19 December 2018

episod PJJ tamat

assalamualaikum...

Alhamdulillah.. dapat bersiaran lagi. kali ni nak share berita gembiraaaa. setelah 2 tahun ber PJJ ( perkahwinan jarak jauh ) akhirnya dah dapat tinggal bersama. aku dah dapat pindah ke Selangor. Alhamdulillah syukur..

aku ingat lagi, masa hari keluar result ni. berdebar-debar sejak pukul 12 malam. tapi tak keluar lagipon resultnya malam tu. esok pukul 6 petang baru keluar result. dari pukul 5 lebih aku dah standby pegang phone pastu dah bukak dah portal egtukar ni. dok refresh refresh sampai la pukul 6 lebih baru keluar result camni.. 

masa keluar result ni, aku macam tercengang. eh?? panjangnyaaa! sebab aku refresh portal ni sambil makan. tangan sebelah pegang phone, sebelah lagi pegang makanan. aku sambil menyambil jer. sebab dah dekat sejam aku refresh result tak keluar. so, bila sekali dia keluar dengan ayat panjang-panjang gitu, terkujat haku! huhu.

yang pertama aku tengok, TAHNIAH!!! Allahhu Akbar!! macam mimpi!! seryes tak sangkaaaa. gembira tak payah cakapla.. 

pastu aku share result dengan suami, family, kawan-kawan.. bertubi orang ucap tahniah.. suami pulak masa tu lambat tengok mesej aku. dia ingat tak dapat dah. aku pulak tak col sebab sebelum tu dia kata nak pegi rumah mak long. malas nak col sebab kadang suami aku ni time bawak motor dia boleh stop sebab nak jawab col. takmau la camtu. bahaya.. so, aku tunggu jer sampai suami baca sendiri.

bila suami aku dah baca, dia terus col.. gembira jangan cakap la. rasa macam mimpi. sebab kita fikir, nak bersaing dengan ramai lagi cikgu dukalara yang kes dia mungkin lebih kritikal dan kita ni apala sangat.. tapi Allah tu Maha Pemurah.. Dia bagi rezeki pada kami kali ni. Alhamdulillah, PJJ 2 tahun cuma...

esok pagi pegi sekolah gembira jerrrr.. sana sini kawan kawan ucap tahniah. yang paling best si Aziemah boleh tanya aku, " Kiah tak sedih ke? semalam masa Kak Eva bagitau kita, kita sedih.. tapi bila tengok kiah macam hepy ja, tak jadila nak sedih " haha. aloooo.. aku memang hepy gila sejak dapat tau result tu. aku makan pon senyum tak henti sampai Kak Sha kata, " nanti ko jangan nangis! kalau ko nangis lepas ni siap ko! " haha 

lepas sekolah, kami berempat outing dekat Seoul Garden. plan nak outing ni dah lama, tapi masing-masing busy. akhirnya lepas result egtukar keluar baru dapat keluar sama-sama. so, Anis kata ni macam nak raikan kegembiraan aku jugak la.. Alhamdulillah..

masa ni hepy-hepy jer.. walaupon Kak Eva n Kak Una dah sedih-sedih dah malam sebelumnya. aku taknak la sedih-sedih lagi. sebab ada 2 minggu lagi nak bersamakan.. so, kita enjoy dulu. hehe

ni majlis perpisahan yang dibuat khas untuk aku oleh kakak-kakak bedah di Secret Recepi.. terharu gilaaa! dulu masa aku nak kawin ada jugak sambutan gini. pindah pon diaorang buat lagi. aku kat sekolah ni tak lama mana pon. 5 tahun camtu jela.. tapi diaorang ni semua baik-baik.. diaorang tak pandang pon aku ni macam budak-budak picisan yang baru setahun jagung. sebab tula aku sayang sangat semuaaaa!

masa ni ada slot untuk aku bagi ucapan. tapiiiii.. aku tak pandai bagi ucapan. aku macam taktau nak cakap apa walaupon banyak sebenarnya aku nak cakap. so, aku dah cakap masa tu nanti aku nak tulis. haha. 

aku ada banyak kesempatan untuk bagi ucapan dekat sekolah. 3 kali jugak.. pertama dengan kakak-kakak, lepas tu sambutan dengan murid-murid, last sekali masa jamuan akhir tahun dengan semua guru. dan ucapan aku semuanya standart.. aku ucap terima kasih dan mintak maaf. tapi memandangkan ni blog aku yang akan tersimpan segala memori, aku akan tulis secara details dalam ni.. apa yang aku nak luah.. 

so, ni la ucapan untuk kakak-kakak semuaaa.. terima kasih banyak-banyak sebab sudi terima baik kehadiran saya di SK Taman Molek.. hari pertama saya datang, saya tak begitu ramah. saya sejenis yang tak pandai tegur orang, sampai orang ingat saya ni sejenis ayu-ayu gitu.. haha. tapi dekat situ ramai sangat yang sejenis ramah, dapat pulak meja dekat dengan Kak Ina, Kak KZ, Kak Lia, memang membantu sangat untuk saya transform ke perwatakan sebenar. LOL 

sepanjang dekat Molek, saya selesa sangat sebab ramai kawan-kawan yang memang geng dan sekepala. dan kalau nak tulis setiap nama terlalu ramai untuk saya ucapkan terima kasih. setiap orang sangat istimewaaa bagi saya. 

