17 July 2016

mendaki gunung pasir di Pantai Klebang

assalamualaikum...

fuh! fuh! ( tiup habuk )

ni cerita sebelum Ramadan hari tu. lagi 2 hari nak puasa.. sempat lagi pi berjalan kat Melaka. sebabnya kitaorang pegi rumah Dak Jiha. dah alang-alang, pila berjalan. takkan nak congok dalam rumah tengok TV je kan.. pastu masa diaorang tanya nak jalan kat mana? Melaka dah selalu sangat pegi.. aku terus cakap nak pegi Pantai Klebang. sebab tak penah pegi. lagipon dok tengok orang share gambar, memang cantik. jadi aku memang dah lama target nak pegi. cuma belum penah ada kesempatan jer. so, bila dah ada kesempatan apa lagi.. jalan jela.

Dak Jiha suh keluar awal pagi sebab takut nanti panas. tapi memandangkan hari sebelumnya masing-masing letih menempuh jem dari KL, jadi pagi tu terlambat sikit keluar. dalam pukul 9 pagi baru keluar. sampai Klebang dalam 9.30 gitu la lebih kurang.

pukul 9,30 sebenarnya memang dah agak lambatla.. sebab matahari dah kuar tegak atas kepala. aku pon satu hal gak. dalam pada aku dok target nak pegi sini, aku tak pernah baca tips ke pengalaman orang ker. aku tengok gambar jer. ini memang sesuatu yang jarang berlaku yaa.. aku selalu nak pegi mana-mana, aku biasa google dulu. supaya aku boleh bersedia dengan keadaan. tapi kali ni tak. jadi masa pegi ni, konsepnya meredah.

kereta memang parking jauh yang amat sebab memang takde jalan tar. jadi lepas dah parking, jalan kaki la.. ingatkan dekat. rupanya jauh. dari tempat parking ko tak nampak apa-apa pon. macam berjalan tanpa kepastian. jalan punya jalan, mak ngan adik bongsu aku si Qibah dah surrender. tak mau pi dah. tak larat. pastu jalan lagi, si Amin pulak. dia kata dah malas nak pegi. macam jauh lagi jaa.. abang nak tunggu dengan mak. jadi Amin pon dah kalah. sampai sini jer dia mampu. haha.

aku pujuk Dak Amir teman aku jalan sampai jumpa gunung pasir tu.. memandangkan Dak Amir badan fit sikit, aku rasa dia jer yang boleh diharapkan setakat ini. Dak Jiha dah tentula jalan ngan laki dia. takkan aku nak menempek plak.

so, Dak Amir pon teman la aku.. gembira betoi. walaupon aku debab, tapi aku yakin boleh. Malaysia kan boleh! haha

panas gila ok.. masa jalan nih memang mengucap jer. pastu nyesal sebab apa aku tak google dulu. kalau tak mesti aku dah spare air mineral. ni dah jalan sampai setengah memang tak dapek nak buat apa la.. kalau patah balik memang kau menyesal seumur hidup sebab kena mula semula. huhu.

jadi jalanla dengan tabah.. sambil-sambil sembang, sambil zikir dalam hati. sebenarnya tak mudahla nak jalan atas pasir. badan rasa berat sangat. tapi kuatkan semangat. kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh. 

Siti Hajar berulang-ulang berjalan dari Safa ke Marwah cari air di padang pasir demi anak dia. kita jalan sikit takkan tak boleh pulak. masa jalan nih memang muhasabah diri la jugak. nak naikkan semangat diri katakan.. hehe

 dah menghampiri.. tapi masih jauh..

kitaorang pegi gunung pasir yang hujung sebab nampak macam tinggi-tinggi. baru puas hati.

 yeah! Alhamdulillah.. akhirnya sampai jugak kat depan gunung pasir.


ok.. mula memanjat. ni pon satu hal jugak. badan berat.. macam nak tergolek jugakla rasanya bila panjat sebab pasir kan buat kaki kita tenggelam.


 walaupon padang pasir buatan, tapi teruja jugak.. sebab cantikkkk sangatttt,,


 bila panjat tinggi sikit, dah kurang rasa panas sebab ada angin. pastu terus nampak laut..

 biru jerrr.. indah sungguh..


snap jer berapa juta kali pon kat sini. takde orang. lagipon memang tujuan kita ke sini nak ambik gambar.


 takde orang nak tolong tangkapkan, kita set timer jer..


 haaa.. belah sana ramai jugak orang. masing-masing cari port baik punya.

semput jugak dok turun naik turun naik gunung pasir nih.. Dak Amir takpela kuwussss. nyampah aku dia asyik kejan aku suh cepat. dia tak paham masalah kitaaa.. =P

 last, ko jela naik Mir. kakak ko ambik gambar dari bawah sudahh.. haha





ok.. dah tak larat. nak balik dah.. kesian jugak mak dengan adik 2 orang tu tunggu kita lama-lama.


 orait.. settle sudah pengembaraan di gunung pasir. nak balik pulakk.. adoidoidoi. jauhnyaaa.. haha

on the way nak balik, si Jiha ngan Fadzli suh kitaorang snap gambar diaorang sebab batery phone dah habis. diaorang main dekat gunung yang kecik-kecik jer. hmm.. tengok dalam gambar nih, macam tak mencabar pon. macam pasir hat nak buat rumah jaa.. haha



ok.. dah dah. jom balik. nak pekena coconut shake!


p/s : kalau korang ada plan nak pegi, nasihat aku bawak bekal air. air jela.. tak yah bawak bekal macam-macam sampai penuh beg. sebab nanti tak larat pulak nak usung beg. dah la nak berjalan pon guna tenaga yang banyak. nak usung barang plak. takyah cari masalah. 

pastu kalau korang jenis yang tak tahan nak jalan jauh, tak payah la pegi. sebab memang kena jalan jauh. tapi kalau kereta korang jenis yang boleh jalan atas pasir, boleh kot nak redah.

kalau boleh cari geng yang kuat jalan lagi bagus. supaya kita dapat melalui pengalaman bersama-sama dengan gembira


terima kasih buat yang sudi membaca. <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...