28 August 2018

short vacay : Cameron Highland

assalamualaikum..

yeah! akhirnya berjaya jugak update blog. entry ketiga untuk tahun nih. punya la pemalas! huhu

cerita pegi Cameron ni masa cuti bulan 3. actually cuti bulan 3 sepatutnya kitaorang pegi Jeju, Korea. memang dah beli tiket flight apa suma la kan.. tapi rezeki tak menyebelahi.. sebabkan banyak sangat khabar angin yang kata pilihanraya akan dibuat masa cuti sekolah, kitaorang cancel plan nak pegi Korea. sebab husband aku kan keja dekat TV3, staf media dibekukan cuti kalau ada pilihanraya. daripada kitaorang rugi sebab tiket burn, baiklah kitaorang cancel dan mintak refund. walaupon akhirnya pilihanraya tu tak jadi pon bulan 3. sedih gila sebab macam tak berbaloi cancel. tapi takpela.. dah plan nak pegi tempat lain sebab duit refund pon dah dapatkan.. adala hikmahnya tu.. ^_^

berbalik pasal Cameron, ini sebenarnya last minit punya plan. ikutkan kitaorang balik kampung dekat Ipoh jer. pastu tetiba aku saja usulkan dekat suami nak jalan dekat Cameron dengan ibu ayah. tak sangka plak depa semua setuju. padahal ayah sepatutnya keja, tapi terus mintak cuti on the spot. hehe. so, orait la! jom kita ambik angin sejuk dekat Cameron. dah tak dapat Korea, Cameron pon jadilah. =P

short vacay 2 hari 1 malam.. kami bertolak lepas subuh. daripada Ipoh nak ke Cameron dekat jer sebab dah ada highway. kalau nak balik hari pon boleh. tapi tak best la kalau tak stay. bila lagi nak rasa sejuk-sejuk camtu kan..

sampai jer dekat atas terus singgah dekat Cameron Valley Tea. 

sebabkan kitaorang bertolak tadi lepas subuh langsung tak sempat nak makan, jadi breakfast dulu la. makan ini pon dah dekat rm100.. mahal nak mateyy! =P

family trip anak beranak.. anak menantu sado tak hengat! haha

kemahennn! macam tengah shooting romantika. hehe

lepas dah siap makan, haruslah bergambar dekat ladang teh. 

anak menantu harusla over! pose taknak kalah. =P

 malas dah nak tulis caption. layan jela gambar-gambar dekat ladang teh ni..



penat gilir-gilir, kita selfie berempat terus. nak mintak orang ambikkan gambar pon macam takde yang nak layan. nasib-nasib la. hehe

 banyak ladang strawberry dekat sini.. ni kitaorang main stop jer sebab dah lalu. Al- Mashoor Strawberry.


 ada jualan pelbagai jenis produk strawberry.. jem la, sambal la, aiskrim la, macam-macam la.. haha. malas pikir.

 perut dah kenyang. tengok menda-menda gini takde perasaan pon. lagipon mahal. baik shopping kat pasar malam.

ada ladang strawberry dekat sini. boleh la kalau nak petik.. tapi nampak stawberry dia muda-muda lagi. masih hijau.

 yang merahnya baju aku jer. buah strawberry dia secoet ja merah.. nak petik mendaaa..

ini jela seketul merah.. 

 lepas tu kitaorang singgah dekat Lavender Garden. memang main singgah-singgah ja terus sebab kitaorang booking apartment dekat Tanah Rata. dah lalu, baik singgah jer terus. nanti kalau dah check in malas pulak nak keluar balik.

nak masuk sini kena bayar RM 10 tak silap. bagi aku berbaloi jugak sebab boleh tahan besar. ada macam-macam jenis bunga dalam ni. bukan Laverder jer..

indah sungguh bunga-bungaan beserta pinang dibelah-belah dalam gambar tuhhhhh! haha

segar uihhh udara kat sini.. 

 suka sangat gambar ni sebab colour bunga tu naik. tapi ramai pulak yang tegur muka aku lain. betoiii.. sebab badan dah naik macam kena pam. pastu mata pulak sembab tak cukup tidor. sebab malam sebelum tu kitaorang balik kampung dekat Setiawan. pastu balik dari kampung pi keringkan baju dekat dobi. dekat pukul 2 lebih jugak la baru dapat tidur. gitu la cerita dia disebalik muka yang lain tu. haha

ibu mertuaku.. <3



dah settle jenjalan dekat sini kitaorang pon terus jer ke Tanah Rata. nak check in sebab dah penat jalan. perut pon dah start lapar.

Otw nak ke apartment, kitaorang singgah jer gerai tepi jalan. pastu aku order nasi ayam penyet jer. menu lain takdan snap sebab masing-masing dah lapar. dah tak mampu dah nak tunggu bergambar.

kitaorang check in dekat Chua Gin Apartment. gambar kat dalam tak ambik sebab tak larat. hehe. tapi ok la apartment ni. ada 3 bilik. hall besar. bilik air dua. kalau pegi ramai-ramai memang berbaloi. lepas dah check in memang tak keluar dah petang tu sebab husband pon dah start sakit kaki. suami aku memang dah sakit kaki sebelum balik kampung lagi. macam terseliuh gitu.. sebelum tu dah bawak mengurut, dah macam ok sikit. tapi lepas jalan banyak, sakit balik.

 malam baru kitaorang keluar jalan-jalan dekat pasar malam Brinchang. pasar malam Brinchang ni wajib datang la kalau nak barang murah-murah.

 borong la strawberry, sayur, buah sumanya segar dan murah. pastu paling best, beli jagung bakar dengan ubi rebus. makan panas-panas. perghhh!! baekkk baq hang! haha

strawberry cicah coklat dilupa jangan. makan time coklat tengah cair lagi ni memang padu! banyak jugak kitaorang beli makanan dekat sini. cuma sebab husband punya kaki dah makin teruk, tak sempat nak snap. hubby boleh menapak pelan-pelan 2 3 langkah jer.

 pagi esok breakfast strawberry cicah coklat yang beli dekat pasar semalam. hehe. kedai boleh tahan jauh. nak keluar makan husband masih tak berapa ok.. jadi bagi rehat lama sikit.

tengahhari sikit dalam pukul 12 camtu kami check out.. pastu singgah kedai untuk makan tengahhari. uniknya kedai kat sini, tengahhari pon boleh order makanan panas. lepas dah makan, terus cari klinik sebab husband punya kaki dah teruk sangat. tak boleh nak cecah lantai pon. katanya menyucuk-nyucuk. jadi, lepas pegi klinik ambik ubat terus balik. dah takde singgah mana-mana dah.

begitula percutian ringkas ke Cameron. jadi la daripada takde langsungkan. haha. mungkin ini la hikmahnya kami tak jadi ke Korea. sebab husband pon tak sihat. kitaorang pulak masa nak balik Ipoh hari tu sebenarnya kena tinggal train. kereta aku kena claim sebab takde sticker. dah kena tinggal train naik la bas. husband saja nak bagi aku rasa naik ETS. sekali kena tinggal plak. mujur masa nak balik KL dapat jugak naik.. 

bayang la kalau nak pi Korea kena tinggal flight.. huhu

feeling jugak makan dalam train walaupon perut dah kenyang makan macam-macam ibu masak. masa ni husband punya kaki dah ok sikit. sebab dah makan ubat dan rendam dalam air garam. Alhamdulillah..

insyaAllah nanti kita travel jauh sikit.. tapi bukan Korea lagi la. nanti-nanti la Korea tu kalau ada rezeki.. hehe


ok bye! jumpa lagi di lain entry.



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...