19 December 2014

iklan menyampah & kawan berjimba

assalamualaikum...

nak mengumpat sikit boleh? heee.. penah tengok tak iklan Maxis yang dok tayang kat TV sekarang? yang dua orang budak laki dok jerit kat kipas. pastu sorang budak pakai baju kaler hijau jerit panjaaaaang sangatttt.. kengkonon power benor. pastu satu lagi iklan yang dua orang budak pompuan menyanyi lagu DO RE MI... yang baju kaler hijau sekali lagi menang sebab boleh nyanyi panjang-panjang. kaler hijau tu kengkonon MAXIS la kan..

sebenarnya kan.. aku seryes nyampah tengok iklan tu. hahaha. dah bertahun aku guna internet Maxis. takde la power mana. biasa-biasa jer. balik dok kat Sg. Buaya, lagi teruk. tenggelam timbul line dia. nak tengok video anak Tomok kat IG pon payah. =P

ni aku leh nak update blog sebab aku tumpang hotspot Celcom. cepat la sikit daripada Maxis. tunggu sikit hari lagi, hilang kesabaran aku, aku potong line Maxis. kau menjerit la dekat kipas tu seminggu pon. aku tak heran!

baik.. sekian sahaja kisah iklan yang paling aku menyampah. kita teruskan dengan kawan berjimba. hehe

 sebelum balik kampung itu hari, pegi berjimba dulu.. best sebab ramai geng bujang kat sekolah ni. aku dah lama tak rasa macam nih. macam balik ke zaman study. boleh outing sesama dengan gembira

 men boling tak terrer mana pon, tetap hepy sebab suma sporting..

 pastu malamnya pegi steamboat grill citarasa Korea kat Seoul Garden..

 meja ni sangat dasyat kuasa menyumbat makanan dalam perut. setiap kali pegi ambik makanan, mesti penuh pinggan. pastu tetiba dah habis. eh.. powernya!

 meja kami plak terkemut-kemut nak habiskan makanan.. 

 tapi kami slow & steady.. makan sikit-sikit sampai habis. kemain banyak pinggan atas meja. sikit la sangatttt.. * mata keatas.

 comel kan?? diaorang solo lagi.. PM aku kalau berminat. haha

depa ni pon solo gak... PM la. PM la. hahahaha.
sengal jer.. tumbuk belakang baru tau. =P




terima kasih buat yang sudi membaca <3



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...