Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

19 April 2019

ternak lemak di Terengganu

assalamualaikum...

Alhamdulillah.. bersiaran lagi kita. blog ni pon dah macam hidup segan mati tak mau.. haha. 3 bulan senyap sunyi.. busy sangat uolls. hujung minggu ja macam-macam program sekolah. dah la kita ni berulang alik jauh. dari Damansara ke Bukit Beruntung. so, letih sikit la kan.. 

kalau dapat cuti pon macam-macam keja nak buat kat rumah. ni pon aku menulis selepas kemas rumah. dah siap menyapu satu rumah, dah mop, pastu baju pon dah sidai. tapi tu tengah jalankan lagi mesin. kali kedua pulekkk.. kang settle update blog, kita masak pulak. laki kita keja hari ni. tengah hari satgi balik la untuk makan. 

amboiiii melaporkan.. biasalakan.. dah lama tak bebel kat blog, sekali dapat bebel eh benda tak penting pon ko cerita. macam la orang kesahhhhh.. =P

berbalik kepada tajuk utama kita, cuti bulan 3 ritu kami gi jalan ke Terengganu. lama dah aku teringin nak jalan kat sana. last dulu sampai Ganu masa tingkatan berapa tah. kecik lagi la. zaman sekolah. pastu daripada adik aku si Amin & Amir masuk study kat Unisza, aku dok kata nanti nak pi jalan sana. tapi sampai ke sudah tak sampai-sampai. Amir dah habis belajar dah. pastu tinggal Amin ja yang ada 1 sem lagi. tapi masa aku pi ni, Amin ada program dekat Kemboja. jadi, tak dapat jugak la nak mintak dia bawak kami jalan-jalan. sudahnya redah jala sendiri.. huhu

tapi walaupon Amin tak bawak kami jalan, dia la yang tolong arrange kan semua. penginapan dia carikan, pastu pakej ke Pulau Kapas pon dia jugak handle. pastu yang lain-lain kita google jala kan apa yang menarik..

kali ni kita sembang pasal makanan dekat Ganu jala dulu. nak sekalikan semua kang jadi berjela-jela. tapi ni mana yang sempat kami rasa la.. sebab pegi pon sekejap ja. 4 hari 3 malam. tak sempat nak merasa semua..


Pok Nong ICT

 ICT tu maksudnya Ikan Celup Tepung yaa.. bukan I-City lampu-lampu macam kat Shah Alam tuuu.. Warung Pok Nong ni ada beberapa cawangan. tapi kami pegi yang dekat dengan chalet kami. dekat Gong Badak.

beratur panjang.. biasala.. benda viral memang kena berebut.. huhu. tapi walaupon beratur panjang, aku rasa masih ok lagi sebab cepat jugak dia bergerak. rasanya dalam 30 minit macam tula kami dapat sampai depan kaunter. 

sampai ja depan kaunter, Ya Allah geramnya tengok segala makhluk celup tepung ni.. gebu dan mengiurkan. haha.

ni dia tangkapan kami.. 15 ekor udang, 4 ekor sotong, 4 ekor ikan. sotong tu kena ambik gunting. baru padu nak makan.. nasi mana nasi? haaa.. jangan tak tau, depa buat lauk ni suma macam cucur ja. ratah gitu sebagai minum petang. walaupon kedai bukak sampai malam. haha. kalau tak reti nak ratah gitu, tapau nasi siap-siap dari rumah.. 

harga? berbaloi.. suma yang kami ambik ni tak sampai 100 pon. murahhh.. 

makan berempat yaa.. bukan makan berdua. itu pon jenuh nak habiskan.. kekenyangan menyandorrr! haha


Nasi Dagang Atas Tol

pegi Ganu tak pekena nasi dagang memang rooogiiii.. pastu kalau nak rasa nasi dagang terbaik dari ladang, kena pegi kedai Nasi Dagang Atas Tol ni.. ada banyak cawangan. yang kami pegi ni dekat bawah jambatan hiliran area losong. ini memang kedai viral yang wajib korang try.

walaupon full house, tapi servis baikkk.. sebab ambik sendiri. so, cepat ja. takda nak kena tunggu lama. pastu nasi dia memang sedapppp sangat uihhhh! dengan gulai ikan tongkol yang pekat tuuu.. ya Allah.. dah la sedap. murah plak tu. 4hengget ja sepinggan.

order pulak air teh ombak rindu ni.. halamak haihhh.. terangkat!!!


