30 November 2019

Happy 3rd Anniversary

assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur.. dah memasuki 3 tahun usia perkahwinan. masih baru dan jauh lagi perjalanannya.. tapi mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya. kekalkan kami sehingga ke syurga. aminn..

so, untuk anniversary ke 3 ni kami sambut simple ja.. pegi dinner dekat Flora Kafe.

nak sambut ni pon dah last minit sebenarnya.. esok nak pegi, hari ni baru cari restorannya. nasib la masih ada kosong. Flora Kafe ni dekat The Ampwalk. dalam mall la kira. tapi mall pon macam sendu je.. tak banyak kedai pon. pastu kafe ni dekat bawah betul-betul depan pintu masuk.. memang terus boleh nampak. 

ni pintu masuk yang bahagian dalam.. kitaorang booking pukul 7.30 malam. solat maghrib dekat sini ja.. kalau korang nak solat kat sini bertabahla sikit nak mencari suraunya. tersorok dekat bahagian parking. dah la sunyi.. aku suh laki aku solat sekali ja dekat surau perempuan sebab takde orang. haha.

 aku dah 8 bulan lebih masa ni.. kalau ikutkan sebelum ni, nak pakai baju akad nikah time sambut anniversary. tapi tahun ni kita isytihar darurat. baju tak muattt.. huhu

cantik deko kat kafe ni.. memang romantik! untuk pakej dinner ni korang boleh pilih nak set kampung ataupun western. harga lain. kami pilih kampung sebab bila tengok menu westernnya macam kurang menarik. dia ada lamb dengan salmon. aku tak minat dua-dua tu.haha. jadi baik makan set kampung ja. lagi puas makan.

so, untuk pembuka selera, dia hidangkan kami dengan rojak buah.. air sarsi. dia tuang siap dalam cawan pastu dia bagi lagi satu jug. haa minum jangan tak minum

selesai makan rojak sorang semangkuk, main dish pon sampai.. nasi bersama lauk pauk iaitu, tomyam ayam, daging masak merah, kailan ikan masin, kerabu mangga, sambal belacan dan ulam timun. 

tak tau nak kata apaaa.. angel ni nampak sado betoi kami laki bini. aku terharu sangat sebab laki aku sudi temankan aku gemuk sama-sama. haha

 bila snap sendiri, kita kasi potong badan yang sado tadi. lanje muka jaa.. nampak better la sikit. kikiki

pakej ni dah termasuk sekali dengan photographer. tapi aku syorkan jangan bergantung dengan photographer dia semata. sebab gambar yang dia ambik, esok baru dia sent dekat kita. pastu kita pon taktau apa rupa kita dalam kamera dia tu. macam kitaorang ni walaupon dia ambikkan gambar guna kamera dia, kitaorang tetap suh dia ambik jugak gambar pakai phone sendiri. mujur tauuu.. sebab dekat kamera diaorang suma gambar nampak gumokkkk! huhuhu. tak gamak nak post kat media sosial.. 

teknik baru nak cover double chin yang melimpah ruah sampai ke ladang gandum, letak tangan kat dagu.. =P

laki aku pon cuba jugak.. kikiki

selesai makan nasi sepinggan, dia datang bawak sagu gula melaka dengan kopi o panas.. sedap! 

last sekali, chocolate cake moist.. cake ni memang dah ada dalam pakej. tapi lilin bunga api tu kitaorang tambah. rm15 sebatang.

sempat ambik video ja.. gambar tak sempat ambik dah padam. haha. takpo laa.. saja nak seronok. cake dia sedap gak. walaupon kecik, tapi sesuai sangat dah. sebab dah banyak sangat makan. kalau besar sangat nanti muak.  

untuk aku dengan suami, kitaorang rasa dah terbaik sangat dah Flora Kafe ni. harga relevan dengan servis dia bagi. pastu suasana romantik dan cantik. makan puas. kenyang sampai macam nak muntah balik. haha

so, kalau takde idea nak celebrate dekat mana, try la dekat Flora Kafe. bisnes orang melayu kita.. insyaAllah halalan toyyiban. 

akhir sekali nak mintak doakan keluarga kami.. semoga murah rezeki, dipermudahkan segala urusan dan bahagia hingga ke jannah. insyaAllah tak lama lagi dah ni nak beranak. seram sejuk memikirkan. haha. doakan urusan kelahiran anak pertama ni berjalan lancar dan baik-baik saja. mak dan anak dedua selamat dan sihat. amin..




terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...