13 June 2014

mabruk Syikin!

assalamualaikum...

cuti sekolah biasala kan ramai yang buat kenduri kawin. ada dua orang kawan aku kawin dan diaorang ada jemput aku. tapi aku cuma sempat pegi satu kenduri jer iaitu kenduri Syikin. kawan aku masa ngajar dekat SKTE. yang satu lagi aku tak pegi. kenduri kakak angkat aku, Kak Niza.. sebab jauh sangat. dekat Kelantan sana. dah la tarikh diaorang dua ni kawin sama. memang tak mampu la aku nak kejar dua-dua. so, kalau Kak Niza baca entry nih, saya mintak ampun yer..huhu

jadi, nak memudahkan keadaan, kami pegi yang dekat jer. dekat pon tak dekat sangat la. rumah Syikin dekat Sabak Bernam. masa hari kitaorang pegi tu, jalan nak pegi Sabak Bernam jem kaw kaw punya! bertolak dari rumah pukul 11 pagi, sampai rumah kenduri pukul 3.30 petang. lapaqqqnyaaa Ya Allah.. haha! 

aku drive dengan hati risau. risau kalau kenduri dah habis. khemah dah tutup, makanan dah habis. grrr. pastu risau kalau tak dapat jumpa Syikin. sebab standart pengantin kalau dah petang-petang dia nak pegi buat outdoor kan. naya la kalau Syikin takde. huhu 

sekali sampai dekat rumah kenduri, terus nampak Syikin. santekkknyewww Syikin.. terpegun iolls! dress dia santek. make up santek. memang berseri-serilaa.. pastu aku terus tanya dia, " ko tak pegi buat outdoor ker? " " tak jadi.. sebab panas sangat. malas aku. " haha. sempoi gilaa.. pastu dia layan kami kat meja. berborak sambil makan.

pipi dah sangat tembam yer.. melampau-lampau plak pertambahan sizenya. sampai nak senyum pon dah tak larat. haha

lepas dah habis makan, kitaorang ingat nak balik jer. nak tangkap gambar sekeping dua jer kat khemah. tapi sekali Syikin ajak masuk dalam rumah. bergambar dekat pelamin. haa.. tunggu lagi. terus aje masuk. tapi tulaa.. terlupa lak nak ajak suaminya sekali. haha. bergambar dengan Syikin sorang jer.


aku suka sangat dress Syikin. vogue sangat. kembang pastu ada ribbon kat belakang. macam princess. apasal la tak suh Syikin berdiri. show off sikit dress dia nih. kot kot nanti time aku kawen leh mintak design ni jugak. kan sekarang dah nyesal. huhu


datang 4 orang.. tapi adik aku yang bongsu dengan mak takmo bergambar. jadi biar lah kami bertiga jer tergedik-gedik. haha

 korang tengok jela gambar.. sebab suma pon gambar gedik-gedik jer.. tak perlu caption. =P




walaupon Syikin memang dah selamat dah pon jadi pengantin, tapi aku nak ucap jugak lagi sekali. SELAMAT PENGANTIN BARU SYIKIN DAN PASANGAN.. semoga berbahagia hingga ke Jannah. aku doakan semoga cepat dapat baby yang comel-comel macam korang jugak.. 

terima kasih jugak sebab dah bagi layanan first class kat kitaorang yang sampai lambat nih. memang rasa berbaloi sangat redah jem bagai bila dilayan tahap VVIP. hehe.. 



terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...