Restoran Lempeng

Restoran Lempeng ni dekat area Marang. kalau jenjalan dekat Marang boleh la singgah. kami ni sebenarnya siang tu dah lalu dah masa pegi jeti nak ke Pulau Kapas. tapi tak singgah pon. pastu malam tu konon nak cari ketupat sotong, last-last google bagitau ada kat restoran ni. nak cuba nasib la kononnya.. dah la dari chalet kami nak ke Marang hampir sejam gak. tengok-tengok habisss.. adoiii.. kecewa!

pastu order lah lempeng. nama restoran pon lempengkan.. rasanya ini la yang speacial kat sini.. walaupon tak terfikirla nak makan lempeng masa travel. haha. tapi boleh bagi bintang la dekat lempeng dia. memang sedap. dia letak kelapa muda yang macam dihiris nipis. so, kita boleh rasa texture kelapa tu.. kuah kari dia pon sedap.. so, kalau datang area Marang try ok?

AZ Selera Timur

sebab tak puas hati, tak dapat lagi ketupat sotong. kita try lagi cari. pastu memang dok tanya dekat Kak Sha, mana nak cari ketupat sotong. Kak Sha pon suggest AZ Selera Timur. dia pon tak berapa tau sebab selalu buat sendiri ja. yala.. sebab aku dah rasa Kak Sha punya ketupat sotong la aku suka gila. pastu laki aku curious camna rasa ketupat sotong. so, dia nak rasa jugak. jadi kita ambik kesempatan la dah jalan kat Ganu ni untuk rasa.

malangnya, bila kita tanya dia kata dah habissss.. huhu.. sedihnya la.. pastu order jala apa yang ada. sini ada macam-macam menu.. memang meriah. ibu & ayah order laksam. laki aku order nasi dagang. aku pulak try mee barli.

mee barli ni rasa macam mee kuah.. tak tau kat mana rasa barlinya.. hehe. tapi ok la. boleh la makan..

Warung Kampung

sebelum check out, kami jalan-jalan dekat kawasan kampung nak cari sarapan. dah penat cari kedai viral, kita try warung dalam kampung jala. ingat nak makan nasi dagang lagi, tapi dah habis pulak. pastu yang ada nasi kuning. aku pon tanya la, 'mana nasi kuningnya?' pastu akak tu tunjuk pulut. dia kata 'sini kita panggil pulut kuning ni nasi kuning'.. oooo.. ok la.. try la nasi kuning tu. nasi kuning dengan gulai ikan tongkol. ayah makan dengan gulai ayam. ibu pulak makan bihun ja. kenyang terokss! pulut punya portion dia boh macam makan nasi. terbongkang! haha

kita try jugak cari kuih-kuih rare kat sini.. sepatutnya ada tempat lain yang best kalau nak cari kuih traditional Ganu. Kak Sha ada bagitau. tapi tak sempat la nak pi cari. jadual pack! so,kita rembat jala apa yang ada. ni pon tak tau apa nama setiap kuih tu. bagi aku yang sedap, yang bentuk bulat macam akok tu. rasa liat-liat macam kuih dangai Kedah. pastu apam yang ada kuah ikan tu pon sedap.

