Showing posts with label tahun baru. Show all posts
Showing posts with label tahun baru. Show all posts

14 January 2021

ada apa dengan 2020?

assalamualaikum...

setelah 1 tahun bercuti daripada menulis, akhirnya i'm back. =P

ni pon puas ya sebab si kecik bising-bising mintak dukung. kalau ikutkan rimass. sebab aku suka menulis dalam keadaan tenang. tak suka kena kacau. tula punca kenapa sampai setahun tak update blog. tapi sebab semangat tengah datang, jadi kita teruskan walaupon diganggu gugat. haha. 

alhamdulillah kita dah masuk tahun baru 2021. dulu-dulu dok bayang apa la rupanya tahun 2020. canggih sangat ka.. rupanya kena kurung kat rumah ja sebab covid19.. hmm.. walaupon 2020 rasa berlalu macam tu ja dengan dok kat rumah, tapi ada beberapa perkara besar yang jadi pada aku untuk dikenang.


ADA APA DENGAN 2020?

 anak pertama kami Naura Irdina lahir 3/1/2020. sekarang Naura dah setahun 12 hari dah.. ^_^

pindah masuk rumah yang kami beli di Bukit Beruntung pada bulan 3. ngam ngam pindah 4 hari sebelum PKP 1.0. nasib sempat..

baba kena buang kerja daripada Media Prima pada bulan 7. sedih gila masa tu. semua sebab ekonomi. covid19 bagi effect yang sangat besar pada ekonomi. tapi Alhamdulillah, Allah maha penyayang. Baba dapat keja beberapa hari sebelum habis tempoh dekat TV3. jadi takdala baba sempat menganggur.

Alhamdulillah Naura sempat la ambik gambar kenangan dekat sini. masa hari last baba ambik barang kat ofis, Naura merasa gak masuk dalam ofis sebab di pi berak pulak. dah kena tumpang toilet untuk basuh berak dia. haha. padahal masa tu ingat nak dok dalam kereta ja. pandai dia buat akai nak masuk ofis.. >_<


18/10/20 opah kembali ke rahmatullah.. Alfatihah untuk opah. lama opah sakit. semoga arwah opah ditempatkan dikalangan orang beriman.. aminn..


2 ketul adik lelaki aku selamat menamatkan zaman bujang. Amin 11/12/20. si Amir pulak 15/12/20. lepas jugak depa ni kawin time covid. Alhamdulillah semuanya smooth ja ikut plan. kenduri belah kami pon berjaya jugak buat pada 2/1/21.. ngam la sebelum kerajaan umum kena PKP balik.. 

nanti kalau aku rajin, aku akan taip balik cerita throwback ni dengan lebih details. mudah-mudahan rajin la.. bukan boleh harap sangat aku ni.. haha

ok la. sampai sini dulu. bye2. 


terima kasih buat semua yang sudi membaca <3


31 December 2015

Azam tahun baru 2016

assalamualaikum...

hepy new year sumaaaa!! ( dengan nada gembira ) gembira sangat lah kononnya, padahal biasa-biasa jer.. tak rasa cam masuk tahun baru pon. malam tadi siap tidoq awai kemainnn.. pukul 10.30 dah terbongkang. terus tak sedaq apa. tah ada tak orang letupkan mercun ka, meriam ka, aku cenggitu ja membuta. haha

tapi tadi dapat wassap dari Dak Amir. terus rasa nak share kat sini.

dapat ja wishlist nih terus aku tergelak besaqq..haha. biadap sungguh budak nih. mana dia rembat tah. yang pasti memang saja nak kenakan aku. 

patutnya banyak lagi kena masukkan dalam wishlist 2016 tuh. terutama sekali kawin. haha. aku belum kawin lagi kottt.. awat dah potong siap-siap dah?? =P

ok la ok la.. terima kasih Dak Amir atas wishlist yang hang buat nih. nanti ayong kuruskan badan eh. (sambil makan potato chips sebalang)




terima kasih buat yang sudi membaca <3


1 January 2015

lembaran 2015

assalamualaikum...

Alhamdulilah.. sudah memasuki tahun baru. syukur yang teramat-amat kerana masih diberi nikmat dan kesempatan untuk bernafas hari ni. Terima kasih ALLAH.. <3

tirai 2014 ditutup dengan pelbagai kisah sukaduka. kali ni taknak dah terobek terobek yer.. tiap tahun masuk jer tahun baru nak terobek bagai. taktik lama. lagipon sapa jugak nak baca benda yang sama. so, tak perlu. nak tau kisah lama, bukak jer entry entry sebelum nih. terobek sendiri. huhu

walau macammana pun, tak dinafikan yang sebenarnya 2014 adalah satu tahun yang mencabar. banyak sangat kisah-kisah duka yang berlaku. dengan kehilangan dua buah pesawat MAS, pastu banjir besar lagi. semua tu ujian buat kita. jangan ingat, kita tak terlibat dalam bencana tu suma, makna kata kita tak perlu ambik tahu. silap tu silap.. kita sekali kena muhasabah. sebab hidup kita ni bukan mudah-mudah jer. pi balik pi mai, tengok-tengok kena batang hidung sendiri. masa tu baru tau langit tinggi ke rendah yer..


