12 June 2013

last moment..

assalamualaikum...

dah lama kan tak update blog? sebab?? sebab pertama, aku busy. kan aku ada final exam. so, sibuk dengan class dengan study. ecehh..macam rajin sangat jerk bunyinya. kedua, sebab malas..malas nak hadap laptop, malas nak pikir. ketiga, aku takde mood. bila takde mood, mula la aku tulis merepek-repek. tah pape..so, dah settle ketiga-tiga sebab tuh suma, barula boleh menaip dengan tenang..hehe

kali ni nak cerita kehidupan aku sepanjang berada kat maktab. ini adalah last moment okay..sebab lepas ni dah tak kena gi maktab. just tunggu result, konvo, posting..itu pon kalau result bagus la kan..kalau result kantoi?? repeat paper..huwaaa! takmau! takmau! nauzubillah...T_T

interaksi kali ni antara interaksi yang agak kelam kabut. sebab ada exam kan..dah la kelas dari pagi sampai petang. pastu keja pon banyak jugak. ingatkan dah dekat nak exam diaorang kasi chance. tapi, non ado! 

masih ada presentation..3, 4 subjek jugak la kena present. muka dah tebal-tebal. huhu. masa ni subjek Pendidikan Seni. punya nak terangkan seni dalam pembelajaran, terpaksa aku menyumbangkan suara depan khalayak. nyanyi sampai kak mas kat belakang turut malu dengar suara aku. sumbang sangat la tuuu..huwaa!

ini pulak kelas Bahasa Arab..belit-belit aku bercakap Arab sampai dah tak tau menda..haha. mujur budak kelas aku cool jer. aku tak malu pon..wat tak tau jer..janji aku buat apa yang lecturer suruh dah arr..=P

dugaan paling dahsyat ialah...LAPAR. tak tau kenapa aku kerap betul lapar dalam kelas. asyik-asyik nak makan.asyik-asyik nak makan. ada sekali tuh perut aku bunyi kuat gila. sampai orang sebelah pon dengar. buruk kan perangai?? hoho. lapar betoi weyh..tolong la faham..haha


yang sweetnya..class mate aku selalu jer bawak bekal dan passing jajan untuk semua masa kuliah. tengah-tengah lapar tetiba diaorang passing chipsmore. tak best ker?? haha. nampak atas meja kitaorang tuh? sebalang besar kuih belanda bawak gi kelas. makan tanpa rasa was-was. kihkih. boleh kembang badan aku kalau dok sini 2 3 minggu lagi..


aku selalu bekal gula-gula jer..sebab aku takmau ngantuk. gula-gula memang menda wajib ada dalam beg aku. tak kira beg bawak gi kuliah ker @ handbag. aku memang dah spare..tapi aku bawak jugak biskut gi kelas. cumanya tak sempat la nak passing dekat semua. bawak pon 1 packet jer..huhu. sory yer kengkawan. sebab tu last sekali aku belanja korang cloud 9 sebab aku selalu beli jajan cukup-cukup untuk bekal dekat asrama jer. hoho

class mate aku yang baik...selain daripada tak kedekut untuk sedekah makanan dalam kelas, diaorang jugak tak kedekut berkongsi ilmu. sanggup cari soalan spot dan berkongsi-kongsi dengan semua, pastu tolong ajar plak tajuk yang kitaorang tak faham..TQ sangat..syukur dapat kengkawan yang baik..

hostel aku jauh daripada kedai makan. kafeteria selalu tutup awal. dia bukak sampai pukul 3 jer..zalim la pakcik kafe nih..class kitaorang habis lewat kowt..huhu. nasib aku bawak kereta. boleh la jugak nak kuar cari makan. tapi kalau tak larat..menu aku cuma..

ini jerk..megi dangan kopi..huhu. dok kat rumah sory nak makan megi. dok kat asrama, ko takyah nak demand sangat. telan jer daripada perut tu main lagu dondang sayang. hukhuk

dekat nak exam baru la takde kelas. ada 2 hari untuk study. mereng jugak otak nak sumbat-sumbat segala tok nenek teori yang tahun lepas punya belajar dalam masa empat ploh lapan jam. empat ploh lapan jam tu plak bila dah tolak-tolak dengan tido, makan, mandi, borak dan segala perkara lagha, tinggal berapa minit jer aku study. bila masuk dewan exam, otak dah confius..huhu. sedey nak cakap. ' bukan orang tamak jer selalu rugi, tapi orang malas pon selalu rugi ' pepatah untuk diri sendiri. tskk -,-


dah sedar bahawa orang malas selalu rugi, maka baru la terhegeh-hegeh nak hargai masa..dekat kedai makan pon poyos jer nak study..wekk! nak muntah seminggu tengok perangai rajin tetiba..haha

akhirnya berakhir jugak azab...2 minggu berada di IPG, rushing sana sini, pikir itu ini, baca sana sini last-last final exam habis jugak..alhamdulilah..sekarang sabar jela menanti result. hoho. 


terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...