24 April 2014

kejutan itu...

assalamualaikum...

kring! kring! en. Beam aku berbunyi. pantas aku capai. tertera nama di screen phone. Emak. terus angkat dan memberi salam.

' Assalamualaikum mak..'
' Waalaikumsalam.. minggu ni Ayong balik? ' suara mak kedengaran di talian sebelah sana.
' tak rasanya.. minggu ni Ayong kena pegi sekolah. ada Kem Bestari Solat. '
' Minggu ni balik jugak. ' ada suara tegas disitu.. pelik. bukan kebiasaan mak berkata begitu.
' eh..mana boleh. Ayong sekolah minggu ni. ' masih lagi mengulang jawapan yang sama.
' bagitau Guru Besar minggu ni kena balik. urgent! ' rasanya kening aku dah mula bersambung.. kenapa pelik sangat??
' tapi...' 
' balik! Ayong kena balik jugak minggu ni. by hook or by crook! ' talian dimatikan.

huh??? apa ni.. mak cakap orang putih? perghhh..

jam menunjukkan pukul 6.00 petang.. aku masih di stesen KTM TBS. ahh..lambatnya Tren Rawang nih.. dari tadi aku tunggu tak datang-datang. penat faham tak?? huhu. 

dari jauh kelihatan Tren sedang bergerak ke stesen. aku siap sedia menunggu di garisan coach wanita. masuk ke ruangan KTM, mencari kerusi kosong. aku memilih kerusi di tepi tingkap. setelah melabuhkan punggung, fikiran aku melayang. puas aku fikir.. apala sebenarnya perkara penting yang mak sibuk sangat suruh aku balik. ada orang sakit ker? ayah sakit? ataupun salah sorang daripada adik aku sakit? Ya Allah..mintak jauh la dari segala bala bencana. 

' Stesen berikutnya, Rawang! Rawang! ' 
' The next stesen, Rawang! Rawang! '

ahh..dah nak sampai?? hmm..jauh betul aku berangan.

setelah turun dari Tren, aku mendapatkan adik aku yang sudah menungguku di parking kereta. dalam kereta, setelah bersalam-salam.

' kenapa mak beriya-iya sangat suh Ayong balik? ' aku memulakan perbualan.
' tak tau ' adik aku jawab acuh tak acuh sambil mata terus fokus pada pemanduan.
' mustahil la hang tak tau. hang kan dok rumah.. baik bagitau Ayong! ' aku terus memaksa.
' eh.. dok diam la..serabut betoi! ' 

huh?? kong ajo punya adik! dah la takmo jawab soklan aku siap buat stress lagi. grrrrr!

kereta terus meluncur laju menghala ke rumah. sampai di perkarangan rumah, aku lihat terdapat sebuah khemah di hadapan rumah. terus kepala aku menimbulkan tanda tanya.. ( ????? )

' weh! rumah kita nak buat kenduri ka? ' aku terus menyoal adik aku..
' hmm..' sambil mengangguk.
' oi! hang boleh tak jangan nak buat misteri nusantara sangat dengan aku? aku cuak nih.. hangpa nak buat kenduri apa? aku tak tau pon? ' kali ni macam kesabaran beransur pergi. 
' masuk la dulu.. pi jumpa mak ayah. salam salam dulu apa yang patut. nanti tanya mak. ' adoiii..masih jugak takmau jawab soalan aku. aku dah mula bebal.
' yala! yala! ' aku capai beg balik kampung dan tutup pintu kereta dengan kasar. geram!

aku terus menapak masuk ke  dalam rumah.. luas. semua perabot dah dikeluarkan. yang tinggal cuma rak buku dan rak tv sahaja. selebihnya lantai di bentangkan dengan karpet.

' apa pasal lain macam sangat?? ' monolog dalam hati.

aku melangkah lagi menuju ke dapur. mak dan adik-adik perempuanku ada disitu. aku bersalam-salaman.

