19 October 2019

jenjalan Bukit Tinggi Pahang sempena bezday

assalamualaikum...

bertemu lagi kita untuk entry ke 4 tahun ini. kikiki. kali ni nak story tentang sambutan bezday aku pada bulan Ogos ritu. stop kejap cerita Maldives. nanti-nanti aku sambung. bila ada masa dan mood. gittuw!

sejak kawin laki aku memang tak pernah fail la buat suprise. dapat bini pulak jenis lurus, baik, sopan santun memang senang sangat la percaya bulat-bulat. haha. padahal aku ni memang jenis orangnya tak suka banyak fikir, jadi ko cakap apa pon aku ikut ja. takda masa nak pening-pening.

30 Ogos jatuh hari Khamis tak silap aku. hari Rabu tu laki aku keja malam. pastu dia kata malam tu ada projek. jadi balik lambat sikit. ok jaa.. aku dah biasa pon. selalu kalau laki aku takda, memang pesen aku lepas isyak ja aku lepak dalam bilik sambil golek main game. haha. heaven kan? macam orang bujang. =P 

dan malam tu memang aku syok betoi main game. sampai pukul 12 lebih tak silap. tetiba aku dengar bunyi muzik kuat gila. eh? daripada mana pulak muzik ni? memula aku ingat rumah jiran ka apa.. tapi kuat sangat pastu macam lagu bezday. haaa! sah dah laki aku ni! aku pon bangun keluar tengok dekat hall. ok.. ada kek sebiji dengan lilin. pastu tv terpasang video gambar kitaorang dengan lagu bezday hindustan. punya la meriah lagu tuu sampai aku takleh nak tangkap ni lagu bezday ka lagu apaaa.. fening!! haha

pastu laki aku yang nyorok dalam bilik lagi satu pon keluar. cak! gittu! haha. power dia masuk rumah tak dengar langsung dia bukak kunci.

Alhamdulillah.. 31 tahun sudah.. terima kasih hubby! susah-susah edit video tepek lagu hindustan, pastu dia pi suh Siti Nordiana wish bezday aku masa Siti Nordiana datang Hot fm, pastu bawak balik kek masa time keja.. semoga setiap usaha abang untuk gembirakan syg diberi ganjaran pahala oleh Allah. =)

lepas makan kek, tengok segala video, laki aku pon balik semula ofis sambung keja.. esok malam, laki aku bawak aku gi makan Sushi.. kira bezday treat la. so, aku anggap sambutan bezday aku dah settle la. dah ada kek dan makan-makan.

hari Sabtu laki aku kata ada kenduri sedara belah ibu dekat Bentong Pahang. tapi ibu ayah terus pegi ke rumah kenduri sebab nak join akad nikah pagi tu. kami menyusul lambat sikit. laki aku bawak pegi sarapan dulu. lepas sarapan baru bertolak menuju ke Pahang. on the way ke Pahang jalan jem sikit. matahari pon boleh tahan mencanak. aku punya mata tak tahan pulak rasa. last-last aku tertido dalam kereta. aku sedar-sedar laki aku dah pusing kereta nak u turn. dia terlepas simpang.

pastu tetiba dia masuk simpang menuju ke Bukit Tinggi. aku macam pelik pulak. takkan nak ke Bentong ikut jalan ni. pastu aku tanya la laki aku betul ka jalan ni? nampak macam nak naik ke resort ja.. laki aku kata betoi.. ni ada tembus. sambil tunjuk waze kat aku. ooo.. ok la camtu. pastu aku tak fikir apa-apa dah. aku borak ja macam biasa..

sekali sampai dekat gate masuk resort. laki aku pulak buat-buat pelik. pastu dia kata, takpa satgi tanya dekat orang tula.. betoi ka ni jalan nak ke Bentong. aku pon angguk-anggguk ja. lantak dia la. bukan aku yang bawak keta pon. haha

sekali sampai kat gate tu, dia kata dekat orang tu ' sy ada booking bilik ' pastu dia tunjuk resit. aik?? aku punya kening dah nyambung. pastu laki aku tengok aku senyum sambil sebut supriseeee! eeee.. suka betoi tau drama-drama gini!

rupanya takda kenduri pon. ibu dengan ayah pon elok ja ada dekat Ipoh sana. yang aku tak tahan, laki aku ada buat-buat col pastu cakap dengan ibu dia begitu begini. tu yang buat aku percaya tu. rupanya lakonan semata. sabor jalaaa..

makanya sampai la kami ke Bukit Tinggi sempena bezday aku.. laki aku kata ingat nak bagi hadiah, tapi sebab dia tau aku ni jenis suka jenjalan jadi hadiah bezday aku kali ni ialah jenjalan kat Bukit Tinggi. aku hepy gila ok! sebab aku memang tak pernah sampai Bukit Tinggi dan memang dah lama teringin nak datang sini. pastu sebab memang otak aku dah tepu dengan jadual harian yang sama. sekolah rumah sekolah rumah. bosan gila! haha. tetiba dapat check in jauh sikit, tengok tempat baru, segar sikit otak ni.