Ketupat Sotong

yeaaaa!! akhirnyaaaa! hahaha. masa ni sebenarnya kami nak pegi cari ketupat sotong dekat area belakang airport. kira last dah la ni.. kalau takda redo jala kan.. kita try buat sendiri jala. itu pon kalau rajin. haha. tengah dok kusyuk aku tengok waze, laki aku stop keta. rupa-rupanya kat tepi jalan ja dia jual ketupat sotong ni. beli 2 bekas. 1 bekas rm10.

mai berkelah dekat Masjid Unisza.. haha. kalau ada Mat Amin & Dak Amir boleh berkelah sekali.. =P

tadaaaa! ni la dia rupa ketupat sotong. beli 2 bekas ja sebab takut ibu ngan ayah tak lalu. tapi lepas ibu rasa, ibu kata sedap. hehe. ok la tuu.. lepas dah kempunan. ketupat sotong ni dalam dia sumbat pulut. pastu kuah dia ada rasa manis-manis dengan rasa halba. sedapppp. kena try ok!

pastu otw jalan nak naik ke highway, belambak-lambak gerai tepi jalan jual ketupat sotong ni. macam gerai goreng pisang. alahai.. kemahen susah-susah ja kami dok cari sebelum ni. huhu. so, kalau korang nanti jalan Ganu nak try ketupat sotong ni, try cari dekat area Unisza & area jalan nak ke highway. pastu mesti waktu tengah hari la. kalau petang habis dah la kot..

Warung Aziz Sata

Otw nak balik KL singgah Kemaman nak pekena sata dekat Warung Aziz Satar ni.. ni pon antara yang wajib yaa.. sebab sata dia memang sedappp. tapi aku suggestkan makan sata dan otak-otak ikan yang biasa ja.. yang jenis sotong, udang, kerang yang harga rm3 tu tak payah beli. tak sedap langsung! hanyir pulak tuu.. huhu

sebatang ada 10 biji. harga rm6.. ni memang sedap. pure rasa ikan. pastu yang paling best sebab ada cili kat tengah-tengah tu. bila tergigit perghh power!

order untuk makan.. pastu nanti kita tapau bawak balik sekali..

sata dengan otak-otak ikan ok.. tapi yang otak-otak lain tu memang kesilapan besar. sebab tak sedap langsung. dah la mahal pulak. isi dalam dia tak snap pulak sebab time makan belemuih. takleh nak pegang camera. otak-otak dia suma jenis sumbat binatang tu sebijik sebijik pastu dia letak sambal pastu bakar. contoh udang, dia letak udang 2 ekor dengan sambal pastu bakar. masalahnya udang tu tak masak.. huhu. mentahhh. ketam pon sama. dia letak sekor dalam tu dengan sambal. hanyirrrr.. memang potong sungguhhh!

warung ni besar.. ada jual macam-macam. keropok lekor ada, lauk pauk, kuih muih, makanan berkuah pon ada.. ni aku try ambik telur sotong celup tepung. boleh laa..

memandangkan masa kat KT hari tu tak singgah kedai keropok lekor, kami tapau ja keropok lekor dan popia sata dekat warung Aziz Satar ni. rugi jugak la sebenarnya.. tapi aku dah order kat Mat Amin keropok lekor sedap yang Kak Sha suggest kan ritu.. hehe. dari kedai BTB Seberang Takir. jadi la kan..

kedai keropok lekor tak sempat pegi tapi kedai ikan sempattt.. haha. masa cari sarapan sebelum balik tu, tengok-tengok jugak kalau ada hasil laut fresh yang boleh tapau bawak balik. kami memang dah standby bawak bekas ikan dah..

ibu pilih sotong dengan ikan.. 

sotong jarum.. geram tengok.. segar bugar.

balik rumah, ibu masakkan suma makhluk fresh dari Ganu ni.. sedap gilaaa.. ikan manis.. sotong lembut.. heaven!! balik dari Ganu naik 2kg. OMG! haha. macam tak biasa kan... =P


ok la.. sampai sini ja.. nanti ada masa kita sambung cerita lagi. babai!



terima kasih buat yang sudi membaca <3

31 August 2016

Bezday & Merdeka

assalamualaikum...

Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Alhamdulillah.. Malaysia kekal merdeka selama 59 tahun. mudah-mudahan Malaysia akan terus kekal merdeka, aman dan sejahtera selama-lamanya. Amin...

