27 October 2019

throwback birthday suami

assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu lagi.. kali ni nak cerita tentang sambutan birthday suami. aku baru perasan sebenarnya, aku tak pernah share camna aku sambut bezday laki aku. aku ada tempek gambar dekat IG, tapi dekat blog tak pernah tulis rupanya. haha. so, kali ni jom la kita throwback sikit.. 

bukan apa.. nanti kalau anak cucu aku baca blog aku, depa nampak macam eh? asyik tokwan ja dok suprise tok, tok hang tak penah ka sambut bezday tokwan? hamboiii over naaa.. =P

mai tok hang nak cerita.. kita gabung 3 tahun punya sambutan terus dah alang-alang terskip 3 tahun punya story.. bezday suami adalah pada bulan 5.. awal 3 bulan daripada aku. jadi awal-awal kawin dulu, of coz aku la yang start suprise dia dah dia punya bezday dulu kan..

tapi aku ni simple jala yaa.. tak pandai mana pon nak surprise orang. janji ada efford la untuk gembirakan husband. nak bagitau dia yang kita hargai dia.. gittu! =)

so, tahun pertama iaitu 2017 gini jala cara aku sambut birthday dia..

aku booking suprise delivery dari secretsurpriseco . boleh try cari dekat instagram.. berpatutan dan servis terbaik. dia hantar dan tolong rekod sekali. so, boleh nampak muka terkejut orang yang kita suprise kan tu.. hehe

2017 yaa.. kurus keding masa ni.. berat masa awal kawin dulu turun mendadak. taktau pasai pa. sekarang jangan tanya la.. tulang pon dah tak jumpaaa.. huhu.

masa ni aku ajak suami makan dekat Restoran Vivo.. pastu deal la dengan orang tu untuk delivery ke sini. laki aku memula punya la malas nak keluar masa tu. dia kata panas sebab tengahhari. aku dah risau sebab takut orang tu tunggu lama kat Aeon Rawang. paksa jugak dia.. buat-buat lapar. haha. nasib la berjaya jugak.. hadoiii..

tahun ni birthday present ialah suprise box.. aku tempah ja ni.. memang takla aku nak buat sendiri. tangan keras tak kreatif macam aku ni, memang takleh buat benda gini. ni aku bagi ja gambar kitaorang yang sweet-sweet pastu diaorang gabung dalam box ni. cantik hokay! aku suka gila.. rasanya laki aku pon suka la kot. haha

2018 punya bezday, jatuh pada bulan ramadan.. ini memang mencabar sebab masa suntuk. dah la bulan puasa, pastu kitaorang tengah PJJ pulak. jadi nak taknak, sambut kat rumah jela.. tu pon sambut sehari awal sebab esoknya aku dah kena balik JB dah, huhu

takde hidangan romantik ka apa yaa.. aku masak nasi berlauk ja. dah bukak puasa kan. haha. dengan periuk nasi sekali naik atas meja tu. presentation memang kelaut la orang kata.. yang penting aku masak fevret suami cukup..

kek dan belon masih mintak bantuan secretsupriseco sebab aku takde kesempatan nak keluar pi beli kek.. so, nampak la macam sambut bezday jugak walapon simple ja..

kek dari secretsupriseco ni sedap-sedap jugak yaa.. bukan setakat rupa dia ja menarik. sebab tu aku repeat. hehe

 hadiah bezday untuk laki aku tahun ni ialah, motor Harley Davidson. mainan punya la tapiiii.. haha. nak mintak yang betoi pengsan bangun pengsan bangun la cerita dia.. kita pon dok pakai Viva tak tukaq-tukaq lagi ni. kahkah

laki aku ni memang minat kumpul koleksi gini. kereta motor mainan.. walaupon aku rasa semak, tapi kita kenala layan kan jugak.. sebab kata orang, orang laki kalau takda hobi tu bahaya. nanti dia main pompuan pulak bagi mengisi kekosongan.. ni orang la kataaaa.. bukan aku kataaaa.. =P

cantikkan?? yang ni betoi laki aku hepy.. hehe. memula tu aku beli kereta, tapi rupa-rupanya kereta tu laki aku beli dah. aku boleh tak perasan.. huhu. sudahnya pi la kedai balik untuk tukar. nasib boleh tukar.. tu yang bagi motor ni. mujur yang ni menepati citarasa laki aku.. ingat senang ka nak beli menda ni.. aku mana reti tengok mainan kereta motor ni.. huhu

2019.. tahun ni birthday suami jatuh bulan puasa lagi. tapi kali ni ada masa nak plan sebab, dah tak PJJ. jadi aku booking apartment dengan ImpianaSkyHome ( boleh cari dekat IG / FB ) apartment ni mengadap KLCC dan KL Tower. pemandangan memang A+ la.. 