TQ hubby! ni present yang paling best sekali.. kalau dapat handbag baru pon belum tentu lagi happy cemni. haha

badan aku nampak berisi sikit kan? eh..tak tak. bukan berisi. gemuk sebetulnya.. huhu. aku tengah pregnant 5 bulan masa ni. waktu aku taip entry ni aku dah 7 bulan pon. so, berat badan aku memang mencanak naik. huhu. takpala.. positif ja. gemuk sebab ngandung. nanti dah beranak mudah-mudahan boleh turun ke berat asal.. aminnn..

nak bergambar pon kekok ya bila badan bulat ni.. ke kiri tak kena. kanan tak kena. haha. 

kitaorang sampai sini dalam pukul 10 am kot tak silap aku. awal lagi.. check in bilik pukul 2 ke 3 tah. tak ingat dah aku. tapi lambat lagi la.. jadi kitaorang jalan-jalan dulu ambik gambar.


rasa macam penat dah nak bergambar.. kitaorang pon try pi lobi, tanya pukul berapa check in.. pastu staff situ kata ada bilik yang kosong, kalau nak masuk terus pon boleh. haa.. cantik.. masuk bilik terus la. penat dah nak jalan dengan panas-panas ni. huhu. dulu aku bayang Bukit Tinggi ni sejuk. tapi sebenarnya tak sejuk pon. suhu dia biasa-biasa ja. so, takyah gigih la nak bawak jaket ke apa.. tak perlu pon.

laki aku booking bilik deluxe tak silap aku. tapi bilik yang kosong adalah suite yang mana lebih besar dari deluxe, kita memang tak tolak la.. memang besar gila. macam sebiji rumah. kalau anak ramai memang best ni.. 

kawasan hall dan dining.. besar gila! kalau anak ramai seronok dia berlari-lari dalam ni haa.. tapi satu jala yang kurang. sebab bilik kitaorang bawah. jadi takde la nak duduk dekat koridor tengok pemandangan kat bawah ke apa..

tapi bilik ni memang selesa la.. puas hati!

 bilik tidur.. cantik!

katil king.. suka konsep english style dia. tenang jer..

toilet dan bilik solek..

toilet pon cantik.. =)

 dah puas rehat-rehat kat bilik, lepas zohor kitaorang keluar. makanan kat sini sebenarnya susah sikit. ada 2 kedai je yang ada halal jakim. pastu mahal sikit ya.. sebab resort pon jauh daripada tempat lain. jadi dia tekan sikit harga. tapi untuk siang ni satu-satu option mudah dan jimat ialah 7eleven. ada makanan frozen yang kita boleh panaskan guna microwave yang harga dia agak murah dan mengenyangkan. hehe. kami makan nasi dengan lauk ayam cili. nampak macam tak menarik. tapi rasa dia boleh pegi jauh. sedap! rasa macam makan dalam flight pon ada. hehe

pastu topup pulak dengan sandwich.. ok. settle makan tengah hari tak sampai rm30. hehe

bila kita datang resort ni, dia ada 3 tempat yang link sekali untuk kita jalan-jalan. maksudnya tiket untuk masuk 3 tempat ni dah kira sekali la. kita boleh jalan dekat Japanese Village, Botanical Garden dan Animal Park.

ada shuttle yang boleh bawak kita ke tempat-tempat ni. tapi oleh kerana, masa kitaorang pegi tanya driver shuttle tu dia sombong semacam, tak jadila nak naik shuttle. bawak kereta sendiri jela. nyampah pulak jumpa orang gini. dok pusat pelancongan, tapi sombong. huhu

 Japanese Village ni cantik. sebab banyak pokok-pokok.. tapi tangga dia Ya Allah.. punya la banyak. tempat dia berbukit-bukit. memang letih sikit la. awal-awal sampai dah kena panjat tangga setinggi alam. menggigil jugak kakiku. huhu

udara kat sini memang segar.. best!

walaupon penat mendaki, tapi kenala gigihkan diri.. sebab bila aku tengok kiri kanan ramai lagi ibu mengandung yang datang sini. perut lagi besar dari aku. steady jaa.. 


gigih la panjat tangga dengan jubah. hehe. dah laki aku kata nak mai kenduri kan..

