat Pahang ialah membersihkan sekolah-sekolah yang terlibat dengan banjir.

5 orang wakil SKTM. kami bertolak hari Ahad pukul 10 malam dari JPN Johor. 

sampai kat SK Pulau Tawar dalam pukul 10 pagi. 12 jam perjalanan. dah macam ape lagi. lama gila. haha. sebab ramai kan. ada 2 buah bas. campur pulak beberapa buah van dan Hilux. jadi, bila dah ramai-ramai of coz makan masa. 

sampai-sampai jer, dia bagi taklimat pastu suh keluarkan barang-barang suma, tukar pakaian sesuai, terus gerak pegi sekolah untuk pembersihan.


keadaan dekat SK Perian. kami kena bersihkan kelas dan tandas.




air banjir agak deras. sampai hanyut kerusi meja dalam ladang kelapa sawit.




kerusi-kerusi ni masih elok lagi. keja kami la untuk sental dia kasi bersih.

puas jugak menyental dinding yang berselut.

kepenatan.. tapi puas!

hari kedua... dengan semangat berkobar-kobar nak meneruskan misi.


kali ni kami sambung keja pembersihan kat kawasan asrama lelaki SMA Pulau Tawar.


tilam-tilam ni berat ok. nak putus nyawa angkat. huhu. sebab tilam ni bukan jer basah, tapi berat dengan selut.


selesai angkat tilam, kita kena cuci katil dan almari. degil nor selut-selut nih. sental separuh nyawa pon tak hilang.



sebenarnya, diaorang dah ready dengan banjir. cuma tak sangka banjir akan teruk macam ni. tengok, diaorang dah ikat gas-gas tu suma. tapi habis terapung. cuak tengok. tapi macam menarik. jadi kita bergambar sekali la.. hehe


petangnya plak kami buat keja pembersihan dekat SMK Pulau Tawar. kat sini lagi dasyat..


air naik sampai tingkat dua. punyala tinggi.. 

aras banjir sebelum nih. berapa punya beza daaa.. huhu

nak tolak selut nih, bukan calang-calang. dah la water jet tak leh pakai sebab letrik takde..


selut punya tebal sampai takut nak jalan. takut jatuh.. huhu

tabik spring goyang-goyang dekat suma sebab bersungguh-sungguh membantu. walaupun kami tak sempat nak selesaikan suma, tapi kami dah cuba yang termampu kami untuk membantu.

lepas selesai dekat SMK Pulau Tawar, dalam perjalanan balik, sempat kami mintak pak cik van stop dekat Makam Mat Kilau.



sedekahkan doa buat Pahlawan Mat Kilau. peluang yang sangat berharga untuk kami. 


pastu pak cik van stop plak kat Sungai Pahang. dia tunjuk kesan daripada banjir yang berlaku, batas terhakis. jadi Sungai Pahang makin luas..

kesan coklat adalah aras air naik..

hari ketiga kami cuma bersihkan pusat pemindahan banjir iaitu di SK Pulau Tawar dan rumah tumpangan yang kami duduk di balai penghulu.

selesai kemas-kemas, kami pon ready untuk balik Johor.

suma peralatan pon dah ready untuk dibawa pulang.

kasut boot nih, kami sedekahkan dekat sekolah SMK Pulau Tawar. sebab sekolah tu masih belum selesai keja pembersihannya. mana tau ada anak-anak murid yang nak tolong, boleh diaorang pakai kasut nih..

kesimpulannya, aku dan kawan-kawan rasa seronok sangat. terima kasih pada team Skuad Banjir yang sangat best. rasa walaupun badan penat, tapi langsung tak sakit hati sebab dapat jumpa orang baik-baik kat sana, ringan tulang pulak tu. pastu paling best, team memasak, makcik-makcik kampung yang bersungguh-sungguh hidangkan kami makanan sedap tiap hari. aku ni yang tak berapa lalu makan ikan patin masak tempoyak pon dah boleh telan masa kat sana. maknanya apa tu? maknanya korang masak memang owsem. sedap sangattt. siap bagi bekal sambal hitam sorang satu tapawe lagi. bestnye la haiii..

walaupun apa yang kami buat tak seberapa, tapi harap sangat usaha kecil ini dapat mengurangkan bebanan pihak sekolah dan warga Jerantut Pahang. paling penting, masa kat sana aku dapat muhasabah diri. 

terasa bahawa diri kita sangat kecik dan lemah. Allah lah yang Maha Besar dan Maha Kuasa.

sesungguhnya dengan keadaan dan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada ( hakikat ) benda itu : " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. ( surah Yassin : 82 )


* ada gambar yang macam kabur-kabur. sory sebab aku main sedut suma dari phone. aku tak snap sangat gambar sebab malas. nanti tak buat keja. jadi, aku ambik jer gambar-gambar yang kawan-kawan share dari Whatsapp dan Telegram.


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...