9 June 2014

perasaan kena posting kali ketiga..

assalamualaikum...

Allahuakbar! rindunye dengan blog nih.. seryes rasa macam lama gila tak jenguk blog. ini suma internet punya pasal. oleh kerana wifi aku problem, sekarang aku pakai hotspot jer. memang azab pakai hotspot nih. kelembapan melampau-lampau. kalau on internet dekat phone ok lagi. tapi kalau dekat laptop, ibaratnya macam kau tunggu bulan jatuh ke riba hokay! sakit pulak hati dahku! hoho.

so, pepagi lagi dah menapak kat kedai mamak nak update blog. gigih x?? haha. ok.. takmau cerita pasal internet. bertambah-tambah pulak kang bara dihati nih. nak cerita pasal posting baru aku. kena posting lagi?? haaa.. ramai jugak la yang pelik sebab diaorang ingatkan aku dah tetap. ropa-ropanya belum lagi. 3 tahun jadi cikgu, 3 kali posting? ko mampu? grrrr..

sebenarnya penat jugak la tukar tukar sekolah nih. mana nak biasakan diri dengan sekolah, dengan nak cari rumah sewa, kawan-kawan lagi.. stress baq hang! banyak menda nak kena fikir. tapi aku redha. malah bersyukur sebab aku masih diberi nikmat rezeki oleh Allah untuk bekerja sebagai guru. Alhamdulilah.. orang lain diuji dengan lebih hebat lagi. tak merungut pon. aku baru posting cam gini nak merungut, ngada-ngada sangat. pang baru tau! =P

so, tahniah la buat semua batch JQAF 2012 yang dapat posting. tak kira kat mana pon korang kena posting, harap korang dapat ikhlaskan diri demi perjuangan dan cita-cita untuk mendidik anak bangsa. ( ewahh.. macam yer yer jer aku nih. haha )


housemate aku Dayah dapat posting KL. kami dah berpisah..huhu. baru jer plan nak pegi terawih sama-sama Ramadan nanti. siap Dayah kata nak ambik oven dari kampung bawak ke rumah sewa sebab nak buat kuih raya sama-sama. pilu tau hati iolls mengenangkan Dayah.. huhu. jodoh tak panjang.

kalau ikutkan hati, aku nak cari housemate yang leh dok dengan aku selama-lamanya.. tapi, macam susah jer nak cari. so, kalau korang-korang yang baca entry nih tengah dok cari rumah area Johor Jaya, leh la PM aku. ada satu lagi bilik kosong. syaratnya, wanita dan bujang ok. lelaki bujang leh jugak. tapi kena lulus interview dengan mak ayah aku. haha. ok. kite guwau jer! heeee.


leh PM aku dekat FB yer.. https://www.facebook.com/naqhiah.khalida


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...