19 April 2019

ternak lemak di Terengganu

assalamualaikum...

Alhamdulillah.. bersiaran lagi kita. blog ni pon dah macam hidup segan mati tak mau.. haha. 3 bulan senyap sunyi.. busy sangat uolls. hujung minggu ja macam-macam program sekolah. dah la kita ni berulang alik jauh. dari Damansara ke Bukit Beruntung. so, letih sikit la kan.. 

kalau dapat cuti pon macam-macam keja nak buat kat rumah. ni pon aku menulis selepas kemas rumah. dah siap menyapu satu rumah, dah mop, pastu baju pon dah sidai. tapi tu tengah jalankan lagi mesin. kali kedua pulekkk.. kang settle update blog, kita masak pulak. laki kita keja hari ni. tengah hari satgi balik la untuk makan. 

amboiiii melaporkan.. biasalakan.. dah lama tak bebel kat blog, sekali dapat bebel eh benda tak penting pon ko cerita. macam la orang kesahhhhh.. =P

berbalik kepada tajuk utama kita, cuti bulan 3 ritu kami gi jalan ke Terengganu. lama dah aku teringin nak jalan kat sana. last dulu sampai Ganu masa tingkatan berapa tah. kecik lagi la. zaman sekolah. pastu daripada adik aku si Amin & Amir masuk study kat Unisza, aku dok kata nanti nak pi jalan sana. tapi sampai ke sudah tak sampai-sampai. Amir dah habis belajar dah. pastu tinggal Amin ja yang ada 1 sem lagi. tapi masa aku pi ni, Amin ada program dekat Kemboja. jadi, tak dapat jugak la nak mintak dia bawak kami jalan-jalan. sudahnya redah jala sendiri.. huhu

tapi walaupon Amin tak bawak kami jalan, dia la yang tolong arrange kan semua. penginapan dia carikan, pastu pakej ke Pulau Kapas pon dia jugak handle. pastu yang lain-lain kita google jala kan apa yang menarik..

kali ni kita sembang pasal makanan dekat Ganu jala dulu. nak sekalikan semua kang jadi berjela-jela. tapi ni mana yang sempat kami rasa la.. sebab pegi pon sekejap ja. 4 hari 3 malam. tak sempat nak merasa semua..


Pok Nong ICT

 ICT tu maksudnya Ikan Celup Tepung yaa.. bukan I-City lampu-lampu macam kat Shah Alam tuuu.. Warung Pok Nong ni ada beberapa cawangan. tapi kami pegi yang dekat dengan chalet kami. dekat Gong Badak.

beratur panjang.. biasala.. benda viral memang kena berebut.. huhu. tapi walaupon beratur panjang, aku rasa masih ok lagi sebab cepat jugak dia bergerak. rasanya dalam 30 minit macam tula kami dapat sampai depan kaunter. 

sampai ja depan kaunter, Ya Allah geramnya tengok segala makhluk celup tepung ni.. gebu dan mengiurkan. haha.

ni dia tangkapan kami.. 15 ekor udang, 4 ekor sotong, 4 ekor ikan. sotong tu kena ambik gunting. baru padu nak makan.. nasi mana nasi? haaa.. jangan tak tau, depa buat lauk ni suma macam cucur ja. ratah gitu sebagai minum petang. walaupon kedai bukak sampai malam. haha. kalau tak reti nak ratah gitu, tapau nasi siap-siap dari rumah.. 

harga? berbaloi.. suma yang kami ambik ni tak sampai 100 pon. murahhh.. 

makan berempat yaa.. bukan makan berdua. itu pon jenuh nak habiskan.. kekenyangan menyandorrr! haha


Nasi Dagang Atas Tol

pegi Ganu tak pekena nasi dagang memang rooogiiii.. pastu kalau nak rasa nasi dagang terbaik dari ladang, kena pegi kedai Nasi Dagang Atas Tol ni.. ada banyak cawangan. yang kami pegi ni dekat bawah jambatan hiliran area losong. ini memang kedai viral yang wajib korang try.

walaupon full house, tapi servis baikkk.. sebab ambik sendiri. so, cepat ja. takda nak kena tunggu lama. pastu nasi dia memang sedapppp sangat uihhhh! dengan gulai ikan tongkol yang pekat tuuu.. ya Allah.. dah la sedap. murah plak tu. 4hengget ja sepinggan.

order pulak air teh ombak rindu ni.. halamak haihhh.. terangkat!!!