Kak Balyah - tiap pagi kita sama-sama pegi sekolah
Kak Rin - kita kerja sama-sama untuk TKRS
Kak Marziah - jiran meja
Kak Liza - otai Jqaf yang sempoi.. tak macam kakak2 pon
Kak Azizah - kita sama-sama handle 5 Arif 1 sejak 4 tahun lepas. seronok jadi pembantu akak. sebab baik sangat-sangat.
Kak Rose - dah jadi geng sejak pegi Beijing. pastu sama-sama handle bilik fail walaupon takde keja sangat bilik fail tu.. =P
Kak Wan - tak jemu-jemu ambil order sarapan saya. sedapnyaaa nasi dagang! ^_^
Kak Salmi dan Kak Wahid - geng travel. walaupon lepas kawin saya dah tak geng, tapi ole-ole sentiasa tak lupaaa..
Aziemah, Jannah, Aini - geng jqaf yang sporting layan aku borak
Kak Aisyah, Kak Nini, Kak Siti, Kak Mus, Kak Faulina, Kak Ruby, Kak Fazi, Kak Ziela, Kak Aziah  dan semuaaaa kakak-kakak yang semuanya istimewaaa! semua ada kenangan manis dan special!

terima kasih semuaaaa! maafkan jugak salah silap saya yang selalu sangat bergurau. mungkin ketika gurauan tu saya ada kecikkan hati korang. maaf sangat-sangat.

Puan Suzni.. GPK HEM.. aku kerja dengan Pn Suzni setahun jer. aku dilantik sebagai Setiausaha HEM ganti Kak Dayah masa tengah tahun 2017. pastu Puan Suzni jadi GPK HEM awal tahun 2018. masing-masing baru.. tapi aku syukur sebab Pn Suzni sejenis bos yang sangat baik. banyak bantu aku untuk setiap tugasan yang diberi. Alhamdulillah.. banyak benda yang aku belajar.. 

terima kasih banyak Pn Suzni.. mohon maaf andai ada salah silap ketika menjalankan tugas.. 


dan ini ucapan untuk BFF aku.. Kak Eva kata dekat aku hari tu, " hang tak sebut pon nama aku masa bagi ucapan.. aku tungguuuu jaa " haha

Kak Eva - terima kasih banyak untuk persahabatan yang ikhlas.. kita bertiga sebelum ni. akak, saya dan Kak Nia. masa akak dengan Kak Nia masuk, kita terus geng macam kenal bertahun. seronok gila masa tuuu.. sampai Kak Nia pegi, kita tempuh sama-sama. support diri masing-masing untuk terima Kak Nia dah tak ada. pelan-pelan masa berubah. saya kawin, tak banyak masa untuk keluar macam zaman bujang. tapi kita masih ada masa untuk berjoyah. plus akak la grab saya tiap minggu hantar saya pegi Larkin. tak berkira langsung. taknak ambik duit.. terima kasih banyak kak.. saya mintak ampun selama berkawan ada buat akak terasa hati. saya banyak bergurau. dan paling best akak asyik ketawa ja walapon kadang-kadang cerita belum start lagi. huhu. semoga yang baik-baik akan datang pada akak selepas ni. tak kisah la dari segi apa.. saya doakan yang baik-baik untuk akak.. 

Kak Husna - hai kak! akak pengganti Kak Nia.. lepas Kak Nia pegi, akak la yang gantikan Kak Nia. tak perasan sejak bila kita rapat. tapi tau-tau kita dah geng.. banyak kongsi cerita, selalu balik KL sekali, senang sangat berkawan dengan akak.. terima kasih banyak sebab sudi berkawan dengan saya.. maaf banyak-banyak kalau ada buat akak terasa hati dengan gurauan saya.. dannn, kita dah tau yang akak akan gantikan beberapa jawatan saya untuk tahun depan, good luck kak!! 

Anis - pertama kali aku kenal hang, aku macam tak sangka la boleh rapat. sebab hang sejenis pendiam dan sopan. aku takut nak geng dengan orang camni sebab set-set gini cepat sentap. tapi aku perasan yang hang sejenis kebal start kita pi USS! rupanya hang pon gila. cuma jenis tak bercakap banyak. ok la tu.. kalau hang cakap banyak, sapa nak dengar aku cakap ye dak? =P terima kasih sebab boleh kebal dengan aku. boleh layan kerenah aku. hepy dapat kenal orang macam hang. jenis yang baik dan tak berkira. maaf banyak-banyak kalau ada gurauan aku yang buat hang kecik hati..

sekarang ni tinggal Kak Eva dengan Kak Una ja dekat sekolah tu. so, kawan la baik-baik. jangan asyik nak gaduh ja. ok?? hiks

housemate aku Kak Sha..

