8 October 2014

bezday Ayah & Angah

assalamualaikum...

perasan tak yang aku jarang sangat nak cerita pasal ayah? hewhew. sebenarnya aku memang tak berapa rapat dengan ayah. sebab? sebabbbb.. aku ni boleh dikatakan 70% copy paste ayah. faham-faham la bila dah banyak sangat sama, dia macam tak boleh nak ngam. alaaa.. macam magnet. kalau positive dengan positive kan dia menolak. kalau positive dengan negative baru menarik. haa, gitu. tetiba pulak cerita formula bagai. haha

aku ni bukan setakat copy paste muka ayah jer tau. tapi segala perangai dia pon aku ambik jugak.

ayah garang = aku pon garang
ayah kuat bebel = aku kuat bebel
ayah berangin = aku berangin jugak

kira aku ni macam ayah tapi versi pompuan gittuw. kahkah! ( ko pikir lawak?? )

so, aku memang tak reti la kan nak rapat-rapat sangat dengan ayah. nak berborak pon tengok-tengok jugak masa. kalau dulu nak mintak duit ker, nak cakap apa-apa ker, mesti akan bagitau mak suh bagitau ayah.

bila mak cakap, " pila cakap sendiri dengan ayah. "
" alaaa.. mak tolongla cakap.. tak reti.. " begitu yer.. tetap jugak tak mau cakap sendiri. hehe

bezday ayah senang sangat nak ingat. sebab bezday dia 30/9.. aku pulak 30/8. nampak? punyala nak mengikut ayah. tarikh pon lebih kurang sama hokay. 

masa bezday ayah itu hari, aku dah terlupa. pastu balik jer dari jaga exam UPSR aku bukak whatsapp, tengok la adik aku tanya dekat group sapa yang dah wish bezday ayah. aku pon terus la pikir, nak mesej apa eh kat ayah. haha. nak wish bezday pon senak. last-last sebab tak reti nak buat ucapan, aku cari jer image dekat google. dapat la gambar sebijik kek tulis ' happy birthday '. pastu aku kata nanti balik aku bagi kek betoi. sekarang tengok jer dulu gambar.

balik raya haji hari tu, baru la pegi cari kek. kebetulan sambut malam raya, jadi senang keja aku. tak payah nak sediakan makanan lain sebab dah ada ketupat, nasi impit, laksa. jimattt duit. haha. tapi masa balik hari tu dah 4hb.. 5hb bezday adik aku yang no 2. jadi kita sekali kan jela.. 

aku takmo campur.. jadi beli la 2 bijik kek. tapi satu besar satu kecik. sebab kalau beli dua-dua besar, kang muak. yang besar untuk ayah. yang kecik untuk angah.

kek ayah.. nama jer la kek ayah. tapi makan beramai-ramai. nampak? kan untung kalau bagi makanan. sebab suma dapat. haha

aku geram betul dengan orang yang tulis nih.. dia tau kan jem tu kaler merah. pasai pa la dia pi boh tulisan kaler merah jugak. boh la kaler coklat ker, kuning ker, biru ker.. ketandusan betoi. haaa.. kan dah tetiba aku membebel. =P

suka jer ayah orang sambut bezday dia. hikhik

apa-apa pon selamat hari lahir buat Ayah dan Angah. semoga kalian sentiasa berada didalam rahmat Allah..

* gambar angah potong kek takde sebab dalam rumah tak pakai tudung..




terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...