23 May 2013

hi-tea @ KL Tower

assalamualaikum...

minggu lepas sekolah aku ada wat hi tea dekat KL Tower. aku baru sempat nak update sebab sepanjang minggu ni terlampau busy dengan exam dan sukan. bukan aku yang exam yer..anak murid exam. tapi of coz la terbabit sekali sebab kena tanda kertas jawapan diaorang kan..

hi-tea ni mungkin acara tahunan wajib bagi SKTE kot..aku agak jela. sebab tahun lepas pon buat hi-tea jugak. tapi dekat Hotel Grand Seasons. tahun ni dekat restoran berputar KL Tower..class sangat makan sambil berputar. haha

malu nak cakap. nama ja orang Malaysia. tapi first time sampai KL Tower. sedeyy..mujur la sekolah aku buat event nih. merasa la jugak jejakkan kaki ke KL Tower pada usia 25 tahun. haha

kitaorang pegi 1 bas. ada yang pegi sendiri naik kereta. tapi aku pilih untuk naik bas. senang. tak payah sesat-sesat. dah la jalan kat KL ni azab nak tempuh. 

klasik lanskap dekat bawah nih..siap ada titi gantung lagi..

selesai merentas desa kat bawah, masuk la kami kedalam bangunan KL Tower. aku ingatkan KL Tower ni takde orang datang. rupanya ramai gila manusia..siap kena berbaris panjang lagi. nampak sangat aku ketinggalan zaman. aku ingat suma orang macam aku la. tak pegi pon KL Tower..apala sedey sangat..huhu

sempat lagi tau...

sementara nak tunggu lift, snap la dulu dua tiga ketul..habis sekali dengan GB kitaorang posing..haha. sabor jela dengan anak dara nih suma.

sampai jer dekat atas..kita dapat lihat pemandangan indah Bandaraya KL..secara keseluruhan ya..sebab restoran ni kan berputar..

yang berputar cuma lantai jer..kira macam eskulator. bukannya suma benda berputar. tapi dia bergerak secara perlahan jer. supaya kita dapat menikmati pemandangan indah sekitar Bandaraya KL sambil makan minum.

ini anak anak cikgu..mentang-mentang lantai bergerak. diaorang pon syok kemain lagi haa..siap baring-baring, golek-golek lagi atas lantai. kat rumah lantai tak bergerak. kat sini lantai bergerak, jakun sekejap. haha

ini menu yang aku ambik..

3 plate aku makan itu hari okay..GEMUK!!

yang lawaknya, sebelum kita nak pegi ambik makanan, haruslah kita tandakan kerusi dulu supaya lepas ambik makanan kita takkan sesat cari meja sendiri. aku 2 kali sesat tak tau mana meja aku. habis kena pusing satu restoran sebab bila dia berpusing, sekali dengan aku pusing..haha

sengkak sengkak perut aku makan itu hari..huhu

antara menu yang disediakan..pelbagai jenis kek & dim sum..
pizza dan salad..
sandwich, rojak buah dan roti..

dalam pukul 5 camtu, dah habis dah makan. semua kena berkumpul dekat bas dalam pukul 5.30. sebelum balik, kami bergambar dulu dekat bawah. buat kenang-kenangan gituu..


natijah ambik gambar lawan cahaya..muka setiap orang jadi gelap. haha

perasan tak Syikin ni kalau tangkap gambar dengan aku, suka betul nyorok belakang aku. tau la aku besorr..masa ni aku kata dekat dia ' ha..nyorok! nyorok! ' terus Syikin tergelak. oit! rindu pulak kat kau Syikin..nak kenduri nanti jemput tau..haha *tetiba

sebelum naik bas..

sebelum tuh..ada satu perkara yang menarik perhatian aku dekat KL Tower nih. walaupun kita nampak bahagian bawah dia deko klasik bukan main, tapi toilet dekat retoran berputar tuh memang tak menahan. toilet dia langsung takda kepala paip tau. hatta dekat sinki pon takda. yang ada cuma button. kita tekan button tuh, air akan keluar dekat satu lubang. gambar sinki aku tak snap. tapi gambar toilet, ini dia...

ambik kau...aku tak penah jumpa lagi toilet cam gini. aku ingat toilet dekat PWTC dengan CM tuh habis moden la sebab takda paip. dia pancut air dari mangkuk jer. rupanya ini lagi terbaek..bukan paip jer yang takda, kepala paip pon takda. yang ada button belambak-lambak. ahh..sudah! macam mesin basuh pulak toilet nih. aku jakun kot masuk toilet nih. tak faham nak tekan button yang mana. oit! button emergency takde ker? tak reti nih..haha

<TAMAT>

*******************

nota kaki : insyaALLAH esok lusa aku akan balik ke IPG untuk final exam. doakan aku yaa..

terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...