8 September 2018

dah 3 series dah..

assalamualaikum...

30 Ogos hari tu genapla usia aku 30 tahun.. 30 tahun dah Allah pinjamkan umur dekat aku.. Alhamdulillah.. terasa cepat betul masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah 30 tahun. tak tau la bila pulak pejam tak celik celik.. huhu. takutnya lahaii.. amal tak seberapa. lagho jer lebih. T_T

30 Ogos tu aku masih lagi sekolah. jatuh hari Khamis. so, macam biasa hari Khamis aku selalu balik KL nak jumpa suami. biasanya aku balik naik bas. tapi kebetulan sebab dapat cuti 3 hari sebab merdeka, jadi Kak Una ajak balik dengan dia naik kereta. Anis pon sama gak tumpang sebab nak balik KL. jadi bertiga la nak balik KL sama-sama.

habis sekolah, Kak Una kata nak singgah ambik barang dekat rumah. pastu yang Anis tak sampai lagi. masa kitaorang dah sampai rumah, baru Anis bagitau dah sampai kat Molek. dia kata nak tunggu kat depan sekolah jer. aku pon ok. tak sampai berapa minit pastu, dia col balik bagitau nak tunggu depan sekolah menengah sebab teduh sikit. pastu dia whatsapp suh Kak Una tengok whatsapp sebab Kak Una tengah drive. aku pon ikut jer apa dia kata.

dah nak sampai sekolah, selisih pulak dengan kereta Kak Eva. aku ingatkan Anis ada dalam kereta Kak Eva. pastu Kak Una pon ikut ja kereta Kak Eva sampai berenti tepi jalan. dah berenti, Kak Una kata ' Anis suh ko tolong dia ambik barang. ' aku pon macam ??? eh, ngadanya budak nih.. banyak nau barang dia bawak nak balik 3 hari pon. dah la nak naik KTM. haha

dah aku kuar kereta, Kak Eva pulak datang sound aku kata ' hang tinggai barang apa? teruk hang ni.. macam-macam ' eh pulak? masa bila pulak aku tinggal barang. aku dah suspek benda lain ni. merepek repek ja diaorang ni. 

sekali aku jenguk, tengok-tengok Anis pegang kek sambil nyanyi lagu birthday dekat balik kereta. awwww! so sweet la hangpa!!

kek batik mini yang Anis buat sendiri. siap ada lilin lagi tu. terharunya lahaiii.. seryes tak sangka depa nak buat kejutan gini. 

tepi jalan pon tepi jalan la diknon.. walaupon orang lalu lalang tengok pelik jer.. haha. yang penting selera ja makan kek yang Anis buat. rasa cam ala-ala picnic gitu temanya. haha

 masyeh kengkawan sumaaaa! walaupon memula tu I macam, apo yang korang melalut-lalut nih? sis nak balik cepat faham tak? haha

 habis makan kek sepinggan, baru berangkat balik KL. Kak Eva tak balik jadi kita suh dia basuh pinggan tu suma. haha. pastu memandangkan iolls birthday girl, I tak drive pon hari tu. Kak Una ngan Anis bergilir. hiks! 

Kak Una tinggal kitaorang naik KTM dekat stesen UKM. Anis turun dekat TBS, aku pulak dekat KL Sentral. pastu bye2. menuju destinasi masing-masing. terima kasih banyak-banyak Anis, Kak Eva dan Kak Una. korang memang terbaik la. sayang korang ketat-ketat. lantak la nak geli pon. haha. ada aku kesah?? =P

pastu sampai KL Sentral, jumpa dengan husben tercinta. hiks! suami kita sekali ni nampak hambar jer. pagi tadi dia col suh bangun subuh jer. tak ucap pon birthday kita. pastu dalam group family orang dok wish pon dia diam. aku pon sabar jela.. mesti dia saja kan ni.. huhu

pastu sebelum bertolak, aku pon mesej bagitau bertolak lambat sikit sebab kengkawan buat suprise. masa tu baru la dia wish. ok la tu.. haha 

dah sampai KL, husben ajak makan dekat Marrybrown. atas motor aku bebel-bebel manja la kata dekat dia.. baru tahun kedua kawin dah lupa birthday kita. tahun lepas kemain donut cucuk lilin. tahun ni wish pon takde. haha. demand ya ampunnnn perangai bininya... =P

laki aku gelak-gelak ja.. kata penat sangat handle projek. sampai terlupa. baiklah.. pastu dia selit la jugak bagitau jiran sebelah ada bagi sup daging korban. nanti balik makan la. abang tak lalu nak makan.

dah settle makan, baru balik rumah. aku pon tengok atas dapur ada periuk. pastu aku pon tanya la, ' apa benda tu? ' tula sup daging jiran bagi.' mak aiii banyaknya. sampai pakai periuk. tapi aku malas nak bukak tengok. sebab dah kenyang. nanti jadi mual pulak dengan bau daging. 