gambar ni masa hari last aku kat Molek. berapa banyak aku melalak tak tau la masa tu. gila-gila punya. haha. sebab tu muka macam lepas kena lempang berkali-kali sampai merah. =P Kak Sha masa ni pepoyo jer bila tengok muka aku yang merah sembap nangis tu. siap cakap, " ko kenapa nak nangis? tengok kita ni.. relaks jer. sis dah biasa dengan perpisahan " elehhhh!

pastu dia pon ambik phone snap gambar. muka dia cantik la.. aku jer yang teruk kat situ. masa dia hantar aku keluar, pastu kita nak bermaaf-maafan, tetiba dia tersangkut sebak takleh nak cakap. sudahnya dia halau aku balik camtu jer. cis!! 

sebabkan aku tak sempat nak drama panjang-panjang dengan dia, terpaksala aku taip mesej untuk dia. dan kat sini pon aku nak tulis jugak walaupon aku tau, Kak Sha tak hadap pon aku punya ucapan. haha. ngesyahhh plak akuuu.. =P

so, untuk Kak Sha.. terima kasih banyak sudi berkongsi rumah dengan saya. 5 tahun lebih jugak tinggal sekali. masa awal-awal dulu risau jugak kalau tak ngam sebab akak otai. tapi bila dah duduk sekali, rupanya senang ja nak ngam. jenis tak berkira, senang sembang, senang jugak bawak bergaduh. haha

terima kasih sebab banyak bantu saya. macam-macam saya belajar dari akak. walaupon kadang-kadang nampak simple, tapi saya sebenarnya kagum dengan sikap positif akak. aura tu saya cuba terapkan dalam diri. cuba jadi natural, serap aura positif. ambik yang baik-baik jer dan tak perlu kusutkan kepala dengan benda yang tak penting. paling kagum sebab akak sejenis tak berkira buat kerja. bermati-matian. tah la kalau saya mampu jadi macam tu. tapi sebab tula kalau ada kerja banyak sikit, saya malu nak merungut bila tengok akak punya struggle. 

lepas saya kawin, jadi renyah sikit. sebab kadang-kadang suami datang rumah. tapi akak sporting. terima kasih sebab memahami. terima kasih sebab tiap pagi kejut saya bangun. saya harap apa saja yang saya termakan minum, dihalalkan.

maaf kalau kadang-kadang terbebel melampau. sibuk bebel pasal makanan tak habis, bebel suruh tidur dalam bilik jangan tidur depan tv, soryyyy! sebenarnya concern, tapi terbebel pulak. huhu

saya doakan yang terbaik untuk akak. semoga dapat housemate baru yang baik. kalau boleh nak yang kekal hingga ke Jannah.. hehe. sebab akak orang yang baik, saya yakin Allah dah aturkan yang terbaik untuk akak. semoga perkara yang baik-baik ja akan datang dalam hidup akak. tak kira dari segi apa. kerjaya, jodoh, harta, semuaaaaa! sebab kebaikan yang akak bagi pada saya cuma Allah ja yang dapat balas. amin.. 

terima kasih semuaaaaaa! sampai ketemu lagiii..

gambar last masa jamuan hari tu.. semua warga SK Taman Molek.. terima kasih dan ampun maaf pada semua. doakan semoga saya lebih cemerlang di sekolah baru.

saya dapat banyak hadiah masa perpisahan hari tu.. terima kasih semuaaaa! susah-susah kumpul duit untuk bagi hadiah yang best-best. saya hargai pemberian dari semua..

dan.. pulanglah daku ke pangkuan suami tercinta. hikhik. ( mengelupur semua muntah agaknya. haha )

Alhamdulillah.. 26hb Nov hari tu genap 2 tahun perkahwinan kami. syukur untuk semua yang baik-baik yang berlaku pada kami. 

nampak macam biasa-biasa jer PJJ ni.. tapi aku rasa sapa yang tempuh ja akan faham. bila dah kawin tapi duduk berasingan, kesabaran la yang paling penting. kalau tak sabar, memang mental. huhu. sebab kanan kiri semua menguji..

so, untuk yang masih ber PJJ, aku doakan semoga korang cepat-cepat bersama. banyakkan berdoa, usahakan jugak untuk tinggal bersama. macam aku dengan suami, macam-macam usaha kami buat. bukan tunggu macam tu jer. usahala sedaya upaya. mudah-mudahan Allah makbulkan usaha dan doa kita. tapi sementara menunggu tu, positifkan la diri. banyakkan bersabar. jangan terus menerus menekan diri. sampai satu keje pon ko tak boleh buat. enjoyla moment PJJ tu.. insyaAllah nanti akan jadi satu kenangan manis. ^_^

so, sekolah mana pulak lepas ni?? insyaAllah sek baru aku SK Bukit Beruntung. sekolah ke 4  aku sepanjang jadi cikgu.. Alhamdulillah.. doakan ya semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.


terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...