' mak..kita nak kenduri ka? ' soalan yang memang aku tak boleh elak.
' yaa..' mak menjawab sambil tangan terus memotong bawang.
' kenduri apa? orang tak tau pon.. mak nak pi Umrah ka? buat kenduri kesyukuran? ka kenduri tahlil tokwan?' aku duduk sebelah mak sambil tangan menuang air ke dalam cawan. dahaga.
' eh..bukanla..kenduri tunang. ' mak menjawab dengan tenang. muka aku berkerut. cawan di halakan ke mulut. air dihirup.
' sapa bertunang? bukan Angah nak bertunang lepas raya ka? ' soal lagi. sekali lagi air di hirup.
' bukan Angah.. Ayong la. ' jawab mak. hah?? tersedak! air tersangkut di tekak. tak mampu telan.
' mak mengarut apa.. takkan orang pulak bertunang. orang mana ada calon. ' sambil mengurut dada. menahan perit air di tekak yang tidak lepas.
' hang memanglaa..tunggu 10 tahun lagi pon tak punca bila nak kawin. mak dah carikan kat hang. hang tinggal ready ja..' muka mak seryes.
' tapi.. orang tak sedia lagi. mana boleh paksa-paksa camni. tak baik laa..' aku cuba membantah.
' eh..takda! takda! mak dah buat keputusan. besok bertunang. no excuse! ' mak bercakap sambil pisau dihayun-hayunkan.. ganasnyewww!

eh?? apa benda nih? sejak bila mak jadi pemaksa? sejak bila mak pandai nak speaking-speaking? TAK MUNASABAH LAAAA...

' Yong! bangun! bangun! lewat dah ni.. rombongan dah on the way! ' 
aku mengeliat.. ahhh! semalaman aku tak boleh tido fikirkan perkara gila nih! lepas Subuh baru boleh tido.. aku terus capai tuala. sepintas lalu, melihat wajah di cermin. mata sembab. peduli! mana tau pertunangan dibatalkan sebab mata sembab. rasakan! muehehe.

aku melihat wajah aku yang telah disolek dicermin..tak percaya. betul ker ni? 

adik bongsu masuk ke bilik.

' Yong, rombongan dah sampai! ' sambil buat muka excited.
' Hmmm..' tak minat.

Angah pulak masuk ke bilik..

' wahh..hensem la bakal tunang hang Yong..mak cari yang baekkk punyee! ' sambil menunjukkan isyarat best. ala-ala Dafi kononnya.
' yaka? nak intai laa..' aku cuba bangun untuk mengintai dibalik pintu.
' eh..tak payah. jangan nak tunjuk sangat perangai tak senonoh tu..' adik aku menghalang.
' hmmm..yala. yala '

seketika kemudian, mak aku panggil kami keluar. aku berjalan beriringan bersama adik-adik perempuanku. Subhanallah..nervousnyee..

kami duduk disatu sudut khas. sambil perbincangan dibuat oleh dua buah keluarga, aku berbisik pada adik aku.

' yang mana satu lelakinya '
' yang pakai baju kuning tu.. '

aku cuba memandang wajah itu..kelihatan dia tersenyum. tapi...kenapa samar? makin lama wajah itu kian mengembang dan......

tet! tet! tet! 

bunyi apa tuh?? henset?? aku tak bawak henset.. kenapa makin kuat jer bunyi nih..membingit!

mata terbuka. dalam bilik. henset disebelah terus berbunyi. cepat-cepat aku matikan.. fuhh! pukul 5.30 pagi. aku mimpi rupanya..

alaaaahhh! napa mimpi jer? napa bukan betul-betul?? huhu

terus aku tarik selimut dan lipat. bangun malas-malas. capai tuala dan pergi mandi.. 




hmm..mimpi yer.  
sila s.e.n.y.u.m (^____^)

entry testing market.. jangan marah! peace.. ^_~


terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...