Alhamdulillah jugak Allah beri nikmat hidup selama 28 tahun. semalam sebenarnya bezday aku. sejenis yang tak sabar nak tengok dunia sampai taknak tunggu merdeka. hehe. gurau je. 

memandangkan hari ni cuti, kita pon keluar. plan asalnya Kak Wahid dengan Kak Sha la. diaorang punya bezday masa bulan 7 hari tu. dok kata nak payung nak payung. tapi sebab masing-masing sibuk, tak payung payung. tu yang hari ni nak qada' janji lama.

lepas bincang-bincang, nak pegi makan seafood dekat Senibong jer. pastu tetiba Kak Salmi datang dengan bawak kek pulak dah. eh? bebetul nak sambut bezday nih..

diaorang kata aku bezday girl sebab bezday aku yang paling dekat. tapi sebenarnya tak. ini bezday kita semua. lagi pon bezday kita 3 bulan berturut-turut. Kak Salmi bulan 6, Kak Wahid & Kak Sha bulan 7, aku bulan 8.

comel jer rasa boleh sambut bezday dengan kawan sama-sama. yeah! kita semua adalah bezday girl. muka tengah tahan silau tu. pedih gila. sampai berair mata. huhu

pastu Kak Salmi lah ambik alih pegang kamera. aku failed! haha

 gumbira jer muka memasing. hehe

main suap-suap pulak dia.. sweet ke tidok? haha

ni makanan yang Kak Sha dengan Kak Wahid belanja. punya la banyak lauk. sampai semput makan. haha. kenyang tak terkata.. 

habis makan kat Senibong, kitaorang pegi Aeon Permas. solat zohor pastu shopping-shopping menghabiskan duit gaji. haha

sebabkan diaorang suma dah belanja aku jer belum, jadi aku nak jugak belanja. memula nak pegi Baskin Robbin. yela. nak makan ringan jer sebab kenyang lagi. pastu tengok ramai sangat orang beratur, tak jadi la. so, kita pegi Pizza Hut.

makan ringan-ringan jer.. janji leh belanja. hehe. aiskrim dengan kentang dah nak habis dah. tunggu menu hat satu ni lama sangat.

bila kita ni jauh daripada keluarga, kawan-kawan la tempat kita nak kongsi suka duka sama-sama. dan aku share ni pon bukan apa, mana tau ini la kali pertama dan terakhir kita boleh sambut bezday sama-sama. hepy makan sampai nak pecah perut. hehe. jadi, biar aku tempek dalam blog siap-siap. sekurang-kurangnya aku dah save memori ni untuk kenangan di kemudian hari. huhu.


selamat hari lahir semua! mudah-mudahan diberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan dan sentiasa dipayungi rahmat Allah taala. sayang semua kerana Allah. 





terima kasih buat yang sudi membaca <3

1 April 2016

release tension di Enn Cat Cafe

assalamualaikum...

tajuk entry tu bukan untuk aku.. aku dengan kucing selamanya tak bisa bersatu. haha. ini suma plan housemate aku, Kak Sha. dia kata cuti ni, dia dengan Kak Salmi dah plan nak release tension dekat Cat Cafe. dengan cepat aku jawab, " saya taknak ikut. " kemudian.. Kak Sha kata, " eh, kucing dia tak kacau orangla.. kita yang akan pegi kacau dia. kucing mahal kot! " pastu, aku yang sungguh tulus-suci-murni-hati nih menerima jawapan tersebut tanpa was-was. makanya aku pon join diaorang sekali.

Enn Cat Cafe.. soryla. masa ambik nih matahari tegak atas kepala. aku main snap jer tak nampak apa dalam screen. so, nasib-nasib. hehe. kedainya tingkat 1. kena naik tangga.

suka sebab konsep hipster. masuk kedai takleh pakai kasut. pakai selipar yang diaorang sediakan.

sebelum masuk ruangan cafe, pakai hand sanitizer dulu. sambil-sambil tu baca peraturan.

 
nak makan boleh, taknak makan boleh. tapi kalau tak makan, tu harga yang perlu dibayar sekali masuk. tapi kalau makan minum, harga makanan seorang mesti lebih RM10 la kalau nak free per entry. gittu!

