23 November 2014

mini KUSO trick art

assalamualaikum...

sekolah dah cuti. tapi kami cikgu-cikgu ni belum cuti lagi. kena stay seminggu dekat sekolah untuk meeting dan LDP. pastu semalam, housemate aku ajak pegi jenjalan dekat muzium 3D di Taman Mount Austin. aku on jer sebab memang tak pernah pegi pon. dalam kepala memang membayangkan besar la tempatnya. dah kata muzium. tapi rupanya tak.. kecik jer. sebab dia dalam kedai. cuma kedainya ada 3 tingkat. tingkat 1 dan tingkat 2, dia jual barang perkakas rumah dan ada jugak jual lukisan. tingkat 3 baru trick art..

banner depan kedai... memula freeze kejap tengok harga. mahai kott.. paling-paling tempat gini, lima-hengget sudahlaa.. huhu. tapi sebab dah datang, masuk la jugak.

sebelum kami teroka tempat ni, dia buat penerangan dulu. macammana nak ambik gambar dengan betul dan kasi nampak real.. 

yeah! kami berempat..

 sangat happening.. housemate aku yang pakai baju kuning.

tetiba nak fefeeling cantik dok dalam frame sorang-sorang.

tapi memang bebetul cantik la kot.. diaorang nih beriya snap gambo haku. hoho

memang tak dapat dinafikan lagi tahap kecantikan daku...

" berani ko curi ikan aku?? "

tetiba aku pulak kena tangkap..

 eh? alamak! TOLONG!!

sudah tidak dapat diselamatkan lagi... T__T

 kejamnya Kak Salmi.. dah la kerat badan aku. nak makan pulak.. keturunan Mona Fendi ke hape.. huhu

 ok.. hidup balik.
" apa? ko kata aku tak cantik? aku sumpah ko duduk dalam frame selama-lamanya! " 

Kak Wahida terjatuh dari gunung penuh dengan gaya comel. apakah??

why so serious?? 

punya sayap sepasang.. tapi mahu terbang beramai-ramai. seronok bukan??

ayokk! kuatnya Kak Salmi..

konsepnya, takkan terpisah langit dan bumi... kihkih

 pasai pa plak depa nih nyorok belakang pintu?

 kuasa Lifebuoy!

aloooo.. sebijik ja pon.. dekut la. itu pon nak marah. 

arghh! pengotoqnya! aiq liuqqqq...

 fall in love with me? 
werghkkk!! muntoh hijo!


ok la.. keseluruhannya best la jugak. bila kita main dengan lukisan 3D ni, memang memaksa kita untuk jadi se'kreatif' mungkin. sebab kalau ikutkan diri aku yang sebenar, aku memang kayu sikit part-part nak tangkap gambar nih. tapi bila masuk jer tempat nih, cubala segedik mungkin untuk dapatkan gambar yang terbaik. kena enjoy jer. tak payah nak malu-malu sebab suma orang dalam nih pon buat macam-macam aksi jugak untuk dapatkan pose yang paling best.

hingga berjumpa lagi di lain entry. Daaa!



terima kasih buat yang sudi membaca <3








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...