aku pon masuk bilik, letak beg, bukak tudung. pastu disebalik langsir nampak laki aku bukak peti sejuk. pastu dia keluarkan bunga. aku keluar ja dari bilik dia pon ' happy birthday sayang ' wah gittuw! haha

aku pon macam, ' bunga je? ' haha. laki aku pon 'alaaa.. seadanya jela..' nada macam nak merajuk bila aku kata gitu. hehe.

kitaorang pon bermalas-malasan kat sofa. penat perjalanan JB - KL tak habis lagi. pastu tetiba laki aku minta aku ambikkan sup daging. nak rasa katanya. aku pon bangunla pegi dapur. ambik mangkuk dengan senduk pastu bukak periuk. sekali aku tengok dalam periuk...

lain maciam sup dagingnya.. haha. adoila laki aku ni kan.. bab-bab buat suprise memang terer! tak terfikir langsung dia nak letak hadiah dalam periuk. ^_^

husben bagi hadiah jam tangan.. Alhamdulillah syukur. terima kasih abang! lama dah tak pakai jam tangan. sebab malas. haha. pasni kena rajin la ^_^


haa.. ingatkan tak dapat apa-apa.. sekali tudiaa.. siap dengan wish bahasa hindustan lagi tuuu.. kemahen tau! haha.  sapa faham? hubby pon beriya google translate sebab dia nak suh bini dia feeling heroin hindustan sambut birthday gamaknya. haha. terima kasih banyak abang! terharu sangat..

esok malam hubby ajak makan dekat luar sempena birthday. suh pakai cantik-cantik tapi dah pesan jangan nak imagine yang hebat-hebat. hubby cakap bawak tempat biasa ja. tapi melawa la untuk dia. ok.. baiklah..

jadi lepas maghrib kami pon keluarlah.. tempatnya dekat ja. pastu tiba husben pon berenti dekat satu gerai tepi jalan ni.. dia kata ok dah sampai. aku pon ready la nak turun. sekali husben kata, ' eh.. bukan sini. syg percaya ke dekat sini? ' sambil ketawa. cait! huhu. ada-ada ja tau.. aku memang percaya ja sebab dah kata nak bawak tempat biasa ja. jenis budak baik-baik ni memang gini la. cepat nau percaya. haha

pastu husben bawak dekat satu restoran yang nampak macam sunyi ja dari luar. masuk jer dalam tu ada bunyi cam cengkerik la katak la.. aku pon seram sejuk. yang benar laki aku nih? huhu

pastu laki aku bagitau la, restoran ni konsep Bali. tapi dia dah check makanannya insyaAllah semua halal.. ok la camtu. pastu lepas dah jumpa staf, bagitau booking apa suma baru kitaorang boleh masuk. 

bahagian luar memang nampak macam takde orang. masuk ja dalam.. rupanya berjemaah candle light dinner. hehe

 romantik gila tempat ni.. suasana dia best! pastu dia pasang lagu romantik jer.. feeling uitttt!

terima kasih hubby! sudi booking tempat mahal-mahal camni untuk syg. ^_^

eee.. happy gila! macam dalam drama. haha

My Love <3

deco dia cantik sangat.. makanan pon sedap. walaupon harga mencekik darah. haha. hubby suh pilih menu. memang banyak pilihan. tapi kita pilih yang paling murah.. haha. nak tau paling murah tu apa? menu Asia. tu pon nasi goreng cina rm32! mencekikkk. haha

menu wastern tak payah cakap la.. steak 70 hengget. ko ghase?? =P

nindiaa nasi goreng cina rm32.. telan ailio!

makan lah seadanya.. yang penting kita hepy boleh candle light dinner. gittuw!

tengah sedap makan, tetiba ada orang datang nyanyi lagu birthday. pastu dia angkat pinggan makan aku tadi dan letak pinggan berisi kek ni. eh? ada kek.. ingatkan takde. hehe. power betoi la laki aku. lepas satu-satu suprise dia buat.

hepy tak terkata!

dah habis makan suma, kita pon bergambar-gambar dulu sebelum balik

memang cantik restoran ni.. titi ni bawahnya ada air..

kat mana restoran yang kami pegi ni? Subak Restoran. boleh google @ cari dekat IG. restoran ni dekat area Damansara.

aku recommend sesapa yang nak candle light dinner area KL boleh try restoran ni. walaupon harga mencekik darah, tapi insyaAllah puas hati. lagipon bukannya hari-hari kita nak makan camni. sekali sekala jer..

terima kasih banyak-banyak atas semua yang abg buat untuk syg. tak sangka macam-macam abg buat untuk birthday syg. rupa-rupanya tak lupa pon. hiks!

semoga abg murah rezeki, dipermudahkan segala urusan dan Allah limpahkan pelbagai nikmat kepada abg sebab telah berbuat baik kepada isteri.. love u so much <3

by the way terima kasih semua yang berikan ucapan dan doa yang baik ketika hari lahir aku hari tu. semoga kita semua kekal bahagia dalam rahmat Allah. 

terima kasih juga mak yang melahirkan..


last sekali, terima kasih sebab baca sampai habis cerita aku nih. punya la panjang kisah birthday pon. haha. dia punya syok macam nak hari-hari sambut birthday. ewahhh! haha. ok la.. len kali cita lagi.. bye2.. 




terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...