tempat ni banyak spot cantik untuk bergambar. jadi, nampak ja orang lalu lalang yang nampak boleh harap, mintak ja tolong. hehe. jangan nak segan sangat. rugiiii! cehhh.. padahal laki aku ja yang asyik suh orang tolong. nak suh aku yang cakap, sampai ke sudah tak dapat. haha. #sispemalu =P



bila dah gemuk ni, nampak pendek pulop! huhu.



rumah Jepun.. kat atas ni boleh pinjam kimono. rasanya dalam rm20 camtu. tapi aku dengan laki aku tak pinjam pon. sebab badan dah lekit lekit panjat bukit, pastu nak sarung kimono pulak. geli la aihh..

 ambik gambar pon sikit-sikit ja sebab dah start pening. letih punya pasai. dengan orang ramainya.. tak tau mana nak selit nak bergambar..

comey ja rumah Jepun.. mudah-mudahan nanti betul-betul boleh sampai Jepun.. amin..

ok.. dah penat jalan kat Japanese Village terus balik. tak larat dan nak nyambung ke Botanical Garden sebab nampak gaya Botanical Garden tu pon boleh tahan berbukit jugak. kang pengsan pulak kat situ, sapa nak larat angkat kita ni ye dak? haha

sampai kat Colmar, lapar balik. singgah 7e beli bihun goreng dengan air yogurt pastu makan kat bilik. hehe.

lepas maghrib, kitaorang keluar pulak nak cari makan malam. of coz la malam ni takmau dah makan makanan 7e. haha. takkan nak jimat sangat sampai camtu sekali ye dak?

kitaorang search dulu dekat direktori halal jakim untuk confirmkan restoran halal. sebab nama restoran kat sini sumanya pakai nama french, jadi pening nak ingat pon. huhu

ni restoran yang ada halal jakim.. Le Blason namanya. ada satu lagi tu kedai bakery. takkan nak makan roti jer kan. hehe. kata staff kat sini, kedai yang lain tu tukang masak melayu, bahan pon ambik kat pasaraya, tapi sebab diaorang ada serve wain dan bir jadi tak lepas jakim la. jadi kita pilih la makanan yang confirm halal ya.. takde was-was dah.

setiap Sabtu kedai ni buat ala buffet. jadi satu kepala bayar ikut harga tula. pastu makan la sepuas hati sampai kenyang. untuk aku harga dia standart la. tak mahal sangat pon. menu pon banyak. puas hati dan berbaloi.

antara menu yang kitaorang ambik dan sempat snap.. 



banyak lagi sebenarnya.. macam-macam jenis.. tapi tak snap semua la. nak makan puas-puas kan..  pastu semua sedap-sedap belaka.


dinner date.. <3

lepas makan, kitaorang jalan-jalan dulu. kenyang sangatkan.. bagi turun sikit makanan tu. huhu


pemandangan malam lagi cantikkk.. pastu lagi best jalan malam sebab sejuk sikit. tapi sikit jala. takla sejuk menggigil. hehe



 panjat menara untuk dapatkan pemandangan gini.. cantik sangat.. rasa macam bukan kat Malaysia.


dah puas jalan ambik gambar, masuk bilik, tidur.. esok pulak sambung bergambar lagi. hehe.

sarapan pagi ni pon dekat restoran yang sama. Le Blason.. ni memang dah termasuk dengan bilik. 

makan puas-puas.. ni pon buffet jugak. nak apa ambik jer..

lepas sarapan, sambung bergambar lagi.. haha

aku post gambar ni dekta IG, ada yang pelik kenapa lengang takde orang.. hehe. sebenarnya ramai je orang lalu lalang. tapi ni jela yang kami dapat bebetul clear takde orang lalu. ni pon percubaan ke berapa kali tah.





puas dah bergambar, kitaorang pon balik bilik kemas barang pastu check out. check out awal sikit sebab suami aku keja petang tu.. jadi takdela letih sangat kalau sampai awal.

on the way nak balik, laki aku ajak singgah Animal Park. sebab dah ada tiket kan.. aku ikut ja. aku tak minat binatang sangat. hehe. tapi bila masuk Animal Park ni sebenarnya rasa tak berbaloi la. tanahnya sekangkang kera jer. binatang yang ada pon arnab, ayam, itik, burung.. apatah lagi.. pokok pangkalnya tak menarik langsung.

mujur la memang tiket dah termasuk. kalau ikutkan harga tiket dia rm16 tak silap. mahal! tak berbaloi langsung.. huhu.. sekeping ja gambar yang ada pon. sebab elok pulak laki aku pegang arnab tu. lain-lain tak ambik sebab tak menarik.. huhu

ok.. sekian sahaja story jenjalan dekat Bukit Tinggi. terima kasih hubby sebab bawak jenjalan.. nanti bawak lagi ya.. hehe.

bye! jumpa di entry lain.. insyaAllah..


terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...