6 May 2014

try makanan Korea la pulak...

assalamualaikum...

aku ni bukanlah peminat tegar Running Man mahupun K-Pop. tapi aku tengok la jugak seimbas lalu. tak taksub pon. tapi dulu masa study, aku adalah peminat drama Korea. tahap apa? tahap melampau..

setiap kali pegi Pekan Rabu, mesti akan pegi City Plaza pastu singgah dekat kedai DVD Korea tingkat bawah sekali. balik jer rumah, bila dah start pasang DVD, sanggup tau tak tido sebab nak habis kan DVD tu suma. nasib laptop tak meletup.. kegilaan sungguh!

sekarang satu habuk dah tak layan. TV pon jarang-jarang nak tengok. kalau rindu nak tengok cerita Korea, bukak jer KBS World. tapi tak faham pekenama la..dah tak follow dari awal. tengok gitu-gitu jela..

sesuatu yang aku perasan, orang Korea ni kalau makan nampak bersungguh. macam sedap sangat. so, manusia cepat terpengaruh macam aku ni pon search la serba sikit makanan Korea yang halal dekat Malaysia. nak try la kan..dah nak pegi Korea macam kabur jer impian tu, so kita syok sendiri jela kat tanah air sendiri.

pencarian berhasil bila ramai yang dok publish pasal Restoran Korea halal iaitu DUBU-DUBU RESTORAN. maksud disebalik nama DUBU-DUBU jangan tanya aku..aku pon tak tau. Restoran ni ada banyak cawangan. kami pegi yang dekat One Utama. mula-mula nak pegi dekat Mid Valley, tapi disebabkan hari yang kami nak pegi ada demo dekat KL, tak jadi la..kita pergi dekat One Utama.

baju yang aku pakai adalah Chongsam. Jiha yang beli masa pegi Beijing itu hari. masa awal-awal aku tengok baju nih, aku dah stress dah. apa dia fikir Malaysia nih turun salji nak pakai baju tebal kain panas cenggitu? tak munasabah langsung..tapi masa nak kuar nih, aku takde baju. belek punya belek, pakai jela baju yang Dak Jiha bagi nih..felling la sikit kot pakai baju China, makan makanan Korea. padahal... panas woi! tak kuasa dah lepas ni nak pakai.. tunggu aku pegi Korea betul betul baru aku pakai. hoho.

 suasana dalam kedai.. diaorang pasang lagu K-POP..  feeling suasana Korea kengkononnya.

kami pilih meja paling belakang sekali. senang sikit la nak cover sifat jakun dalam diri masing-masing. mihmihmih

dah duduk, dapat menu..

oleh kerana aku dah biasa baca blog yang cerita pasal makanan Korea nih, aku dah tau dah apa yang aku nak order. tapi adik-adik aku sume tercengang. boleh pulak si Amin cakap camni..

' wei! menda apa nih? tak reti nak order laa.. awat takda nasi goreng kampung? '

adoiii.. nak jer aku ketuk menu tu atas kepala dia. huhu

harga adalah agak mahal.. sekali sekala mampu la.. kalau berkali kala, mungkin perkataan mampu perlu ditambah huruf 's' dihujung.. =P

 sambil tunggu makanan sampai, snap la seketul dua. Dak Jiha dan Emak. 

Korea kan selalu buat comey.. teringin jugak la nak buat comey. tapi masalahnyaaaa...comey ker?? ( mata keatas tangan kat bahu )

buat gaya comey lagi.. *konon jela comey..haha


orait..jom tengok apa yang kami order...

Spicy Toppokki Rice.. 
yang ni sedap. tapi takdela pedas sangat. rasa dia macam Yong Tau Fu. tapi Yong Tau Fu lagi meriah dengan macam-macam bahan. 

Pa-Jeon..ataupun senang cakap Korean Pancake. tapi aku rasa macam cucur kucai jer. haha

ini menu Dak Amin.. Soon Dubu Seafood. Amin sorang jer berjaya habiskan isi dalam dulang nih dengan licinnya. memang thorrbaik la budak nih..

ini plak menu Dak Jiha.. Soon Dubu Chic & Seafood. macam lebih kurang sama jer..
 
menu Dak Amir.. Korean Spicy Wing.


ini plak menu aku..Chicken Bibimbap. untuk pengetahuan semua, bila kita order makanan ni secara set, dapat la accesories macam sup, sos, sayur, kimchi dan makaroni. tapi aku cuma sentuh sup dengan sos jer.. yang lain tah pape tah rasa dia. pelik sangat. tak mampu aku nak telan. nak nak kimchi. dah masam, pahit plak. tah.. tak tau nak cakap la rasa pelik dia tahap apa. yang penting aku tak lalu..


tapi Bibimbap ni ok la jugak..boleh la nak telan.. ni sebelum gaul.


selepas gaul.. ha..dah macam nasi kerabu pulak..hehe

mak tak pandai makan benda pelik-pelik. dia takmau order. jadi, dia makan kongsi-kongsi jer dengan kami. rasa gitu-gitu jer. paling boleh masuk dalam tekak Tappokki la. sebab rasa dia macam Yong Tau Fu kan..


salute la dengan budak nih.. kimchi yang tak sedap tu pon dia boleh makan. 


paling tak tahan, si Amir masa dok dalam kedai ni pulun dok cakap Korea. dia fikir kental sangat ilmu di dada nak cakap Korea padahal aku dengar macam Paria jer...wakaka


aku makan tak habis pon..sebab portion besar sangat. tak mampu..huhu


Jiha pon makan tak habis jugak..dia asyik complain jer.. itu tawar. ini takde rasa. 

total semua sekali...

so, pada pandangan aku..masakan Malaysia adalah yang thorrbaik! 
buktinya?? lepas kami makan ni, kami singgah dekat pasar malam. beli nasi lemak, kebab dan sate. tak puas la makan makanan Korea. huhu. 

kalau dah memang perut Melayu tu, dia memang nak kena belacan jugak. tak payah nak kimchi sangat. haha



terima kasih buat yang sudi membaca <3

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Nice review about healthy korean meal
    Sempena Tahun Baru Cina, Chef Sherson ada sediakan resepi Peking yang halal

    Tahu tak cara halal untuk buat Itik Peking sedap? Ikut je resipi senang ni!

    http://jiseungpark.sharethisstory.net/my-955202-6642

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, awak buat saya kecur air liur la. Dah lama tak pi Dubu Dubu ni. Saya dah try banyak korean foods tapi Dubu Dubu tetap dihati. Toppoki la yang paling saya minat. Nak kene pergi ni dalam masa terdekat. Hihi.

    Salam ziarah dari saya =)

    http://sihatceriabergaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...