azam 2015.. hmm, sebenarnya dah taktau nak letak azam apa dah. sebab ada azam 3 tahun lepas tak tertunai lagi. azam tahun lepas pon sama jugak. tak tertunai. maka, azam tahun ini adalah menunaikan azam tahun tahun yang lepas. boleh? haha. kalau aku letak lagi azam tahun ni, nanti akan jadi tunggakan yang melampau. 

tapi adalah penting sebenarnya, nak jadi lebih baik setiap hari. setiap hari ok. bukan setiap tahun. sebab kalau ikut tahun, panjang pulak tempohnya. mai hujung tahun dah lemau tak bermaya. mungkin perlu ubah jadual hidup. rutin harian perlu diperbaiki. banyak sangat perkara lagha yang diisi sehari-hari. kadang sebelum tidur terfikir, apa benda perkara baik yang aku buat hari ni? eh.. macam tak ada. dem! makin tua makin teruk ko ni Kiah. huhu

sebab tu perlu muhasabah diri.. hati tu kena cekal. nak berubah tu sebenarnya banyak sangat pengorbanan kena buat.bermula daripada perkara wajib sampai perkata sunat. semua kita kena check balik. solat yang wajib tu, kita buat cukup tak sehari 5 waktu. kalau dah cukup 5 waktu, kita check pulak solat tu diawal waktu atau diakhir waktu. usaha nak baiki solat. pastu tengok pulak perkara sunat yang kita boleh buat.. selalu tak kita bersedekah. sedikit daripada hasil pendapatan kita, ada tak kita salurkan kepada yang memerlukan? penting sangat sedekah ni.. jangan ingat zakat jer nak menyucikan harta. sedekah pon sama diknon.. 

banyak sebenarnya perkara-perkara yang kita perlu check balik. yang penting istiqamah. sebab apa-apa pon perkara kalau kita buat sekerat jalan, memang takkan menjadi. kadang nawaitu beriya-iya. tapi nak buatnya non ado. nak solat awal waktu. tapi sekali tengok drama Istikarah Cinta cam best. ada Zul Ariffin pulak. terus solat maghrib pukul 8. dem sekali lagi! haha. 

so, marilah bersama-sama cekalkan hati. berubah ke arah yang lebih baik. jadikan 2015 sebagai satu tahun yang dapat menjadikan kita sebagai manusia yang lebih cemerlang samada dari sudut lahiriah mahupun batiniah. maafkan salah silap aku yang selalu menulis macam bagus-bagus jer. huhu. hakikatnya aku memang seorang manusia yang lemah. setiap kali aku menulis, aku bukan nak bagitau korang semata. tapi lebih menjurus kepada diri sendiri. 

satu lagi.. besok Maulidul Rasul kan.. selawat banyak-banyak ok. bukan hari maulid jer. hari-hari pon kena selawat. jangan tunggu time jawab azan dengan tahiyat jer kita selawat. tiap masa pon boleh selawat. nak dapat syafaat Nabi kena rajin selawat. nanti Nabi tak kenal kita.. huhu. sedih jer.

ok la.. mesti menyampahkan kena baca bebelan panjang berjela gini. huhu. ambo undur diri dulu. tapi please janji, semua kena teruskan membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. dan satu lagi. please jangan la nak upload gambar makanan disaat-saat macam nih. tolongla sensitif sikit. mangsa banjir makan apa yang ada jer. kita plak ngada-ngada nak menayang buat kecur liur orang. takmau takmau. korang baik kan?? haha. k..bye!


terima kasih buat yang sudi membaca <3



3 January 2014

selamat tahun baru : 2014!

assalamualaikum...


fuh! fuh! tiup habuk.. =P


dah 4 hari masuk tahun 2014, baru la ko timbul kan..hikhik. sajee.. update hari ni pon ok ape. tarikh cantik jugak. 4/1/14.. haa..kan? kan? ade ker yang kawin hari nih?? haha. tarikh cantik jer kawin. kawin jer tarikh cantik. sinonim sangatttt..

ok la..aku sebenarnya tak niat nak taip panjang-panjang. sebab aku banyak keja nak kena buat. al-maklum la..sekolah baru mula. keja dok beratuq elok jaa.. ni pon aku sekali lalu jer update sebab dah on laptop. sambil tunggu RPT siap di download, aku update la blog. gitu..


apa-apa pon aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada korang semua yang sudi meluangkan masa membaca blog aku yang daif nih. harapannya semoga korang semua akan terus success dalam apa jua bidang yang korang ceburi. dan semoga mana-mana yang buruk dan mana-mana yang tak elok yang pernah kita buat pada tahun-tahun lepas, kita dapat buang dan perbaiki. 

mungkin ini adalah tahun terakhir buat kita..siapa tahu kan? so, dikesempatan yang Allah beri ni, lakukanlah dengan sebaik mungkin. berusaha mencari redha Allah, disamping letakkan target agar apa yang kita inginkan dapat dicapai pada tahun ini. insyaALLAH...


azam aku tahun nih : nak pegi Umrah...insyaALLAH



terima kasih buat yang sudi membaca <3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...