18 April 2014

aktiviti cuti..

assalamualaikum...

Alhamdulilah minggu ni takde aktiviti kat sekolah. dapat la cuti 2 hari. hari tu adela cikgu yang selalu aku tumpang balik, ajak aku balik minggu ni.. tapi aku takmo balik. dia tanya kenapa takmo balik? sebab sekejap sangat.. kalau aku balik pon macam tak berbaloi. Johor kan sekarang cuti Jumaat Sabtu. kalau aku balik rumah pon, Khamis Jumaat mak ayah aku keje. Sabtu diaorang cuti, aku dah kena balik Johor. so?? tak payahhhhh balik..hoho (x_x)

sekarang nih kalau cuti-cuti memang aku tak kuar mana. dulu cuti keluar la jugak pegi Giant ker, Tesco ker. sekarang dah malas. sebab Dayah sekarang hujung minggu akan keluar dengan husband dia. husband dia sekarang dah dapat keje kat Muar. so, kalau Dayah tak ke Muar, husband dia akan datang sini. tapi tak tido rumah kami laa..diaorang booking hotel. of coz booking hotel. tak privacy plak kang nak anje anje..wakaka!

aku?? memang takde hal la memerap dalam rumah. ok jer.. hari tu adela kawan kat sekolah ajak jenjalan kat JPO. katanya ada sales sekarang. malas la. sebab dah hujung bulan nih..dah kering. pastu kakak tu kata kat aku.. ' pelik awak nih..dok sorang-sorang pon boleh habis duit. ' haha. memang pelik. sebab aku nih bukan pegi shopping mana pon. aku punya dunia sekolah dengan rumah jer pon. tapi kalau korang nak tau, sekolah la tempat aku shopping. cikgu-cikgu tuh sume disamping diaorang datang sekolah bawak buku, banyak lagi menda lain diaorang bawak tahu? huhu. ada yang jual cadar. tupperware. baju. shawl. ehhh...sumeeee aku beli.. damn!

sesuatu yang sweet pasal Dayah ialah...dia selalu ingat aku pasal makan. haha. aku nih kalau borak-borak aku selalu la macam ngadu-ngadu lapar itu, lapar ini. Dayah punya tahap sensitif kadang buat aku terharu sampai nak merembes air mata. dulu penah ngadu dengan Dayah teringin nak makan nasi beriani gam Johor. Dayah takdela cari nasi beriani gam tu..tapi setiap kali kantin sekolah dia masak nasi beriani, dia mesti tapau bawak balik kat aku. dia kata dia tak boleh tengok nasi beriani tu. mesti ingat aku. woi!! nape sweet sangat nih..huhu. pastu hari tu teringin nak makan laksam. terme'ngadu' lagi dengan Dayah. pastu Dayah pegi suh kantin dia masakkan laksam. yang orang kantin pon ikut jer..sebab ingatkan Dayah yang mengidam. padahal, Dayah order tu sebab ingat kat aku.. sapa yang mengandung sebenarnya? aku ker Dayah?? terus aku confius..wuuuuu!


semalam aku puasa sebenarnya.. Dayah balik dari sekolah masa bila pon aku tak tau. tapi rasanya dia balik rumah sekejap jer ambik beg pastu terus pergi ke Muar dengan suami dia. dia tinggalkan laksam dekat tangga. alololo..sweet betul budak nih! memula ingat macam nak makan laksam jela berbuka nanti. pastu fikir balik. tak mampunyeee perut aku nih. mesti nak kena nasi jugak. so, aku masak la paprik ayam. sengkak-sengkak perut makan 2 benda berat sekali gus..ish! macam jin makan. =P

kad ucapan sempena hari guru nanti. ni antara aktiviti kelab BKGS la.. aku ajk kad ucapan. so, dari semalam dok menggunting kertas ni jeee..

pagi ni bangun. lepas kemas rumah. basuh baju. gunting lagiiii...

dah sakit-sakit tangan aku gunting kad ni sume.. ini pon tak habis lagi. aku dah stat bosan. tengok kad tu pon dah macam nak migrain. heee. ( over tau pompuan nih ) mesti korang rasa apa hal la buruk benor kad ucapan takde kaler.. sebenarnya sengaja kami buat black & white sebab nak suruh budak-budak kaler..biar dia rasa cam best sikit bagi kad nih..ada effort kat situ. gittuw!

ok la..cukup dah kot membebel. sebenarnya takda point pon entri nih..saja update sebab nak membebel. tak salahkan?? blog aku khennn.. ^_^



terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...