22 June 2016

sekadar termampu...

asslamualaikum...

Alhamdulillah.. dah sampai pertengahan Ramadan. mudah-mudahan segala amal baik kita di bulan Ramadan ini diterima dan akan berterusan la amal baik ni hingga ke bulan-bulan berikutnya. Amin.. ( mukadimah skema ya ampunn! haha )

ok. aku kekok sebenarnya. sebab lama sangat tak menulis. rasa macam tah papa sangat.

 taip - delete - taip - delete.

sindrom blogger. haha

ikutkan banyak benda nak cerita. tapi masa takde. sebab tu blog ni terbiar. takpe.. insyaAllah ada masa aku tulis la cerita-cerita yang tertangguh tu.

oleh kerana kita sekarang berada di bulan Ramadan yang mulia, aku nak share sesuatu yang aku rasa mungkin boleh menjadi inspirasi. 

permulaannya rasa macam was-was gitu. boleh ke nak share benda ni? nampak riak tak? tapi fikir-fikir balik, aku bukan tulis sebab nak riak atau nak harap pujian. tapi aku nak orang terima benda nih sebagai sesuatu yang baik dan mungkin lepas ni ada yang buat. maka, benda positif akan tersebar. 

dah banyak orang kongsikan tentang kebaikan sedekah.. tak susah pon. 

nampak pakcik buta dekat pasar malam pegang tapawe - sedekah
masuk masjid / surau, cari tabung - sedekah
orang mintak derma depan bank - sedekah

banyak cara.. itu cara yang tak susah. sebab kebetulan kita nampak. ataupon peminta sedekah tu yang muncul depan kita. maka kita pon bagi.

sejak aku jadi cikgu, selain daripada peminta sedekah yang aku nampak diluar, aku juga selalu nampak murid-murid susah dan miskin. yang tak bawak duit datang sekolah. yang jalan kaki dari rumah. yang tak mampu beli buku. bila tengok keadaan murid-murid nih, kita simpati. yang semampunya kita cuba bantu. contoh dulu kalau aku pegi kantin nampak murid-murid nih, hulur la RM1. buat beli makanan waktu rehat.

Alhamdulillah.. atas cadangan seorang rakan guru, kami bentuk satu dana sumbangan untuk bantu murid-murid susah. boleh menderma seikhlas hati. takde syarat. dan aku melantik diri sendiri untuk jadi bendahari. ( gila kuasa. haha ) aku simpan duit dan juga bergerak untuk bagi sumbangan. 

Alhamdulillah.. kalau dulu sorang-sorang, tak banyak sangat yang kita boleh bantu. tapi bila kita buat macam ni, bantuan yang kita nak bagi lebih banyak dan ramai. 

setakat bantuan yang dah dijalankan, 

* bagi makanan pada murid setiap bulan ~ dulu kami pilih budak. sekarang dah tak sebab ada yang macam mampu dan dah apply RMT. jadi, kami tukar beli roti dan air kotak jer. pastu time rehat melilau la cari budak yang tak bawak duit dekat dataran ataupon kantin.

* beli buku dan alat-alat tulis ~ awal tahun cari murid-murid susah dan tak mampu beli buku  dan alat tulis.

* sumbangan Ramadan ~ membeli barang-barang dapur untuk ringankan beban keluarga.

ni antara barang-barang dapur yang kami sumbangkan pada murid. aku sempat hantarkan satu set ke rumah seorang murid. waktu sampai je dekat rumah murid tu, aku macam nak menitik air mata tengok keadaan rumah dia. daif sangat. betapa besarnya rasa syukur aku kepada Allah sebab aku dilahirkan dalam keadaan yang cukup selesa malah serba cukup.

sekali lagi, perkongsian ini bukan untuk riak dan menunjuk-nunjuk. perkongsian ini buat menyebarkan aura positif dikalangan kita. boleh jadi dikalangan kita ada yang susah dan kesempitan. tapi dia tak pandai meminta-minta. ambil kesempatan di bulan mulia ini untuk membantu. Allah dah janji, orang yang bersedekah, akan ditambah dan diluaskan rezeki. jangan takut untuk bersedekah.

kita tak nak yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin. saling bantu-membantu. mana tahu, di akhirat nanti kita dapat masuk syurga sebab doa mereka-mereka yang kita bantu. bestkan? insyaAllah, doakan kami dapat terus bantu anak-anak murid yang susah. mungkin tak dapat nak tolong 100% tapi kami cuba sedaya upaya dan semampunya. insyaALLAH.



terima kasih buat yang sudi membaca <3



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...