masa hari kejadian, suami cuti. jadi kengkonon kitaorang nak balik rumah mak aku kat Sungai Buaya. tapi sebelum balik ke Sg Buaya, aku auta dulu laki aku. kata mak mintak tolong ambik kuih dekat Cik Mah yang dok kat Kampung Baru. laki aku ok ja.. so, aku waze la nak ke Sky Resident ni. laki aku drive ja.. pastu bila dah sampai area sana, memusing-musing tak jumpa pintu masuk pulak dah.. pastu nak tak nak, kena la call orang tu. tapi aku tak cakap, aku suh laki aku yang cakap sebab orang laki kan.. 

masa laki aku cakap dengan orang tu, dia boleh pulak nak cerita pasal kuih la mak la cik mah la.. haha. pastu aku potong, jangan cakap pasal kuih. tanya ja camna nak masuk. haha. mesti budak laki tadi blur kuih apa pulekkk! 

start kat situ la laki aku syak.. tapi masa tu dah nak sampai pon. dia syak pon aku tak kisah.. 

budak tadi ambik kitaorang kat bawah pastu bawak ke apartment.. laki aku hepy gila bila masuk ja apartment. sebab terus nampak pemandangan KL. apartment ni memang mewah la.. lift pon private yaa. kalau takde kad, memang tak lepas nak naik. pastu keluar ja lift terus hadap pintu bilik kita.

this is Kuala Lumpur.. rasa cam golongan elit la sehari dua sebab dapat tidur apartment mewah. muahaha

of coz kena ada deko.. baru feeling lebih.. hehe

birthday boy! dia punya teruja bukan kepalang ni.. haha

sebab kitaorang berdua ja, jadi satu bilik dah cukup.. kalau korang anak beranak ramai, dia ada jugak untuk 2 bilik dan 3 bilik. boleh check it out sendiri dekat IG / FB diaorang yaa..

lepas dah rehat-rehat sekejap kat bilik, petang tu kitaorang keluar la kejap jalan-jalan. sebab nak cari makanan berbuka sekali kan..

masa ni tak gemuk lagi.. sebab baru tau ngandung 2 bulan. lesu ja muka.. tak larat. 

try tengok-tengok infinity pool.. sebab malam nanti nak mai berendam. hehe. kat sini ada 2 swimming pool.. 1 dekat bawah, 1 dekat atas. tak ingat la tingkat berapa. tapi kalau nak yang besar, boleh main kat bawah. yang kat bawah tu standart macam swimming pool lain la. yang infinity pool ni dekat atas. nampak pemandangan KL..tu yang mahal tu.. 

dah jalan-jalan sikit sekitar apartment, kitaorang pon keluar la cari makanan untuk berbuka. singgah 2 3 bazar jugak la sebab tak berapa tau sangat area sini apa yang sedap. memula ingat nak makan kat restoran. tapi tak best pulak. kita punya bilik kemahen cantik lagi.. baik tapau bawak balik makan kat bilik.

makanan berbuka kitaorang.. tak sempat nak beli kek sebab dah suntuk. pastu laki aku pon tak kisah.. hehe

berbuka la seadanya dengan menu bazar.. hehe

ni nak tunggu maghrib ni.. lawooo gila pemandangan..

best sebab boleh bukak tingkap luas-luas pon takpe. takyah cover-cover sebab takde bangunan pon depan kita. boleh enjoy ja layan pemandangan.

lepas berbuka dan solat maghrib, kitaorang naik ke tingkat atas untuk mandi dekat infinity pool.. baju mandi semua memang dah standby la. sebab aku yang packing khen.. hehe

takde orang lain.. kitaorang dua ja. sebab orang lain naik tengok gelap, terus diaorang turun. kitaorang buat kebal ja. yala.. kalau tak mandi malam ni, nak mandi bila lagi kan? esok nak balik dah. pastu bulan puasa ni takkan nak berendam waktu siang..

laki aku ja yang berendam lama.. aku tak tahan sejuk.. aku turun sekejap ja pastu menggigil badan. 

ni turun sekejap untuk posing ja.. pastu terus naik. sejuk gilaaa!

snap 2 3 keping, pastu naik tunggu ja kat tepi sampai laki aku puas mandi.. dia punya seronok takmau naik tu hadoiiii! nasib la bezday boy yaa.. haha

lepas dah puas laki aku mandi, kitaorang turun bersihkan badan, solat isyak pastu baru buat terawih.. terawih sendiri ja malam ni. hehe.

tidur malam tu bukak tingkap luas yaa.. best tengok KLCC.. esok pagi bangun pon best ja rasa. ehhh.. over la koo! haha

jadi la dapat berangan 2 hari 1 malam dekat Sky Resident tu.. InsyaAllah kalau ada rezeki mungkin aku akan repeat lagi.. sebab best! hehe 

hadiah bezday untuk laki aku tahun ni ialah spek mata. hehe. sebab laki aku dah lama tak tukar spek.. jadi kita bagi dia hadiah yang bermanfaat dekat dia. =)

haa.. habis dah 3 tahun punya cerita. haha. mudah-mudahan tahun depan aku ingat la nak update. tak la jenuhhhh.. kikiki.

ok la.. sampai ketemu lagi. bye-bye!



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...