30 May 2013

jom makan di RBB!!

assalamualaikum...

sapa dekat sini yang suka makan burger bakar?? boleh la sep dengan aku sebab aku pon peminat burger bakar..hewhew. sekarang nih burger bakar antara menu yang trending di abad ini. jadi wajib cuba tau..( over nau letak hukum wajib! )

sebelum aku gerak balik ke Melaka untuk masuk IPG itu hari, ayah aku belanja kitaorang makan dekat RBB. ( Rawang Burger Bakar ) aku dah lama teringin nak rasa burger bakar RBB nih..tapi sebab tak tau mana kedai dia, jadi lambat la dapat melepaskan kempunan. rupa-rupanya dekat jer kedai dia. tiap hari lalu pon tak perasan ada kedai RBB nih. sadiss betol..

baik..sampai jer kedai, kami diberikan menu..


oleh kerana ada 6 orang, jadi kami pesan 6 ketul burger dari 5 jenis burger yang berlainan. ayah dengan Amir ambik burger yang sama jenis. chamistery anak ayah gituu..haha. yang lain ambik tak sama sebab senang nak rasa. kitaorang memang suka buat program silaturrahim dekat kedai makan. haha


ini burger Amir & ayah..Burgembira namanya..memang gembira habis. haha

burger mak..Ombak Rindu..ada daging salai yang berombak di situ..rindu plak nak makan lagi. kihkih

burger angah. Valentine namanya..intinya ialah daging dan telur.

burger abang. Madu Tiga..daging dia mix udang, ayam & lembu. sebab tuh namanya madu tiga. class kau abang pilih burger yang penuh kontroversi. haha

ini pulak burger aku..Isabella namanya. ayam mix udang..sedappp..

semua burger dia sedap-sedap. lepas tu daging dia tebal..dengan chese dan sayur. memang terangkat baq hang. haha. tulis entry nih pon terasa macam nak pegi makan lagi. ( telan air liur )

harga dia pon kira berpatutan la..bermula dari harga RM7 sampai RM20..lepas tu dia punya pekerja pon ramah tamah. siap amek gambar kitaorang untuk masukkan dalam web katanya..ishh..malu kami. ( tutup muka ) pastu kami pulak suruh dia tangkap gambar guna kamera kami.

 tapi gegar la dia tangkap. tak cantikk..haha

masa nak bayar dia bagi satu borang untuk join peraduan cabutan bertuah. katanya setiap pelanggan yang beli melebihi RM20 layak join peraduan. pemenang bakal mendapat RM500. untung ke tidok?? haha. dia siap bagi kad dekat ayah lagi. senang lepas ni kalau nak datang boleh col dulu. takyah la tunggu lama.

so, jom la reramai merasai kehebatan burger bakar yang memang terbakorr..korang boleh usya laman web RBB untuk check kedai yang terdekat dengan rumah korang. terdapat 50 cawangan di seluruh negara.

JOM!!!


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...