masa memula masuk, ada beberapa ekor kucing jer. pastu baik-baik belaka. aku pon cuba tenangkan diri walaupon sebenarnya tak berapa tenang. haha. aku berjalan sepantas kilat untuk duduk dimeja hujung, dengan harapan janganla ada yang datang kacau aku. =P


Kak Salmi dengan Kak Sha bukan main gembira lagi.. yela. diaorang pencinta kucingkan.

tak lama lepas tu, tuan kedai datang membawa satu sangkar kucing. penuh dengan kucing. diulangi penuh!! pastu dia lepaskan kucing-kucing tu suma. terus bercerau darah aku. dugaan apakah ini??

aku cuba bersabar dengan duduk dihujung penjuru kedai. lantak korang kat sana. nak main, mainla.. tapi jangan kacau aku. tapi, apa yang kau harapkan bila dah masuk sini. ini tempat dia.. mestila dia main bebas sebebasnya. 

tengah aku cuba bertenang, tetiba ada sekor kucing datang macam nak terkam. opocot mak kau!! haha. bermulala babak-babak emosi melampau macam dah kena rasuk. 

pastu badan aku dah start gigil.. macam nak nangis taktau punca. aku turut menyesali kehadiran aku disini. haha. mujur owner kedai tu simpati dengan aku. pastu dia ajak aku dok kat luar.

luar tu bukan luar kedai. luar cafe jer. dok bahagian dapur. tenang sikitla dok sini sebab kucing tak banyak macam kat dalam.

sambil tengok tv, sambil minum hazelnut whitecoffe iced. sedap oiii coffe dia. pastu tetiba ada sekor datang menjelma. " alamak! kak!! tolong!! " ko mampu jerit dekat orang tak kenal yang tengah sibuk dok masak dalam dapur semata-mata nak selamatkan diri dari kucing?? haha. kak tu pon terkocoh-kocoh keluar tengok apa jadi. adohaiii.. memang out betul sifat keayuan aku bila jumpa kucing.

mesti ada customer kat situ berbisik dalam hati. ' ko dah kenapa datang sini kalau takut kucing? ' mujur owner kedai tu husnuzon dengan aku.. " adik kena buli eh.. siann. " haha. takdela kena buli sangat sebenarnya.. sekurang-kurangnya diaorang tak ambik kesempatan kat aku. dulu masa sekolah, penah jer member aku baling kucing kat aku. punya histeria tak ingat dunia dah masa tu.  sampai macam nak putus sedara, putus kawan sumala. sakit hati punya pasal. haha. tapi tak la over sampai tahap tu. faham diaorang nak bergurau. tapi nasib la kau masa aku histeria tu. habis aku tarik rambut siap boh penumbuk dibadan. sapa suh kau naya aku. rasakan! haha

tak lama kemudian, Kak Salmi wassap aku suh masuk. dia kata dah jaga tempat kat tengah-tengah. aku masih tak percaya keadaan dah selamat. pastu Kak Salmi datang ambik aku kat dapur. so sweet. hehe. jadi untuk memberi rasa selamat, diaorang dah kepung meja kiri dan kanan. aku dok tengah-tengah sambil kaki bersila atas kerusi. fuhhh!

 makanan dan minuman kat cafe nih suma sedap-sedap.. 

kita cuba gak nak selfie dengan kucing walaupon sipi-sipi jer muka tuh. itu pon muka penuh ketakutan. apa barang? haha

kesimpulannya, buat pencinta kucing anda harus cuba datang ke sini. tapi buat penggeli macam aku, takyah la gatal-gatal nak datang. buat menyusah orang jer! haha. aku sendiri pon menyampah dengan diri sendiri yang dok meroyan tak tentu hala. tapi ini memang tindakan refleks yang tak dapat aku kawal. sory kawan-kawan takleh nak consider bab kucing. harap korang serik untuk bawak aku datang sini. hehe.

sesapa yang berminat nak pegi, boleh klik link FB Enn Cat Cafe. segala detail boleh baca kat situ k! aku tak minat kucing takpe.. janji kita tolong promote bisnes orang kita. ^_^




teima kasih buat yang sudi membaca <3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...