Restoran Lempeng

Restoran Lempeng ni dekat area Marang. kalau jenjalan dekat Marang boleh la singgah. kami ni sebenarnya siang tu dah lalu dah masa pegi jeti nak ke Pulau Kapas. tapi tak singgah pon. pastu malam tu konon nak cari ketupat sotong, last-last google bagitau ada kat restoran ni. nak cuba nasib la kononnya.. dah la dari chalet kami nak ke Marang hampir sejam gak. tengok-tengok habisss.. adoiii.. kecewa!

pastu order lah lempeng. nama restoran pon lempengkan.. rasanya ini la yang speacial kat sini.. walaupon tak terfikirla nak makan lempeng masa travel. haha. tapi boleh bagi bintang la dekat lempeng dia. memang sedap. dia letak kelapa muda yang macam dihiris nipis. so, kita boleh rasa texture kelapa tu.. kuah kari dia pon sedap.. so, kalau datang area Marang try ok?

AZ Selera Timur

sebab tak puas hati, tak dapat lagi ketupat sotong. kita try lagi cari. pastu memang dok tanya dekat Kak Sha, mana nak cari ketupat sotong. Kak Sha pon suggest AZ Selera Timur. dia pon tak berapa tau sebab selalu buat sendiri ja. yala.. sebab aku dah rasa Kak Sha punya ketupat sotong la aku suka gila. pastu laki aku curious camna rasa ketupat sotong. so, dia nak rasa jugak. jadi kita ambik kesempatan la dah jalan kat Ganu ni untuk rasa.

malangnya, bila kita tanya dia kata dah habissss.. huhu.. sedihnya la.. pastu order jala apa yang ada. sini ada macam-macam menu.. memang meriah. ibu & ayah order laksam. laki aku order nasi dagang. aku pulak try mee barli.

mee barli ni rasa macam mee kuah.. tak tau kat mana rasa barlinya.. hehe. tapi ok la. boleh la makan..

Warung Kampung

sebelum check out, kami jalan-jalan dekat kawasan kampung nak cari sarapan. dah penat cari kedai viral, kita try warung dalam kampung jala. ingat nak makan nasi dagang lagi, tapi dah habis pulak. pastu yang ada nasi kuning. aku pon tanya la, 'mana nasi kuningnya?' pastu akak tu tunjuk pulut. dia kata 'sini kita panggil pulut kuning ni nasi kuning'.. oooo.. ok la.. try la nasi kuning tu. nasi kuning dengan gulai ikan tongkol. ayah makan dengan gulai ayam. ibu pulak makan bihun ja. kenyang terokss! pulut punya portion dia boh macam makan nasi. terbongkang! haha

kita try jugak cari kuih-kuih rare kat sini.. sepatutnya ada tempat lain yang best kalau nak cari kuih traditional Ganu. Kak Sha ada bagitau. tapi tak sempat la nak pi cari. jadual pack! so,kita rembat jala apa yang ada. ni pon tak tau apa nama setiap kuih tu. bagi aku yang sedap, yang bentuk bulat macam akok tu. rasa liat-liat macam kuih dangai Kedah. pastu apam yang ada kuah ikan tu pon sedap.

Ketupat Sotong

yeaaaa!! akhirnyaaaa! hahaha. masa ni sebenarnya kami nak pegi cari ketupat sotong dekat area belakang airport. kira last dah la ni.. kalau takda redo jala kan.. kita try buat sendiri jala. itu pon kalau rajin. haha. tengah dok kusyuk aku tengok waze, laki aku stop keta. rupa-rupanya kat tepi jalan ja dia jual ketupat sotong ni. beli 2 bekas. 1 bekas rm10.

mai berkelah dekat Masjid Unisza.. haha. kalau ada Mat Amin & Dak Amir boleh berkelah sekali.. =P

tadaaaa! ni la dia rupa ketupat sotong. beli 2 bekas ja sebab takut ibu ngan ayah tak lalu. tapi lepas ibu rasa, ibu kata sedap. hehe. ok la tuu.. lepas dah kempunan. ketupat sotong ni dalam dia sumbat pulut. pastu kuah dia ada rasa manis-manis dengan rasa halba. sedapppp. kena try ok!

pastu otw jalan nak naik ke highway, belambak-lambak gerai tepi jalan jual ketupat sotong ni. macam gerai goreng pisang. alahai.. kemahen susah-susah ja kami dok cari sebelum ni. huhu. so, kalau korang nanti jalan Ganu nak try ketupat sotong ni, try cari dekat area Unisza & area jalan nak ke highway. pastu mesti waktu tengah hari la. kalau petang habis dah la kot..

Warung Aziz Sata

Otw nak balik KL singgah Kemaman nak pekena sata dekat Warung Aziz Satar ni.. ni pon antara yang wajib yaa.. sebab sata dia memang sedappp. tapi aku suggestkan makan sata dan otak-otak ikan yang biasa ja.. yang jenis sotong, udang, kerang yang harga rm3 tu tak payah beli. tak sedap langsung! hanyir pulak tuu.. huhu

sebatang ada 10 biji. harga rm6.. ni memang sedap. pure rasa ikan. pastu yang paling best sebab ada cili kat tengah-tengah tu. bila tergigit perghh power!

order untuk makan.. pastu nanti kita tapau bawak balik sekali..

sata dengan otak-otak ikan ok.. tapi yang otak-otak lain tu memang kesilapan besar. sebab tak sedap langsung. dah la mahal pulak. isi dalam dia tak snap pulak sebab time makan belemuih. takleh nak pegang camera. otak-otak dia suma jenis sumbat binatang tu sebijik sebijik pastu dia letak sambal pastu bakar. contoh udang, dia letak udang 2 ekor dengan sambal pastu bakar. masalahnya udang tu tak masak.. huhu. mentahhh. ketam pon sama. dia letak sekor dalam tu dengan sambal. hanyirrrr.. memang potong sungguhhh!

warung ni besar.. ada jual macam-macam. keropok lekor ada, lauk pauk, kuih muih, makanan berkuah pon ada.. ni aku try ambik telur sotong celup tepung. boleh laa..

memandangkan masa kat KT hari tu tak singgah kedai keropok lekor, kami tapau ja keropok lekor dan popia sata dekat warung Aziz Satar ni. rugi jugak la sebenarnya.. tapi aku dah order kat Mat Amin keropok lekor sedap yang Kak Sha suggest kan ritu.. hehe. dari kedai BTB Seberang Takir. jadi la kan..

kedai keropok lekor tak sempat pegi tapi kedai ikan sempattt.. haha. masa cari sarapan sebelum balik tu, tengok-tengok jugak kalau ada hasil laut fresh yang boleh tapau bawak balik. kami memang dah standby bawak bekas ikan dah..

ibu pilih sotong dengan ikan.. 

sotong jarum.. geram tengok.. segar bugar.

balik rumah, ibu masakkan suma makhluk fresh dari Ganu ni.. sedap gilaaa.. ikan manis.. sotong lembut.. heaven!! balik dari Ganu naik 2kg. OMG! haha. macam tak biasa kan... =P


ok la.. sampai sini ja.. nanti ada masa kita sambung cerita lagi. babai!



terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...